Skip navigation

Monthly Archives: January 2010

Kenapa kita selalu merenung kepada pintu yang tertutup? Terus-terusan kaku merenung pintu yang tertutup dengan harapan pintu itu kembali terbuka untuk kita?

Ada pula yang berharap kalau dapat diputarkan masa. Agar dapat membetulkan kembali diri yang tersasar arah. Agar dapat merungkai kekusutan yang tidak terungkai. Agar dapat melafaz kata yang tak terucap.

Elok saja kita biarkan pintu yang tertutup itu, tertutup selamanya. Kelak jika terbuka, pasti ada hati yang terluka. Kita atur sahaja langkah ke arah pintu-pintu yang terbuka. Kita pilih mana satu pintu yang terbaik untuk kita.

Kalau masa pula dapat di putar semula. Akan ada hati yang merana. Akan ada jiwa yang gundah gulana. akan ada raga yang merintih hiba.

Jangan dibuka pintu yang tertutup itu. Di balik sana telah ada penghuninya. Biar mereka dengan kegembiraan mereka. Kita iringi kebahgiaan mereka dengan titipan doa.

Pintu tertutup itu, telah ditakdirkan bukan untuk kita melaluinya. Redhalah.

Sesungguhnya aku telah redha. Aku harap kau pun begitu jua.

Penting sangat ke subjek sejarah?? Kalau penting kenapa tidak diwajibkan dalam pra syarat untuk ke Universiti?? Kenapa tidak diangkat kepentingannya setaraf dengan subjek sains dan matematik.

Aku tengok sekarang ini banyak generasi muda yang tak tau sejarah. Bila tak tau sejarah depa tak tau asal usul. Bila tak tau asal usul depa tak sedaq diri. Bila tak sedaq diri depa akan jadi kurang ajar.

Jadi kalau generasi sekarang kurang ajar, jangan salahkan mereka. Mereka tiada penghayatan sejarah. Mereka tidak ditekankan tentang kepentingan sejarah. Tengok saja macamana subjek sejarah dilayan. Seperti subjek nyamuk, subjek picisan. Tidak ada nilai. Apatah lagi kepentingan dan falsafah disebalik penceritaan sesebuah peristiwa sejarah. Tengok saja cara pengajaran subjek sejarah disekolah-sekolah. Stereotaip pengajaran dan pembelajaran sejarah ini perlu diubah bukan setakat menghafal dan mengingat. Ia pasti membosankan kepada individu yang berlainan keupayaan kognitifnya.

Bagi aku pengajaran dan pembelajaran sejarah perlu ditekankan dari aspek bagaimana untuk memahami falsafah disebalik sesuatu peristiwa. Bukan setakat menghafal dan mengingat. Pelajar patut di ajar berfikir dan menaakul bagaimana sesuatu peristiwa yang berlaku dulu mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan mereka pada hari ini.

Generasi materialistik tidak dapat menggunakan subjek sejarah untuk mencari keuntungan harta benda. Tidak ada hasilnya dari segi ringgit dan sen menjadi seorang patriotik. Hasilnya, mereka tiada kebanggaan dengan keunggulan ketamadunan bangsa apatah lagi hendak melestarikan ia. Mereka akan menjadi lebih liberal kerana tidak mahu dilihat konservatif. Tidak mahu dikatakan sentimental dan retrospektif.

Bila generasi buta sejarah, maka mereka akan menjadi manusia robot acuan kapitalist. Mereka lupa asal usul dan adab-adab berterima kasih. Mereka akan membesar sebagai individualistik tanpa semangat patriotik kepada negara. Mereka lupa siapa mereka di bumi Malaysia.

Apabila hari ini meninggalkan kita untuk menjadi esok, maka hari ini adalah sebuah sejarah. Belajarlah dari sejarah. Moga-moga kita tidak mengulangi kesilapan hari ini yang dilakukan semalam. Moga-moga kita lebih bijak mengatur langkah. Langkah sebagai seorang pejuang.

Teringat-ingat bila tadi time class bila kami berbincang pasal civil society. Lepas habis ja presentation dari satu grup ni, trus berbagai2 perbincangan dan pendapat yang dilontar…

Antara pendapat best adalah dari one student from Algeria. Dia kata tidak wujud civil society yang sempurna di dunia ni. Semuanya umpama Utopia. Civil dalam konteks civil society is about civilization. Peradaban. Civil Society = Masyarakat yang berperadaban. Ni kira ikut tafsiran barat la ni. Tapi konsep peradaban, adab dan budi bahasa ni, Islam dah pakai lama dah. 1400 tahun yang lalu. Lebih awal dari konsep civil society yang diwacanakan oleh Barat.

