Skip navigation

Monthly Archives: December 2009

Aku ingat rakyat Malaysia ni budi bahasa tinggi. Aku ingat orang Melayu Islam ni tau timbang rasa. Rupanya aku silap. Minggu akhir tahun 2009 menyaksikan ada juga melayu islam kat satu tempat bernama Pantai Johor, Alor Setar yang haprak. Buat malu jadi melayu. Lagi malu jadi Islam.

Kisahnya bermula begini. Ada satu makhluk ini telah meletak kenderaan di lot parking awam dihadapan kedai runcit. Beliau meletak kenderaan disitu kerana mahu menyertai kawannya dgn kereta yang satu lagi. Kira keluar satu kereta la ni. Bila dia balik nak ambil kereta dalam pukul 7 malam macamtu, tempat dia parking tu rupa-rupanya tapak gerai yang dibuka pada waktu malam.

Apa lagi kereta beliau dengan sengaja diapit oleh dua buah gerai. Kira tersekat ditengah2. Tak boleh keluar. Satu gerai jual mee, satu lagi menjual air. Gerai2 tu purposely buat begitu. Tuan gerai tu kata padan muka. sapa suh parking kat tempat aku meniaga. Malam satgi pukul 2 pagi hang mai amik keta. Pi la report kat Bandaran (Bandaraya).. sambil gelak2!. Kurang ajar sungguh. Lagaknya macam semua penguatkuasa MBAS semua telah ‘dibelinya’.

Isu pertama: Maybe salah kawan aku pasai tak perati betul2 tempat depa meniaga. Kan dah kena. Sapa suh parking tempat puak2 tak skolah ni meniaga. Depa mana ada pakai akai nak tolak ansur. What’s theirs is theirs.

Isu Kedua: Kawan saya ni dah minta maaf, dan mengaku salah. Dengan berat hati setuju nak ambil keta malam. Malangnya kereta beliau telah dicalar dan dikotorkan dgn diletakkan barang2 perniagaan diatas bonet hadapan kereta beliau oleh peniaga berkenaan. So pasai apa nak kena khianat kereta orang?

Isu Ketiga: Memandangkan kesalahan ini adalah kali pertama, tak bolehkah dia bertolak ansur dan memberi laluan sedikit semasa nak set up gerai dia supaya kereta dapat keluar dan seterusnya tidak mengganggu perniagaan mereka? Padahal gerai mereka adalah yang paling hujung dan masih banyak ruang sekiranya berniat membantu untuk menganjak sedikit gerai supaya ada ruang untuk kereta keluar.

Isu Keempat: Kenapa perlu kurang ajar. Tidak bolehkah mendengar penjelasan kawan saya ni dahulu sebelum bertindak melulu memblok kereta beliau?

Isu Kelima: Kalau kawan saya boleh tolak ansur dgn mengambil kereta dia selepas mangkuk2 ni habis berniaga, pasai apa depa tak boleh tolak ansur sampai merosakkan kereta orang?

Isu ke enam: Kalau kawan saya buat laporan, polis pun tak nak terima, sebab anggap kes ni kecil. Habis tu calar balar ni sapa nak bayar? Jadi PDRM merestui perbuatan khianat terhadap harta benda orang lain??

Isu Ketujuh: Penggerai tu boleh eksyen pasai tak kena kat batang hidung sendiri or mak bapak dia. Orang ni biasanya bila tak kena kat batang hidung sendiri bukan nak insaf. Kalau Polis ambil tindakan or MBAS ambil tindakan, bagaimana pula dgn keselamatan diri kawan saya ni? Tak pasai-pasai dia pula didendami. Padahal yang teraniaya adalah dia.

Aku doakan mereka2 ini insaf dan jangan lagi menganiaya orang sebegitu rupa tanpa usul periksa. Inilah tipikal penyakit orang melayu/manusia yang bertindak menggunakan kepala lutut. Moga-moga mereka akan diberi hidayah dan pembalasan yang sewajarnya dari yang maha kuasa.

Manusia itu kejadian yang sangat sempurna. Kejadian yang terbaik diantara ciptaan Allah. Maka kita adalah ciptaanNya yang sempurna. Kita sebenarnya telah sempurna. Mengapa pula kita mahu mencari lagi sebuah kesempurnaan??

