Skip navigation

Monthly Archives: May 2009

Aku ada seorang ibu. Ibu aku sudah tua. Sangat tua. Tangan sudah terketar-ketar. Tak mampu lagi berdiri di atas kakinya sendiri. Kerusi roda adalah peneman beliau kemana-mana. Tangan lembutnya sudah kedut seribu tapi lembut wajahnya masih seperti dulu. Makan kadang-kadang kena di suap. Pegang sudu pun kadang-kadang tertumpah nasi ke lantai.

Ibu selalu menangis. Bukan kerana sedih. Tetapi menangis mengenang nasib diri. Merasakan diri tua tidak berguna, Menyusahkan anak-anak menjaganya ketika tua. Kalau di ikutkan hati, mahu semua perkara diuruskan sendiri. Tapi apakan daya hukum masa, yang muda pasti kelak tua.

Ibu aku seorang pesara. Dengan duit pencen dia besarkan aku menjadi seorang manusia. Cekal besarkan kami empat beradik tanpa suami tercinta yang lebih awal di jemput Yang Maha Esa. Dengan duit pencen tak berapa sen itulah aku dibentuk menjadi manusia. InsyaAllah, aku tak lupa asal usul selagi aku bernyawa.

Ibu,

Kita bukan dari keluarga kaya. Tapi belum pernah kami adik beradik merasa kelaparan tak makan. Apa lagi nak meminta-minta derma ikhsan orang lain. Kita biasa di tindas. Pernah air melimpah masuk kerumah bila jiran tinggikan tanah. Ibu tengok ja bila kita tolakkan air keluar dari rumah. Jiran kita buat bodoh, rasa tak bersalah. Bila hujan, bumbung zink kita tiris, air kita tadah. Sapa pun tak kisah. Tapi kita tetap bersabar. Kita miskin. Ibu kata, sapa nak hormat orang miskin macam kita. Kata Ibu, dia tak ada harta nak wariskan kepada aku. Tapi Ibu wariskan kasih sayang dan bekalkan aku dengan pelajaran. Sekurang-kurangnya aku sekarang tidak merempat ditepi jalan buat muka kesian tadah tangan mengharap ehsan.

Kata Ibu, dia tak berkesempatan belajar tinggi sebab itu sampai ke tua jadi kuli. Tolak wheelchair, mob lantai, tolak longkang. Tapi kata Ibu, takkan anak-anak dia pun nak mengekalkan tradisi sebegini. Kata Ibu, hanya pelajaran yang mampu mengubah taraf hidup seseorang. Ilmu mengangkat martabat insan. Jangan menjadi manusia yang bongkak, angkuh dan membuat onar. Biar kita miskin harta tetapi berjiwa besar.

Ibu,

Aku masih ingat betapa Ibu gembira aku dapat masuk Universiti, tapi susah hati nak cari duit nak bayar yuran dan pendahuluan diri. Betapa tebalnya muka Ibu bila buat muka sardin dan pinjam kat sedara sedarah sedaging. Buat muka sinis bukan main sebelum nak hulur pinjaman tak berbunga. Aku tak tau brapa kali Ibu bayar nak selesaikan hutang semua. Bukan mahal pun yuran nak masuk U. Tapi cecah la jugak ribu. Besar nilai duit waktu tu.

Walau semiskin mana pun dia, tidak bergelar Dato’, Datin, Tan Sri atau Puan Sri, dia tetap ibu aku.Tanpa Ibu aku tidak berada disini. Derita Ibu melahirkan aku, pengorbanan Ibu membesarkan aku, tak mampu aku balas walau dengan segunung emas permata. Apalah nak di bandingkan pengorbanan Ibu dengan kehendak dan kemahuan aku. Budi Ibu anakanda sanjung tinggi.

Ibu,

Tabahkan hati menghadapi dugaan tuhan. Dia tidak menduga, sekiranya Ibu tidak tahan ujianNya. Anakanda sentiasa ada di sini selagi Ibu masih ada. Semoga Ibu kembali sihat dan terus sihat. Bagi anakanda, setiap hari adalah hari Ibu untuk Ibu.

Regards,

Anakanda yang merindui Ibu

ada reader yang bagi feedback blog aku berat. Kali ni aku nak tulis sesuatu yang ringan. Ringan la pada aku. Tak tau la pulak pada korang.

Hari ni aku nak bercerita pasal penat. Aku seorang manusia yang penat. Penat dengan kerja, penat dengan kerenah dan perangai manusia, penat dengan politik. Bukan politik negara tetapi politik pejabat.