Islam ajar semua umatnya tentang adab, tentang amanah, tentang accountabiliti, tentang etika. Al-Quran dah terpampang ayat2 mengecam orang yang rasuah. Tapi ironiknya, negara Islam yang pemimpin atau ketua negaranya terdiri dari orang Islam menjuarai senarai negara-negara terasuah di dunia. Negara dengan umat Islam terbesar seperti Indonesia pun menjadi antara negara yang paling rasuah. Tu tak cerita lagi negara-negara afrika macam Nigeria, Mali, Liberia. Tidak ku lupai juga negaraku Malaysia.

Negara yang ketua dan kepimpinannya bukan Islam pulak yang jadi negara yang paling bersih macam Denmark, Finland dan jiran terdekat kita Singapura. Apa kes ni? Sebagai orang Islam, aku patut terasa tempias malu pada bukan Islam.

So.. macamana dengan Malaysia?? Masih jauh lagikah Malaysia nak mempunyai sebuah civil society yang benar-benar bagus?? Tengok sendiri la keadaan persekitaran lepas sambutan tahun baru atau merdeka. Tengok saja pasar malam kita lepas habis depa meniaga. Sampah punya bersepah, masyaAllah. Tau apa depa kata?? kalau tak buang sampah, tak dak keja la kontraktor yang dibagi keja sapu sampah.

Tengok saja pemandu-pemandu kita kat jalan raya. Bawak keta macam jalan tu dia punya. Tengok saja public toilet kita lagu mana. Kotor dan menjijikkan. Tu toilet yang berbayar, kalau toilet free, tak lalu nak masuk.

Biasanya, orang akan bercakap soal sikap. Tapi, in my humble opinion, ini bukan lagi soal sikap, ini soal penghayatan, pemahaman, dan pembudayaan. Kalau tidak ada penghayatan, tak mau nak faham, tidak ada pembudayaan kepada peradaban dan kebersihan, sampai bila2 masyarakat Malaysia dok lagu ni. Bagi la pendedahan, peringatan, pendidikan hatta hukuman sekalipun, benda ni takan berubah.

Ada sesetengah kita bercakap berdegar-degar bab ummah la, agama la, ekonomi la. Ada pulak syok berborak pasal politik malaysia sampai ke politik dunia. Membangkang ini, tak setuju itu, tapi sudahkan diri kita sendiri membudayakan budaya yang terpuji. Tengok diri kita sendiri, samada kita ni on time dak kalau berjanji, bawak kereta kat jalan raya ikut peraturan dak? seal belt/helmet pakai dak? masuk toilet flush dak? nak amik makanan kat kenduri kendara beratur dak? Ludah merata-rata lagi? Buang puntung rokok kat mana?

Kita tengok yang kecik-kecik dan remeh temeh dulu. Benda-benda yang berlaku hari-hari kat sekeliling kita. Lepas tu baru kita pergi kepada isu yang lebih hebat macam, salahguna kuasa, rasuah, samun, ragut, keselamatan, kejiranan, perhubungan antara kaum, ekonomi, politik dll.

Aku memperingati diri aku. Aku pun kena mula dengan diri sendiri. Mai kita semua bermula dengan diri sendiri, perlahan-lahan membentuk masyarakat berperadaban (civil society). Kita bertatih dulu pun tak pa, apa masalahnya? Pemulaan segalanya adalah dengan kita. Tunjuk jari kat diri sendiri. Kitalah agen perubahan. Kita tu maksudnya termasuk juga kamu, kau, dia, demo, mu. hang, awak, dan segala isi buana.

Titik.

Haih!! Malaysiaku.

Sabah ni cantik. Orang-orangnya pun cantik. Yang lelakinya adalah hensem seperti ex-hosmet aku yang masih solo dan kaya. Sapa 2 nak berkenalan sila hubungi aku lepas ni. Eh pasal apa pulak entry aku pasal Sabah ni??

Adakah pasal chenta hati aku ada nun jauh kat Sabah, dengan gigihnya sedang mendidik anak bangsa (anak bajau?)?? Mungkin tidak!! pasal aku plan nak pi lagi tahun ni. Dah macam acara tahunan pulak bercuti2 satu Malaysia kat Sabah ni.