Yang menjadikan kita tidak sempurna adalah andaian logik akal dan tindakan psyco motor kita sahaja. Tingkahlaku kita dipengaruhi pemikiran yang dipengaruhi persekitaran. Kita selalu melihat orang lain tidak sempurna kerana kita mahu melihat sebegitu. Kita melihat orang lain tidak cantik kerana kita memaksa akal untuk mencari rationalnya. Pandangan mata tidak menipu. Ianya terpulang kepada tafsiran akal. Tidak ada satu pun kejadian Allah yang tidak sempurna.

Kita dipandu akal. Akal tidak selalu boleh menerima logik. Bilamana akal berjaya dimanipulasi hati maka manusia itu akan mula keliru. Kerana di dalam hati ada sarangnya nafsu. Bergandingan hati dan nafsu membawa kepada lemahnya fungsi superioriti akal. Akal ini darjatnya tinggi. Kalau akal mula menjadi hamba rakyat, maka tentunya nafsu bersultan di hati dan beraja di mata.

Jadi, sekiranya akal tertewas, ditawan nafsu, hati menjadi raja yang zalim maka bantulah akal untuk kembali merampas kuasa, menduduki tahta. Moga-moga dapat dipenjarakan nafsu yang jahat. Maafkanlah hati kerana dibutakan nafsu.

Maafkanlah dia sekiaranya dia tertewas dengan hati sewaktu akalnya dibelenggu nafsu. Itu bukan pandangan mata akalnya. Itu illusi nafsu yang membutakan hati. Tidak ada manusia semaksum ambia’. Maafkanlah dia. Dia manusia biasa, seperti kau, aku dan dia….

Orang Malaysia memang terkenal dengan budi bahasanya. Baik Melayu, Cina, India mahupun semua kaum yang ada kat Malaysia ni. Kalau duduk di kampung lagilah terserlah budi bahasa. Kalau berselisih kereta/motor, paling tidak pun senyum or angkat tangan. Kalau dulu-dulu, kenduri kendara mesti bergotong royong. Kalau sakit demam, ramai je jiran datang melawat. kalau bulan puasa tu, mesti ada adegan hantar-menghantar kuih petang-petang sebelum berbuka. Kat masjid/ surau, penuh ja dgn anak kariah. Kita kenal si polan-si polan ni anak siapa. Mak Bapak dia sapa. Kita nak buat jahat pun risau takut sampai berita kat mak bapak kita.

Bila zaman berubah, perlu jugak ke budi bahasa pun berubah. Semangat persaudaraan dan kejiranan pun dah macam tak takda. Yang bercambah dan berkembang biak dengan jayanya adalah sifat individualistik. Gua-gua, Lu-Lu. Jangan jaga tepi kain orang. Rumah jiran kena rompak pun kita tak tau.

Kalau membeli barang, jarang aku dengar orang yang menjual tu berterima kasih. Aku pulak lebih-lebih terima kasih kat dia. Padahal aku customer. Kalau memandu… laaaaaaaaagilah kurang budi bahasa dia. Semua nak dia je jalan dulu. Masa ni memang sangat terserlah sifat individualistik rakyat Malaysia. Padahal jalan raya di dikongsi ramai-ramai.

Kita semua pun terlibat juga dengan perubahan sikap rakyat Malaysia. Perhati balik sikap kita. Ada ke perangai-perangai tidak berbudi bahasa ni dalam diri? Semua bermula dengan diri kita. Bak kata kawan aku yang tengah buat PHD kat Nw Zealand, kalau kita nak buat perubahan kena bermula dengan diri kita sendiri,, “biar pun seorng tapi jika niatnya ikhlas insyallah allah beri petunjuk pd yg lain”..
Kalau kita tak mula, budaya ni takan berkembang biak. Tak payah nak tengok kiri kanan, tunggu orang lain mulakan. Kita perlu mendahului.