Aku penat dengan kawan-kawan yang marah bila tak apa yang dia nak. Aku penat dengan orang yang mendesak supaya aku membolehkan perkara yang tidak boleh. Aku punya limitasi peranan. Aku tak boleh untuk membolehkan perkara yang tidak boleh. Aku ni siapa? Orang bawahan yang hanya boleh mengutarakan cadangan. Akhirnya bos aku jugak yang membuat keputusan.

Bila keputusan yang dibuat tidak favour kawan-kawan, aku pulak yang dipersalahkan. Kenapa payah sangat kawan-kawan nak paham tugas aku. Ya la, aku bukanlah skema sangat. Tapi kalau dah aku pun kena marah ngan bos semata-mata nak favor kawan, then bila kawan tu tak dapat apa yang dia nak, then dia pulak marah aku,.. apa kejadahnya. Kalau aku tau, baik aku jangan tolong dari awal lagi. Jangan tanya apa yang dia nak, jangan pandai-pandai nak tolong.

Tapi memikirkan dia kawan maka aku pun tolong. Udah tak dapat, aku pulak dimarah kawan-kawan.

Ayooo!!! susah bila dapat kawan-kawan yang nampak profesianal, tapi tidak. Profesional yang tidak ada profesionalisme.

Tapi secara realitinya berapa kerat sangat kawan yang betul-betul kawan. Time dia nak something dia baik la dengan kita, bila dah dapat batang hidung pun tak nampak… tu kalau dapat, kalau tak dapat??? lu pikir la sendiri.

Kadang-kadang aku termenung sorang-sorang. Dok pikir kawan-kawan yang susah nak hormat intergriti yang aku pegang…. nak jugak korek maklumat. Bila aku tak bagi, aku pulak dikatakan skema. Susah la macamni.

Tapi pegi mampus la dengan korang. Aku dah tau pun korang kawan jenis apa. Sekurang-kurangnya aku tau awal. Esok-esok aku tau la nak berkawan dengan korang setakat mana ja. Ko-rang pikir ko-rang punya bengang ja. Aku punya bengang nak letak mana. Ko ingat aku saja-saja nak letak ko suka-suka hati.

Hello bro, sejahat-jahat aku, tak penah lagi aku nak menganiaya kawan-kawan. Korang dok pedajal aku ada la. Depan cakap lain, belakang pusing-pusing. Aku dah start nak menyampah. Aku menyampah nak layan perangai budak-budak. Umur dahla tua dari aku. Anak pun bersepah dah. Tapi perangai macam budak-budak. Aku pun dah malas nak tulis dah.. Aku menyampah dan aku bosan. Terima kasih la kawan, Kalau ko tak menunjukkan your true Colour, sampai mati pun aku tak tau perangai ko macamni. Aku pun dah penat nak tolong ko. bak kata frank sinatra;

And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, Ill say it clear,
Ill state my case, of which Im certain.

Ive lived a life thats full.
Ive traveled each and evry highway;
And more, much more than this,
I did it my way.

Sekarang, I do it my way.. korang rasa korang boleh kawan dengan aku korang kawan, korang rasa tak bleh kawan korang boleh blah. Macam la selama ni semua orang suka kat aku. Aku dah biasa dengan berterus terang dan aku harap orang juga berterus terang pada aku. Daripada aku cakap belakang baik aku cakap depan muka korang. Korang suka korang tak suka korang telan ja la sebagaimana aku telan apa yang korang cakap kat aku. Apa yang payah sangat kan?? Kalau korang tak puas hati, datang bincang cara baik, bukan ngutuk belakang aku. Kalau ada jalan penyelesaian kita cari sama-sama. Kalau dah kusut tak boleh nak rungkai, kita potong ja, selesai masalah..habis cerita.

Apa tindakan kita apabila sesuatu yang kita hajati tidak dipenuhi. Apa pula reaksi kita apabila tingkah dan laku kita ditegur.

Ini adalah dua perkara yang aku pelajari hari ini. Belajar untuk membezakan diantara kemantangan dan kedewasaan. Kadang-kadang manusia itu cukup matang tetapi tidak dewasa. Ada yang cukup dewasa tetapi tidak matang. Orang yang matang dan dewasa sepatutnya tahu erti sebuah tanggung jawab. Tahu bila perlu mara dan bila perlu mundur. Tahu menilai antara baik dengan yang tidak. Apatah lagi untuk memberontak apabila sesuatu kemahuan mereka tidak dipenuhi. Bukan semua yang kita nak kita dapat bro.

Aku orang realist…. Macam Kisah Habil dan Qabil. Aku percaya ada manusia yang dengki-mendengki. Ada manusia yang iri hati. Ada manusia yang menggunakan kita untuk kepentingan diri. Ada yang berkawan bila kita senang dan lari bila kita terlentang. Hakikat yang perlu kita terima. Sejauh mana pun kita berlari, dunia tidak pernah sunyi dari manusia sebegini. Tak payah nak berkecil hati. Tak membawa kita kemana-mana pun.