Walaupun aktiviti ini berlaku pada percutian aku yang lepas kat Semporna, tapi aku nak juga hapdet kat blog ni..

Ni time kitaorang pi Pulau Mabul, pulau yang dok kecoh2 ngan Abu sayyaf skang ni. Korang tengok cemana uniknya kedai runcit di Pulau Mabul. Yang dalam peket ais malaysia tu ialah minyak, beras, kicap, sos dll.

snorkling adalah aktiviti wajib kalau korang mai Semporna ni. Sewa bot perhead dalam RM100 ja. Korang snorkling la sampai pitam. Nak balik kang baru bagitau pakcik bot tu. Tapi bare in mind, sini gelap awal. so dalam kul 4 tu dah kena chow, sebab kul 5.30 baru nak sampai mainland dari mabul. Gambar snorkling takbleh upload atas sebab2 keselamatan negara.. hehehe

Tengok tu si teteh… kat sini pun ada hati nak shopping jugak…

Aktiviti makan2 pun best jugak bila hasil laut ditangkap dari sangkar dalam laut, bukan akurium. Fresh!

Dan ini ketam tadi telah bertukar menjadi … ketam masak merah… eh ye ke??

Dan raksaksa yang melahap ketam ini antaranya

Kat sini, mode pengangkutan utama dari pulau ke pulau adalah kenderaan air, termasuklah bot, sampan dan tongkang. Sebaik la si teteh tu tak kena naik bot hari2 pi mengajaq.

Ko tengok brade ni… rileks je tak pakai baju datang pekan semporna naik sampan..

Ini view dari bilik hotel aku, nice view kan??

Last but not least… sunset in semporna


So.. kalau berkesempatan mai la jalan2 kat Semporna ni. Ada banyak lagi gambaq.. tapi internet slow, so aku pun tak larat nak tunggu dan mahu tidor sudah..

p/s: teteh and the geng, ehem!ehem! tungguuuuu my next trip to Sabah, negeri di bawah bayu.

kalau zaman aku student dulu, ada PC tu kira tahap mewah la. Mana mampu beb mak aku nak beli. harap pinjaman JPA ja kalaupun nak beli (hutang JPA sampai la ni tak habis2 bayaq lagi). Tu pun aku tak beli. Balun kawan punya ja. Nak print, merata2 menjajau cari printer. Tu pulak sekeping 2 posen, pakai printer bubble jet. Punyala azab.

Kalau nak surf internet, memang cari lab ja la. Pagi2 dah tercongok kat depan lab sebab nak chop komputer. Nasib2 la lab tu takdak kelas, kalau ada kelas maknanya pi la cari lab lain.

Sekarang ni aku tengok rata2 semua budak pakai laptop. zaman aku dulu budak pakai henfon dah kira loaded, apatah lagi laptop. Ingat lagi time aku metrik, member aku guna ATUR 011. Kol dia pakai public phone, duit turun macam air.

Jarang-jarang sangat la nak jumpa budak2 matrik pakai hp. Bila dah masuk 1st year baru la trend pakai henfon ni menggila. Tu pun henfon besar gedabak macam Nokia pisang, Ericsson, Alcatel… dll. Aku pun pakai henfon masa final year. Skang ni, aku nak letak henfon aku atas meja pun malu, nengokkan kecanggihan henfon budak2 student ni. Mewahnya hidup depa kan??

Bila aku tgk budak2 sekarang ni, nampak sangat aku dah tua. Zaman aku sangatttt telah berlalu. Dulu kat foyer library tu budak2 lepak buat discussion. Skang lepak surf internet (wi-fi) sambil diskus. Dulu nak jumpak budak pakai keta pun jarang2, kecuali yang betul2 kaya atau yang buat sewa keta. La ni punya nak sekat budak dari bawak keta, stiker student sampai RM200 setahun.

Seronok juga jadi mahasitua ni. Dapat la rilekskan kepenatan otak layan kerenah manusia kat opis. Kalau belajar ni, kurang-kurang kita pening dan tensen nak buat assignment ja. Tu pun kadang-kadang Si teteh ni membantu aku mencari bahan. Dia pun tak sabar-sabar nak sambung master nampak gayanya.