Susah payah Kerajaan buat kempen. Berjuta-juta duit rakyat dibazirkan semata-mata nak mengajak rakyat Malaysia berbudi bahasa. Kenapa perlu sangat kepada budi bahasa ni. Penting sangatkah sampai berjuta-juta ringgit duit dihabiskan untuk kempen? Kenapa perlu bersopan santun di jalan raya? Apa manfaat kalau aku berbudi bahasa. Apa pulak ruginya aku kalau tidak berbudi bahasa? Budi bahasa boleh buat untung ke? Berapa ribu ringgit aku dapat kalau berbudi bahasa?

Soalan-soalan di atas aku tinggalkan kepada mereka yang tak suka kepada budi bahasa. Banyak lagi persoalan yang boleh timbul kalau kita tak mau berbudi bahasa.

Kepada yang nak berbudi bahasa, perkara paling simple kalau nak memupuk budaya berbudi bahasa, adalah dengan berterima kasih.

Sekian, terima kasih.

I dedicated this song to a good friend of mine; Fight for your right…

Love deeply and passionately, you may get hurt but this is the only way to live your life completely.

May Allah shines His love on you… Amin!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

I know you think that I shouldn’t still love you or tell you that.
But if I didn’t say it well I’d still have felt it,
where’s the sense in that
I promise I’m not trying to make your life harder
Or return to where we were but

I will go down with this ship and I won’t put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door,
I’m in love and always will be

I know I left too much mess and destruction to come back again
And I caused but nothing but trouble,
I understand if you can’t talk to me again
And if you live by the rules of “it’s over” then I’m sure that that makes sense but

I will go down with this ship and I won’t put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door,
I’m in love and always will be

And when we meet, which I’m sure we will
All that was there, will be there still
I’ll let it pass, and hold my tongue
And you will think, that I’ve moved on….

I will go down with this ship and I won’t put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door,
I’m in love and always will be

I will go down with this ship and I won’t put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door,
I’m in love and always will be
I will go down with this ship and I won’t put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door,
I’m in love and always will be

Cepat sungguh masa berlalu. Terasa baru semalam ia berlaku. Sekarang malam. Esok yang pasti datang, menginjak lagi sisa umurku. Terasa rindu semalam. Pasti ia tidak berulang. Yang terpahat kekal hanyalah sebagai tanda ingatan. Ingatan yang bermain dilensa fikiran.

Aku rindu. Kerinduan yang datang dan pergi kepada semalam. Andai bisa aku putarkan waktu. Ayat biasa yang menyesakkan dada.

Semalam tetap menjadi sejarah. Panduan dan pengajaran dari sebuah pelajaran. Aku tetap rindu semalam. Walaupun sedaya mampu untuk tidak. Aku rindu juga. Semalam bukan milik aku lagi. Dia berlalu, esok juga belum pasti milik aku.

Cepatnya masa berlalu, belum sempat aku melepas rindu kepada semalam yang makin jauh. Semalam yang semakin melupakan aku. Semalam yang melupakan aku pernah di situ. Aku rindu.

titik.

Tahniah dan selamat berjaya kepada sahabat-sahabat aku yang telah dikurniakanNya setakah lagi peningkatan dalam kerjaya. Ramai yang akan gembira dengan pencapaian anda. Ramai jugak yang akan irihati, dengki dan mempersoalkan kelayakan anda. Persetankan dengan mereka. Mereka adalah orang-orang yang kecewa.

Teruskan tugasan dan jalankan tanggungjawab anda seperti biasa. Bukan semua orang suka kita. Bukan semua orang berhati mulia. Anak Adam keturunan pertama pun mempunyai fiil sebegini, apatah lagi mereka2 yang selepasnya.

Kita teruskan dengan hidup kita. Apa yang kita dapat ini bukan hadiah dan anugerah. Ia hanyalah sekadar tanggungjawab dan amanah yang dibayar dengan sedikit upah.

Kerjalah bersungguh-sungguh. Cabaran masa depan lebih hebat. Seiring dengan peningkatan kerjaya. Allah angkat kamu pada kedudukan yang kamu ada sekarang. Manusia hanyalah jambatan penghubung sahaja. Dia yang menentukan segalanya.