Kalau kerana benar kita lari dan kerana salah kita berdiri, tak payahla ada maruah diri. Kerana sesuatu yang hak itu tatap mengatasi yang batil. Cuma masa yang menentukan. Kalau seseorang itu dekat dengan kita kerana sesuatu, lambat laun kita akan tahu tujuan sebenarnya. Dunia ni kan kecik. Hari ni kita diatas, esok2 tak tahu dimana pulak.

Untuk yang telah dewasa, silalah matangkan diri. Yang telah matang belajarlah menjadi dewasa. Hidup adalah tanggungjawab. Tanggungjawab untuk hidup bagi melaksanakan tanggungjawab lain yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Bila kita lupa kita ada tanggungjawab, kita akan hanyut bersama-sama kehendak dan kemahuan.

Bertanggungjawab itu adalah satu amanah. Aku bertanggungjawab menjaga amanah yang telah diberikan kepada aku. Sekiranya engkau wahai sahabat tidak faham tentang ini, maka engkau belum cukup dewasa untuk merasa betapa beratnya menjaga amanah dan memikul sebuah tanggungjawab.

Dunia ini sangat luas. Pandangan mata kita kadang-kadang membuatkan ia sempit. Satu perjalanan ke suatu dunia yang cukup asing bagiku membuatkan aku rasa dunia ini lebih luas daripada apa yang aku selalu lihat. Melihat manusia dan cara hidup yang sangat asing bagi aku. Melihat suatu tempat yang sangat indah. Melihat satu budaya masyarakat, melihat suatu kedaifan yang tidak pernah aku terfikir untk aku lihat. Dan kerana itu aku bersyukur dengan apa yang aku ada selama ini. Sangat bersyukur. Penah suatu ketika aku merasakan “i’ve had enough with my live”. Tapi aku silap. Banyak lagi yang perlu aku lihat dan pelajari sebelum aku akhiri perjalanan ini dengan suatu ikatan yang abadi.

Banyak sangat yang aku mahu dalam hidup ini. Banyak yang aku kejar. Tapi selalunya tak semua yang aku dapat. So aku belajarlah menghargai apa yang aku ada supaya tidak menyesal apabila ianya sudah tiada. Kadang-kadang apa yang ada di depan mata itulah yang jarang aku nampak. Malah, ia lebih bernilai dari apa yang kita kejar jauh diseberang sana. Pasanglah sebuah impian dan jangan biarkan ia berakhir dengan angan-angan.

Aku penah hilang dan kehilangan itu amat menyakitkan. Sebab itu, i can’t afford to lose it again… and face the same pain that i cannot stand. Aku bertuah kerana ada dia yang memahami dan memaafi. Ada dia yang sentiasa ada untuk aku. Ada dia yang kuat dan tabah untuk aku dan dia.

Aku juga manusia biasa, yang tidak penah sunyi dari melakukan kesilapan. Dan kemaafan itu adalah ubat yang terbaik untuk kesilapan yang penah aku lakukan. Tapi, memaafkan itu tidak semudah melupakan. Luka mungkin sembuh, parut tetap kekal di situ. Aku faham. what is done is done. Lets by gone be by gone. Mudah berbicara, payah melaksana. kan? Dan itu adalah risiko yang harus diterima.

Bukankah setiap hari kita berhadapan dengan risiko. Life is a risk. Kalau takut, jangan hidup. Makan juga berisiko, memandu juga berisiko. Semua benda yang kita buat berisiko. Apa yang penting.. untuk hidup kita perlu berani. Minimakan risiko. Walaupun “the more the risk the higher the return” – semakin tinggi risiko semakin tinggi juga pulangannya.. Tapi… pulangan yang bagaimana. Berbaloikah pulangan itu?? jawapan ada dalam diri masing-masing. Tepuk dada tanya akal.

Ini pandangan aku, pandangan orang tidak semestinya salah. Berbeza pendapat itu secara positifnya adalah suatu rahmat. Yang penting bagaimana kita mengutarakan perbezaan itu. kau tidak selalunya salah dan aku juga tidak selalunya betul. Pokoknya, pandangan tetap berakhir sebagai sebuah pandangan. So what’s the big deal? Kenapa ada yang memutuskan ukhuwah hanya kerana sebuah pandangan. . Jadi menolak atau menerima pandangan itu adalah hak masing-masing.

Yang penting.. aku bahagia. Terima kasih pada dia dan semua yang membahagiakan aku. Walaupun untuk sekejap cuma. Terima kasih, Terima kasih, terima kasih.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.