lama tak update

Lama jugak tak update. Takdak apa yang menarik untuk diceritakan. Tak dak apa yang nak dikongsikan. Lemau betol…

Nanti la. Bila aku dah abis baca Our Iceberg Is Melting aku bagi review kat korang. Banyk lagi buku yang aku beli tak sempat nak baca. Kot2 cuti sem ni ada la sikit masa nak baca buku2 tu.

Banyak gak buku2 menarik kat Borders ni. Mahal sikit la harga dia compare dengan Kedai Buku Universiti/Intan Kiara. Asyik dok baca buku2 lagha ja… sekali sekala nak jugak tambah ilmu..

Ada sapa2 yang dah baca ” sense Of urgency”? Ada kat Borders haritu, tapi comot sangat bukunya. Tinggal baki2 ja lagi, yang orang dah taknak. Memang la yang pentingnya isi, bukan kulit. Tapi kalau dah bayar mahal2 dapat buku dah lunyai, baik aku pinjam kat library ja.

Cuma sampai sekarang aku tak bleh lagi nak baca Blue Ocean Strategy. Baca 2 pages ja trus ngantuk. Sangat text book. Cemana la depa nak suh semua orang master skill ni. Kan best kalau depa ni simplyfikan then tulis macam dua buku ni. Sempoi ja. Nak baca pun syok. So recommandable.. sila la beli… tak rugi.

dan yang ni juga…

Selamat membaca…

Kalau mahu menjadi ketua

Kalau mahu menjadi ketua , kena la tahan badai dugaan. Ada orang suka kita, ada yang sebaliknya. Pemimpin hebat macam Mahathir pun dicerca dihina. Apatah lagi kita ni baru ja nak mengenal dunia.

Ini tidak, baru komen sikit menyinga bagai nak gila. Kata nak jadi ketua. Tapi menjadi ketua ni ada dua keadaan. Samada kita menjadi team leader atau group leader. Team leader ni, dia membawa semua ahli kumpulan dia bersama-sama dalam mencapai matlamat kumpulan. Group leader ni memimpin kerana sebuah kumpulan perlukan ketua untuk menunjuk arah. Tidak ada partisipatif dan semangat team (team spirit).

So hang letak la diri hang kat mana. Hang dok kondem orang. Tapi kalau kena kondem sikit melalak macam nak gila. Emo macam orang hilang akal. Ketua apa macam ni. Ni ketua haprak namanya.

Selagi hang takdak sifat selflessness, tak berkira kederat, berani menghadapi cabaran, terima kritikan, tak mudah patah semangat, hang boleh jadi ketua yang baik. Tapi kalau setakat nak buat organize function bodo macam ni pun hingaq satu dunia bila kena kritik, hang pikir sendiri la ‘level’ hang setakat mana.

Kalau tak mau bagi rezeki hang mahai, ati perut kena jaga. Jangan dok mendengki sangat. Jangan dok busuk hati sangat. Jangan dok cerca orang merata-rata. Jangan dok persoal rezeki yang tuhan bagi kat orang lain. Hang pun nak jugak apa yang orang dapat, kan?. Hang dah berusaha. Tak dapat, bukan rezeki hang la. Dok pedengki kat orang tu buat apa?? Apa hang ingat tuhan suka??

Kalau takdir Allah hang baca tulisan aku ni, terima la dengan hati yang terbuka. Kalau hang rasa hang hebat, ada orang lagi yang hebat dari hang juga. Dalam dunia ni bukan kita boleh dapat semua yang kita suka… Apa yang kita dah dapat pun dah besar rahmat daripada orang lain yang tak dapat satu hapa.

Dah pi buat keja daripada 24 jam dok pikir nak berenti dari mengajaq anak bangsa. Kesian depa, cikgu buat keja separuh hati saja. Macam mana anak bangsa nak berjaya. Dok ligan duit berjuta, last2 apa pun takdak, dok melopong tengok orang berjaya.

mencari titik perbezaan

Manusia ini dilahirkan berbeza. Sejak azali manusia itu berbeza. Ada lahir menjadi lelaki, ada pula menjadi wanita.