Badai dugaan akan lebih hebat. Pandai-pandailah kamu mengemudi jong perkhidmatan awam. Tidak semua orang berpuas hati dengan apa yang kita beri. Tidak semua orang pandai berterima kasih. Tidak ramai yang tahu mengenang budi.

Teruskan usaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Perkhidmatan kita ini kecil sahaja. Bantu membantulah sesama kita. Kerjalah seikhlas hati sejujur jiwa. Di luar sana banyak jerung yang menanti kita membuat silap, tunggu masa untuk dibaham. Berhati-hati dengan setiap langkah. Hari tidak selalu cerah. Kegembiraan juga tidak selamanya. . Yang bermula pasti akan berakhir, biarlah pengakhiran kita adalah pengakhiran yang terbaik.

Selamat menjalani fasa hidup yang baru. Selamat maju jaya. Aku doakan kalian sentiasa berjaya dalam apa juga tanggungjawab baru yang diamanahkan kepada kamu. Kita yakin bahawa kita yang terbaik dan kita akan memberikan yang terbaik.

Aku bangga aku dipilihNya berada dalam perkhidmatan ini. Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Aku percaya begitu juga kamu dan kamu. Doaku sentiasa buat kalian.

Syukur atas kurniaanNya. Moga-moga usaha kita dipermudahkanNya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kita ini milik siapa? Siapa pulak pemegang hak milik diri kita? Adakah harta, pangkat dan kedudukan ini milik kita dan kita yang berhak penuh ke atasnya. Adakah kita berhak ke atas apa yang kita miliki. Atau adakah ada hak orang lain dalam perkara-perkara yang kita claim sebagai hak milik kita?

Pangkat yang kita pegang, kedudukan yang kita ada, harta yang kita bina, adakah kita pasti itu hak dan hak milik kita? Kita yakin? kita percaya? semua itu kekal dengan kita sebagai hak milik?

Aku tidak percaya.

Yang aku percaya, harta, pangkat, kedudukan itu semua pinjaman. Dunia ini pinjaman. Buat apa nak bangga-bangga dengan benda yang bukanpun milik kita. Apatah lagi nak riak, ujub dan takabur. Eksyen barang pinjam? takdak kelas langsung..

Harini Tuan punya barang bagi kita pinjam pangkat, harta, kedudukan. Esok-esok, Dia boleh ambil balik bila-bila masa saja, tanpa perlu memberi ‘notis’.

So, sapa-sapa yang berkira-kira nak rasa riak sebab berjawatan, berpangkat, harta berkoyan-koyan dan bergaji godang.. harap-harap difikirkanlah semula. Nanti Tuan punya yang mempunyai hak dan hak milik ini murka, Dia boleh ambil balik macam tu saja.

Thing we borrow will never be ours…. remember that.

Aku perlu banyak bersyukur kepadaNya. Banyak sangat limpahan nikmat yang diberikan kepada aku, dia dan kamu. Tak terucap kesyukuranku kepadaMu ya Tuhanku.

Terbaru, aku dikurniakan keputusan yang cemerlang dalam semester pertama aku menjadi pelajar di sini. Sangat-sangat bersyukur. Terima kasih juga buat keluarga dan dia yang memahami. Kawan-kawan yang banyak membantu dan pensyarah yang tidak jemu-jemu membimbing. Aku bukan pelajar bijak/cemerlang sewaktu ijazah pertama. Result exam sebegini mungkin biasa bagi yang biasa cemerlang, tapi bagi aku, ia merupakan seribu rahmat.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Soalan yang biasa ditanya; “sambung belajar untuk naik pangkat?” atau ” wah! lepas ni, ada master, bleh la cepat naik pangkat”..

Mentaliti orang tidak sama. Begitu juga tahap pengetahuan. Aku kena biasakan. Yang aku tau, aku belajar untuk mencari sedikit ilmu. Sekiranya ilmu ini dapat dimanfaatkan, kebaikannya boleh dikongsi bersama. Sementelahlah aku ini pelajar tajaan Kerajaan. Harus tahu berterima kasih. Harus tahu membalas budi.