K la.. kena berenti jap.. nak sambung cari bahan, next sunday ada presentation lagi… dan lagi… dan lagi..

Aku pernah jumpa satu jenis manusia. Dia ni taktau la spesis apa. Dalam kepala dia penuh syak wasangka. Pendendam pun ya juga. Dia ni jenis tak boleh kalah. Semua nak menang. Jadi biasanya, aku layan je. Malas nak bertekak, buat perabih air liur je. Orang macamni bukan boleh bangkang.

Dia ni kalau sakit hati kat sapa2, bawak ke mati la jawabnya. Tahap saiko dio ni sampai orang berbisik dikata mengata dia, orang senyum dikata perli dia, orang ketawa dikatakan ketawakan dia. Wuih, dasat!. Aku pun tak pernah jumpa orang macamni.

Tapi yang aku respek, semayang cukup, puasa tak tinggal, taubat selalu. Kalau bercakap, “insyaAllah, Alhamdulillah” tak putus2. Penampilan warak. Belajar pun tinggi. Kerja pun bagus, mendidik anak bangsa. Tapi EQ tak berapa stabil. Kalau masuk ESQ tak tau la nak komen macamana.

Tu yang aku nampak sepanjang pergaulan aku ngan dia la. Aku pun bukanlah bagus sangat pun. Tapi apa yang jadi kat mamat ni, harap2 tidak la jadi kat aku. Mintak simpang.

Kalaulah dia ni baca blog aku, mai la kita sama-sama muhasabah diri. Kita ni bukan perfect sangat pun. Jangan dok dengki-mendengki kat orang. Tak payah nak sakit hati. Semua orang yang tak sependapat ngan hang, hang nak sakit hati, hang nak berdendam, hang nak doa yang buruk2. Tak bagus bro.

Kita hidup ni pun bukan lama. Kalau hang rasa orang lain tu berlagak baguih, biaqpi kat dia la. Dia pun bukan kacau hidup hang, gaji hang pun tak berkurang, jauh sekali nak turunkan darjat “keilmuan” hang tu. Hang pun pi la berusaha bagi jadi lagi baguih dari dia. Maksud aku, persaingan sihat la, jangan cah keting pulak. Kalau orang lain nak buat kat hang, biaq pi kat depa. Kita angkat tangan mintak perlindungan Yang Maha Esa.

Hati hang pun senang, hidup hang pun tenang. Aura negatif pun akan hilang. Ni dok sakit hati kat orang ni, tak puas hati kat orang tu, sampai bila pun tak kesudah. Hidup kita ni, makin lama bukan makin muda. Sudah-sudahlah bro…..

Form and substance. Dua perkataan yang first time aku dengar sewaktu dok tunggu turn nak amik scroll 2002 dulu. sorang Pro Canselor, sapa nama dia… Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, kalau tak salah aku yang bagi ucapan. Aku pun tak tau menatang apa substance ucapan dia ni dulu.

Last week, dalam kelas public policy analysis, Dr. Marthada (my facilitator) sentuh lagi pasal dua perkataan ini. Satu huraian dan perbincangan yang buat aku berfikir sejenak.

Kita ni rupa-rupanya selalu beretorik. Kadang-kadang kita bertegang leher dengan puak-puak rhetorist. Depa ni selalu bercakap tentang form. Bukan substance. Bercakap soal pakaian, bukan soal keupayaan iman. Perkara-perkara form ini biasanya lebih mudah di terima dan di digest. Macam kita tengok wanita cun/lelaki hensem la. Pandangan mata kita tengok pasai apa? Pasai dia cun/hensem la. Padangan luaran. Dalaman dia, kita tak fikir dah time tu. Papahal cun dulu.

Sama la macam kumpulan-kumpulan yang claim mereka lebih islam dari kumpulan yang lain. Mereka akan wujudkan simbol sebagai satu bentuk form yang melambangkan tahap keislaman mereka. Contohnya , pakaian, perlambangan, gelaran atau simbol.

Kalau puak2 free hair or pakai seluar pendek masuk kawasan masjid nak semayang, mesti ada mata-mata yang memandang sinis. Dok fokus kat seluar pendek atau rambut oren. Lepas tu, sebab utama depa masuk masjid nak semayang tu dah jadi isu secondary dah. Aku tabik kat sorang kawan aku, tetap semayang walaupun balut diri beliau dengan bendera negeri time nak tengok bola final Piala Malaysia. Sebaik Negeri dia menang. Kesungguhan dan keihlasan beliau menjaga waktu semayang itu substance. Nilai keikhlasan yang ada dalam diri dia tu yang substance. Tak boleh nampak, tak boleh nilai dengan mata kasar.