Cuba kita lihat disekeliling kita pula. Terlalu banyak perbezaan fizikal kalau nak kita bicarakan. Ada yang tinggi, ada yang tidak tinggi, ada yang cerah kulitnya, ada yang sebaliknya. Ini belum cerita perbezaan pendapat, politik dan buah fikiran, dan tahap keintellektualan.

kadang-kadang kita gagal untuk mencari perbezaan kerana kita diajar untuk mencari persamaan. Ini silapnya ajaran tak cukup bulan. Ajaran separuh jalan.

Cuba kita perhatikan peel manusia, kadang-kadang mereka bersatu, kadang kala berpecah belah. Kadang-kadang mereka gembira, kadang-kadang berduka lara.

Kadang-kadang saling membantu, tolong-menolong, kadang-kadang pula dengki mendengki, jatuh menjatuhkan, bunuh berbunuhan.

Itu fitrahnya manusia yang berbeza-beza.

Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban. Ejaan pun sudah berbeza, apatah lagi rupa bangsa dan bahasa.

Sebab itulah kita ini dijadikan berpuak, puak dan bersuku-suku. Kerana kita ini berbeza.

Berbeza warna kulit, bangsa, tinggi, rendah, darjat,pangkat.

Kita memang berbeza. Terimalah hakikat ini. Kenapa perlu susah payah mencari persamaan sedangkan lebih mudah untuk kita melihat perbezaan.

Kemudian kita belajar untuk memahami perbezaan. Kerana pemahaman tentang perbezaan akan mendatangkan penerimaan terhadap perbezaan itu sendiri.

Hormatilah perbezaan ini dan dari situ akan wujud persamaan. Persamaan memahami perbezaan.

Perbezaan dalam membentuk bangsa Melaysia.

Seminar di PWTC.. ISSE 2009

Aku di KL 5-7. Ada seminar. Lama jugak la tak pegi seminar ni. Nak-nak seminar yang menghimpunkan para ilmuan seperti ini. Hari pertama ada beberapa slot berbentuk forum yang di sampaikan oleh beberapa tokoh-tokoh hebat antaranya Y.Bhg. Prof. Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid, Y.Bhg. Tan Sri Sulaiman Mahboob Dato’ Sawai@Boon Chock, Tan Sri Hasmy Agam dan lain2.

Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang seminar ini. Pasal leadeship, pasal baby boomers, pasal kefahaman antara generasi… banyak la, pendek kata. Cuma aku nak kongsi beberapa perkara sekiranya ia dapat dijadikan panduan keilmuan kita.

1. Tidak boleh memakai hanya satu topi kepimpinan (leadeship style) pada semua keadaan.

2. Kegagalan kefahaman antara generasi sering terjadi dalam sesebuah organisasi.-cth Geng 50th (baby boomers) tak paham geng 70th,80th( generation Y). Jadi wujud kecelaruan dan penentangan akibat perbezaan pemahaman dan penerimaan nilai. (value understanding). Sebab tu geng senior selalu dok
guna ayat ” zaman saya dulu…”

3. Tidak boleh ada ‘Intellectual Barbarian’ dalam sesebuah organisasi. cth: Orang yang bijak pandai dalam sesebuah organisasi menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada untuk merendah-rendahkan serta menjatuhkan orang lain yang boleh membawa kepada lemahnya sesuatu organisasi.

4. Life long learning leader is a leader indeed.

5. People usually seek the knowledge from others first before form their own set of new knowledge.

6. perkataan soft science and hard science terbentuk bila manusia mengasingkan keilmuan mengikut apa yang dipanggil ‘arrogant self defense rightous’. Depa claim depa punya bidang paling hebat.. depa punya pemikiran terbaik, depa punya teknologi tercanggih etc.

7. Dunia selalu menidakkan kepentingan human science atau sekarang dinamakan social science aka soft science sedangkan apa juga sains/teknologi samada nuklear, mekanikal, mahupun robotik, kimia,perubatan, namakan apa saja,bermula dari tingkah laku manusia

8. Bilamana pengajian perubatan menekankan soal pelajaran sains/klinikal semata-mata, ditambah dengan omongan pendapatan lumayan, maka akan lahirlah seorang doktor yang tidak sensitif kepada soal kemanusiaan dan keinsanan dalam memberi perkhidmatan. Hanya fokus kepada pembuatan keputusan empirikal perubatan shj.

Kesimpulannya: soft science dan hard science perlu disatukan. Perlu saling lengkap melengkapi.

Sekian.

BERDEBAR-DEBAR

Semakin hampir tarikh itu, semakin kencang debaran di dada… Haduih!!!!