InsyaAllah, aku akan berusaha lebih keras pada semester hadapan. Aku berharap semangat aku terus membara untuk menimba ilmu dan memberikan yang terbaik. Doakan aku wahai sahabat. Moga-moga, semakin kita mencari ilmu, semakin kita merasakan diri ini sgt kecil disisiNya. Kerana semua ini milik Dia dan kepada Dia kita pasti akan kembali.

Bagaimana perasaan anda jika perkataan seperti tajuk diatas dilabelkan kepada anda yang baru sahaja kehilangan suami tercinta??? Air mata masih belum kering. Tanah kubur arwah masih merah. Sungguh kurang ajar..

Inilah sebahagian dugaan yang di letakkan Allah kepada seorang mukminah sejati, Teh Afifah. Aku sangat tersinggung. Apatah lagi Teh Afifah. Tidakkah ada sekelumit rasa simpati terhadap apa yang berlaku ke atas beliau??? Masih ada lagi manusia sebegini rupanya. Mungkin mereka ingin bergurau, tetapi gurauan yang tidak kena pada tempatnya.

Begitu juga dengan laporan akhbar yang mempertikaikan hantaran perkahwinan beliau. Bukankah beliau sudh selesai diakad nikahkan?? Jadi, bukankah telah selesai urusan nikah??? Jadi hantaran itu bukankah sudah sah menjadi milik keluarga perempuan/pengantin perempuan.

Kenapa wartawan perlu timbulkan isu samada hantarn itu perlu dipulangkan? Lainlah kalau majlis dibatalkan pasal pengantin lari, or nikah tak jadi. Barulah hantaran boleh dipersoalkan.

Aku tak paham tentang tahap kefahaman/kebijaksanaan wartawan di Malaysia mencari berita.

Untuk makluman pelayar2 maya/bloggers sekalian, Teh Afifah adalah seorang mukminah yang sgt menjaga tata pergaulan beliau dengan bukan mahramnya. Seorang yang sangat patuh pada tuhan dan kedua ibu bapanya. Seorang mukminah yang beriman dan beramal soleh. Kali pertama beliau bersentuh kulit dengan arwah suaminya adalah setelah selesai majlis akad nikah.

Kerana itulah, mungkin Allah mahu tingkatkan lagi darjat keimanan beliau dengan ditimpakan ujian yang sebegini berat. DiambilNya benda yang paling disayangi.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah al-Ankabut [29]:2-3)

Sabarlah Dik, sesungguhnya Allah sedang menguji kamu. Semoga engkau sesabar Ayub A.S, Ibrahim A.S dan Muhammad S.A.W.

Mari kita panjatkan doa untuk mereka yang telah pergi. Kita akan menyusul nanti, hanya masa yang menentukan bila.

Al-Fatihah

Pertama-tama sekali aku ingin merakamkan ucapan takziah kepada Teh Afifah sekeluarga. Salam takziah juga aku panjangkan kepada keluarga arwah suami beliau, Mohd Ariff, ibu dan bapa mertua serta kawan baik arwah suami beliau yang turut sama kembali menemui Penciptanya. Semoga roh mereka berada di dalam sempadan rahmat Allah jua.

Tidak dapat aku gambarkan perasaan diri ketika mendengar khabar ini pada mulanya. Dimata aku hanya terbayang wajah pipah. Wajah yang menemani kotak fikiran sepanjang perjalananku ke Hospital Kangar. Wajah comel yang baru sahaja bertukar gelaran. Aku kelu.

Aku tidak dapat bayangkan, betapa aku berada di tempat pipah. Kehilangan seseorang yang baru sahaja selamat dinikahi. Betapa ciuman dahi dan kucupan tangan setelah nikah selesai di akad, senyum tawa, riang gembira berganti dengan linangan air mata duka.

Ya Allah, Engkau tabahkan hati Pipah, kerana aku tahu Engkau tidak akan tumpahkan ujianMu terhadap dia sekiranya dia tak mampu untuk menanggungnya. Aku yakin bahawa setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

Dik,

Sesungguhnya, hatimu itu seteguh imanmu. Engkau adalah insan istimewa yang terpilih untuk diuji sehebat ini. Tabahkan hatimu dalam menempuh hari-hari berlalu. Doaku sentiasa buatmu Dik.

Salam takziah.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.