Sama jugak sukarelawan Viva Pelentina kita yang berani sehingga sanggup membahayakan nyawa membantu saudara-saudara kita di Gaza. Ada diantara mereka yang tidak memakai tudung. Tapi adakah itu menunjukkan mereka ini kurang kadar keislaman mereka??

Aku tidak berniat mempertikaikan hukum. Hukum tetap hukum. kalau mendedahkan aurat itu haram, tetap haram. Tapi my point is, tidak ada manusia yang boleh secara tepat mengukur keimanan seseorang melainkan Dia. Keimanan dan ketakwaan itu adalah substance.

“Wahai manusia, Aku jadikan kamu dari satu Lelaki dan Wanita, Aku jadikan kamu berpuak2 dan berkaum2 supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu disisi Allah adalah yang berTaqwa” Al Hujurat ayat 10

Nampak! Yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa. Aku ni tak pandai, kalau nak bercakap bab cabang ka bab batang dalam hukum hakam agama ni. Tapi bagi aku apa-apahal, perkara asas kena jaga.

Ada orang dok mai ceramah kat aku pasal Islam is the way of life. Terima kasih. Cumanya aku nak tambah sikit ja lagi, cuba kita tengok diri kita dan disekeliling kita. Kita claim kita orang islam atau lebih islam dari orang lain tapi bawak kereta di jalan raya pun susah nak bersopan, talipinggang keledar selalu tak pakai, potong double line, memandu secara berbahaya sehingga membahayakan nyawa orang lain. Tu tak cerita lagi bab kebersihan, buang sampah merata-rata. Mengumpat/mengata/gosip orang tak masuk carta lagi. Hak-hak jiran tetangga pun tak tau apa dia. So macamana??

Islam itu adalah substance, formnya adalah manusia yang menganut islam itu sendiri. Manusia yang selalu lebih tertarik kepada form lupa kepada substancenya. Kecantikan luaran selalunya melindung keindahan dalaman. Tapi hakikatnya luaran yang tidak kekal inilah yang dikejar manusia.

Ha, btw, tulisan aku ni ada ke substancenya??? atau sekadar form dari seorang rethorist… tepuk dada tanya akal….

enchantingly melodious… It’s more than just words: it’s just tears and rain

How I wish I could surrender my soul;
Shed the clothes that become my skin;
See the liar that burns within my needing.
How I wish I’d chosen darkness from cold.
How I wish I had screamed out loud,
Instead I’ve found no meaning.

I guess it’s time I run far, far away; find comfort in pain,
All pleasure’s the same: it just keeps me from trouble.
Hides my true shape, like Dorian Gray.
I’ve heard what they say, but I’m not here for trouble.
It’s more than just words: it’s just tears and rain.

How I wish I could walk through the doors of my mind;
Hold memory close at hand,
Help me understand the years.
How I wish I could choose between Heaven and Hell.
How I wish I would save my soul.
I’m so cold from fear.

I guess it’s time I run far, far away; find comfort in pain,
All pleasure’s the same: it just keeps me from trouble.
Hides my true shape, like Dorian Gray.
I’ve heard what they say, but I’m not here for trouble.
Far, far away; find comfort in pain.
All pleasure’s the same: it just keeps me from trouble.
It’s more than just words: it’s just tears and rain.

Tears and Rain.

Tears and Rain.

Far, far away; find comfort in pain,
All pleasure’s the same: it just keeps me from trouble.
It’s more than just words: it’s just tears and rain.

Aku malas nak letak tajuk. Salah letak tajuk nanti jadi kontroversi. Aku tulis blog pun sekadar pendapat diri sendiri. Observation aku dengan dunia disekeliling aku. Ada dunia yang nyata. Ada pula yang pura-pura. Hit blog aku ni pun tak sampai beratus-ratus satu hari. Takdak sapa nak baca pun.

Aku pun bukan jenis jadikan blog ni nak bercerita masalah peribadi. Jauh sekali untuk bagitau masalah percintaan ka, putus cinta ka. Aku pun tak suka nak heboh-hebohkan personal thing kat satu dunia. Not my type ok.. Bukan pasal nak jaga saham, just not my type. So be with it!