SELAGI BERNAMA MANUSIA

Selagi bernama manusia, kita ada sifat mulia dan tercela. Kita buat salah. Kita betulkan kembali. Kita belajar, mengajar dan diajar. Kita selalu berbeza pendapat. Tapi jadikan perbezaan itu satu rahmat. Sedangkan Imam Mazhab yang empat pun tak penah claim siapa betul, siapa hebat.

Selagi bernama manusia, kita iri hati, dengki mendengki, tamak haloba dan busuk hati. Hati kita sakit bila orang berjaya, kaya raya. Padahal kita malas berusaha, meminta-minta, buat kerja sambil lewa dan merungut tak tentu hala.

Selagi bernama manusia, jarang kita rasa cukup dengan apa yang ada. Kalau kaya, nak lagi kaya. Kalau yang berkuasa, nak bergayut ditahta sampai bila-bila. Kalau yang bini satu, gedik dan berdua bertiga. Tak pernah rasa puas rasa haloba.

Marilah kita sama-sama mensyukuri rezeki yang diberi Illahi. Moga-moga hidup kita diberkati. Tidak ada yang lebih indah daripada hidup yang penuh barakah. Jasad riang jiwa tenang.

POLITIK PERMUAFAKATAN ORANG MELAYU

Orang Melayu telah banyak berkorban. Dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman Dato’ Seri Najib Tun Razak. Permuafakatan yang sehinggakan menghiris perasaan orang Melayu itu sendiri. Permuafakatan politik yang menghiris hati golongan marhain seperti aku. Permuafakatan pada mereka tetapi pengorbanan kepada kita.

Semalam, heboh alam buana bercerita tentang sekolah satu aliran. MCA (melalui suara Ketua Pemudanya aka Timbalan Menteri Pendidikan)menentang keras. Kata sang Menteri ini, Sekolah vernakular dilindungi Perlembagaan. Pandai pulak kau bercakap soal perlembagaan. Kau ambil perenggan mana kau suka dan kau tinggalkan maklumat yang selebihnya. Begitu juga dengan saudara Samy vellu (semi value), cakap melayu pun tidak pandai, lagi mau cerita banyak.

Nah! generasi hari ini dipawah pemikiran mereka demi kelangsungan politik celaka mereka ini. Kanak2 yang belum mumayyiz di perkudakan atas nama survival kaum masing-masing.

Cananglah seluruh buana raya perkataan “perpaduan”, “satu malaysia”, “kesamarataan kaum”. Tak kemana pun, sekiranya benih perpaduan ini tidak kita semai dari zaman mereka kanak-kanak.

Puaka-puaka dan penjenayah perpaduan ini sebenarnya saki baki keturunan kiasu yang tidak mahu melihat Malaysia bersatu. Mereka menyekat pemahaman tentang hak-hak dan batas-batas kaum masing-masing. Akibatnya mereka tidak faham dan meminta2 perkara2 yang bukan hak mereka. Bukan salah mereka. Bukan salah anak-anak mereka. Ini salah political actor. Si bangsat puaka yang mencorakkan aliran pemikiran mereka. Pemikiran perkauman.

Ini fakta. Kaum lain jangan berkecil hati bila Melayu melaungkan fakta. Kenapa kiasu-kiasu politik ini masih menidakkan kemampuan sekolah satu aliran menyatu-padukan rakyat. Beratus-ratus kajian telah dilakukan oleh bijak pandai Malaysia. Konklusinya tetap sama. Findingnya serupa. Apa yang hendak di sangkal lagi.

Selagi politik aktor politik kiasu ini masih hidup, pemahaman prinsip masyarakat majmuk tidak akan dapat difahami apatah lagi diterima oleh semua kaum di Malaysia. Kesetiaan kepada raja bukan lagi menjadi dokongan mereka. Bila pulak kecintaan kepada negara akan terbina?

Sebenarnya, bagi aku, kiasu-kiasu politik ini takut. Andaikata cina dan india faham tentang hak2-hak mereka, kewujudan puaka-puaka politik ini menjadi tidak lagi relevan. Meraka tidak lagi diperlukan. Ini yang paling mereka takuti.

Kerajaan boleh melaksanakan affirmative policy membubarkan sekolah vernakular ini. Tapi Kerajaan yang bertunjangkan orang Melayu tidak kuat. Kalau orang Melayu bersatu, mereka ini akan senyap membisu. Tak berani angkat muka pun. Kita bukan lagi pada zaman pra kemerdekaan di mana tanpa mereka British tidak akan memberi kemerdekaan kepada Malaya.

Sekarang kita sudah merdeka. Kitalah yang berhak mencorakkan apa yang terbaik untuk negara kita. Kita tidak ada negara lain selain Malaysia. Tamatkanlah toleransi yang menyakitkan ini, demi anak-anak semua bangsa di Malaysia. Aku ingin lihat Malaysia sebagai SATU MALAYSIA yang sebenar-benarnya.

Allah Peliharalah Tanah Air Ku.

My way.. so Inspired


And now, the end is near,
And so I face the final curtain.
My friends, I’ll say it clear;
I’ll state my case of which I’m certain.

I’ve lived a life that’s full -
I’ve travelled each and every highway.
And more, much more than this,
I did it my way.

Regrets? I’ve had a few,
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course -
Each careful step along the byway,
And more, much more than this,
I did it my way.

Yes, there were times, I’m sure you knew,
When I bit off more than I could chew,
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall
And did it my way.

I’ve loved, I’ve laughed and cried,
I’ve had my fill – my share of losing.
But now, as tears subside,
I find it all so amusing.

To think I did all that,
And may I say, not in a shy way -
Oh no. Oh no, not me.
I did it my way.

For what is a man? What has he got?
If not himself – Then he has naught.
To say the things he truly feels
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows
And did it my way.

Yes, it was my way.

PERUBAHAN dan CITA-CITA

Aku teringat satu perbualan dengan seorang seorang pegawai psikologi yang datang memberi ceramah yang ntah hapa2 kat Kementerian aku suatu ketika dulu. Seorang yang nampak bersemangat tapi rupanya kosong di dalam. Ceramah berdegar-degar tapi sangat sarcastik bila aku borak2 tentang harapan dan cita2.

Dia kata kalau nak bercita2/angan pun jangan la melampau. Overzeleous!. Nanti jadi psyco. Cita2 orang gila la lebih kurang maksud dia. Cita2 yag tidak realistik. Dia cakap boleh cita-cita jadi KSU, tapi melampau sangat, tak realistik..

Nak tergelak aku. Cita2 jadi KSU pun tidak realistik. Bagi aku adalah normal kepada PTD bercita2 begitu. Normal jugak aku rasa pada lain2 skim untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam hirarki sesuatu organisasi. kan? Takkan takdak cikgu yang bercita nak jadi KPPM? Mungkin tidak normal bagi Pegawai Psikologi aka kaunselor kot. . Sebab tu dia memperkecil-kecilkan itu. Kesian aku tengok dia. Mentertawakan aku umpama mentertawakan dirinya sendiri..

Meh aku coretkan petikan dari buku Who Move My Cheese. Must read nih!

” Then he used his imigination to paint the most believable picture he could-with the most realistic details of him finding and enjoying the taste of new cheese.

He saw himself eating swiss cheese with holes in it, bright orange cheddar and american cheeses, italian mozarella and wonderfully soft french camembert cheese and …

***** He knew sometimes some fear can be good. When you are afraid things are going worse if you don’t do something, it can prompt you into action. But it is not good when you’re so afraid that it keeps you from doing anything”

Nampak! semua yang positif bermula dengan imaginasi. Jangan takut dengan perubahan. Jangan memperkecilkan impian dan imaginasi orang lain hanya kerana kamu takut untuk bermimpi. Kalau bermimpi pun takut, apatah lagi nak menjadikan ia satu kenyataan. Bermula dengan imaginasi dan impian inilah, akan membuka kita jalan menuju kearah perubahan yang lebih baik. Ke arah merealisasikan cita-cita.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air. Terpulang pada tuan memula perjalanan menentu haluan.

Begitu la sedikit sebanyak kisah seorang pegawai psikologi dan cheesenya.

Oh btw, beli la buku Who Moved My Cheese. Nice to read.

aadios

lebih baik takdak daripada ada

Aku tinggalkan tajuk blog ini untuk korang buat andaian sendiri. Aku malas nak komen dah. Satgi ada pulak yang sakit hati.. akuuuuuuuuuuuu jugak yang dipersalahkan.

Next Page »