Tapi aku pelik jugak ada orang yang terasa entry2 aku dua tiga hari ni ada kena mengena ngan diri dia. Aku tak rasa aku kutuk sapa2 lagi entry aku tahun ni. Aku pun tak cerita hidup sapa2 kat entry aku ni. aku pun tak maki sapa2. Ada ke entry aku yang angkat diri sendiri sampai ada orang terasa terhina? Tu yang aku pelik.

Bukan style aku nak bukak pekung di dada ataupun nak ceritakan hal rumahtangga. Aku pun tak suka nak buruk-burukkan sapa2. Tolong sikit ya. Kalau ada orang macam tu, jangan ingat semua orang pun sama.

Aku pun bukan jenis nak meratap hiba dalam blog untuk mintak simpati orang lain. Aku pun tak pandai nak ungkit-ungkit kebaikan aku kat orang atau keburukan orang kat aku dalam blog. Tak pernah lagi la aku gaduh ngan gf aku, tulis semua keburukan dia dalam blog. Tunggang terbalik dunia pun antara aku dgn gf aku saja.

Tapi ada orang yang pernah buat. Nak-nak kalau readers dia banyak. Biar semua orang tahu keburukan bf/gf dia. Padahal orang tak tau perangai dia yang sebenar. Ada tu jenis yang kuat mengungkit, terutama bab2 duit ringgit ngan hadiah-menghadiah ni dalam blog dia. Asal emo ja ungkit, asal emo ja ungkit. Hish!. Kutuk bf/gf dia seolah-olah takdak langsung baik bf/gf kat dia sebelum2 ni. Lagi best, mak bapak dia baca blog dia. huh!… marveles!

Entry ni pun sekadar observation aku saja. Mungkin tak ada kena mengena dengan yang hidup dengan yang telah tiada. Aku pun tak bercadang keturunan tertentu ja boleh baca blog aku. Sapa-sapa nak baca pun… bacala. Lagi satu kalau ada sapa-sapa terasa? nasib hang la!

titik!

Kenapa sesetengah orang tak boleh menerima orang lain lain seadanya? Kata kawan aku “mungkin kita semua ada ego. Mengalah mmg mengalah tapi taknak ‘tunduk’”. Kita tak boleh mengharap dia jadi macam yang kita nak. Kita ni, fitrahnya saja sudah berbeza. Kenapa tak boleh menerima perbezaan itu. Paling penting kenapa tak mahu memahami perbezaan yang wujud antara kita dan dia.

Kita punya kelemahan dan pada waktu yang sama punya juga kelebihan. Kenapa perlu memandang kepada kelemahan saja. Kadang-kadang kita ingat kita memahami, tapi sebenarnya kita gagal mentafsir situasi. Kita dijadikan untuk saling lengkap melengkapi. Tapi perbezaan itu menjadi punca pertembungan diri.

Selalu sangat kita mencari kesilapan. Yang salah, yang buruk, yang kurang, itulah selalu yang dihighllightkan. Yang baik semuanya dikambus dalam-dalam. Bila bercerai berai, habis keburukan pasangan dan rumahtangga dimuntah keluar dalam mahkamah. Seolah-olah si suami tidak pernah melakukan hatta sekelumit kebaikan.

Bila kita dikatakan gagal menerima dia seadanya, kenapa kita juga tidak diterima seadanya? Kenapa masih lagi memegang kesilapan dulu yang pantas dijadikan bahan ungkitan. Kenapa perlu sakit menyakiti. Kenapa perlu timbulkan rasa benci membenci???

Jangan kita mahu diterima seadanya, sedangkan kita tidak menerima orang lain seadanya. Baik buruknya coraknya telah terlukis semenjak hari pertama dia lahir sebagai sekeping kain putih.

Mungkin kita mahu mencari manusia sempurna. Yang tak pernah berbuat kesilapan dan dosa. Carilah. Moga-moga suatu hari nanti, kamu akan ketemui manusia sesempurna itu. Itu doa aku pada dia, kamu dan aku, kalau itu yang kamu tunggu-tunggu.

Bagi aku, aku terima sesiapa sahaja seadanya. Aku harap kamu juga sepertiku jua.

p/s: Aku masih tahu asal usulku, dari mana aku datang kemana aku pergi. Aku belum lupa diri.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.