Skip navigation

Monthly Archives: October 2010

Semalam ada budak class aku terjumpa video ni kat youtube. Rajin pulak mamat sorang ni menggodek2 youtube. Aku pun tak expect ada clip video aku amik scroll. Mula-mula aku saja ja browse pasal clip ni konvo 2002 di tambah ngan muka-muka yang aku kenal. Tetiba tetttt…..Mohd Zaki Ismail.. hoh,, ter-exited aku sekejap…ada muka aku… ho!ho!ho!ho!..Momen yang skali ja seumur hidup. soooo nostalgic…

Aku dok terpikir sapa la yang rajin sangat edit video konvo ni. Nak tergelak pulak aku tengok aku zaman misai melintang dulu tu. Lagi kelakar bila tengok kawan-kawan aku yang solid molid lagi time tu. La ni depa semua dah jadi orang-orang besaq, termasukla besaq dari segi struktur kandungan lemak di perut dan pinggang.

Tanpa membuang masa dengan ini aku mempersembahkan video nostalgia zaman jahiliah 8 tahun yang lalu…

Tadaaaa!!!

Sekian, terima kasih.

langit nan melangit

hijau nan menghijau

 

Apa kaitan gambar-gambar di atas dengan tajuk entry?? jawapan; tidak berkaitan.

 

Cuma aku nak confess kat sini yang aku memang,,,,,BAHAGIA.

Aku sedang merasai rasa itu. Tahap, penerimaan, rasa, feel dan tafsiran apa itu BAHAGIA tergantung kepada diri yang merasainya.

Tidak perlu aku untuk BER-DUA ATAU BER-SATU bagi memberi penyaksian kepada sidang khalayak sebagai bukti bahawa aku sedang BAHAGIA

Aku BAHAGIA dengan apa yang aku sedang lalui sekarang.

 

ALHAMDULILLAH.. SEGALA PUJI-PUJIAN SELAYAKNYA UNTUK DIA

 

JADI…  AKU PEDULI APA DENGAN MEREKA..

 

Ini hidup aku. Biar aku tentukan mana arahnya,,

 

Kamu yang disana,, yang tidak tahu apa-apa. Tidak tahu cerita. Tidak tahu hujung pangkalnya,,

 

Lebih baik diam dari galak mengutip dosa.

 

Biarkan aku dengan caraku,, kerana aku tidak meminta satu sen pun dari kantungmu..

 

kepada yang sudi,, ayuh kita BAHAGIAKAN diri kita,,, tugeder-geder,, forever and ever..

 

 

Puan,

Saya dengan rendah hati melahirkan rasa kesal di atas kenaikan jumlah kilogram yang telah berlaku pada diri puan baru-baru ini. Sesungguhnya kenaikan ini adalah bersifat sementara dan masih lagi rendah berbanding negara-negara ASEAN yang lain serta tidak membebankan rakyat.

Sekiranya puan tidak berpuas hati  di atas kadar kenaikan ini maka puan boleh menyalurkan maklumat ini kepada Pusat Sukan Universiti atau Gymnasium yang berhampiran bagi tindakan susulan yang sewajarnya. Untuk makluman puan, Kerajaan tidak lagi mampu untuk menyerap kenaikan kilogram puan disebabkan kenaikan harga bahan api dunia. Puan dinasihatkan mengurangkan penggunaan bahan api fosil bagi meminimakan carbon footprint terhadap alam sekitar serta menyahut seruan Kerajaan dengan menjalani gaya hidup sihat. Menggunakan tangga untuk ke bilik puan dan berjalan ke Mall dari COLGIS dijangka dapat meningkatkan tukaran nilai stamina puan berbanding dollar amerika.

Oleh kerana rizab lemak puan semakin bertambah maka, puan dinasihatkan untuk melakukan Outcome Base Bajet (OBB) bagi mengimbangi defisit kilogram ideal yang sepatutnya puan ada. Puan juga boleh menggunapakai KPI sebagai petunjuk prestasi puan untuk mencapai berat badan ideal (BMI) yang sepatutnya. Pelan transformasi Kerajaan (GTP) boleh dijadikan contoh perancangan strategik puan untuk mencapai objektif, dan melihat outcome dan impak daripada usaha puan untuk mengimbangi kadar kenaikan.

Sehubungan itu saya mencadangkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Menteri perlu ditubuhkan bagi mengkaji beban puan dan orang-orang yang senasib dengan puan. Hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada kabinet dengan harapan satu peruntukkan berjumlah RM40 juta dapat diberikan bagi membina pusat menurunkan berat badan 1 Malaysia setinggi 100 tingkat yang mempunyai fasiliti bertaraf dunia seterusnya menjadikan Malaysia  sebagai hub aktiviti ini untuk negara-negara ASEAN.

Dalam hubungan ini Bank Islam UUM boleh mengeluarkan sukuk kepada individu-individu yang berjaya menurunkan berat badan dan pembelian sukuk ini akan dikecualikan cukai.  Saya juga berharap dengan adanya jawatankuasa ini maka kita akan dapat memberi tekanan kepada Kerajaan supaya bahan makanan kesihatan untuk diet  (seperti formula Dr Rozmey) dan krim pelangsing Halia (dunia herb), krim pembesar dan pengecil payu dara dan lain-lain produk yang bermotifkan kesihatan seksual ( yang terang-terang menjentik kesopanan peradaban masyarakat melayu/timur) dapat dijadikan sebagai barangan yang dikecualikan cukai pada bajet 2012 sebaris dengan pewarna rambut, beg tangan dan seluar dalam sepertimana yang diumumkan oleh PM dalam bajet 2011 baru-baru ini.

Saya percaya kesungguhan masalah puan akan mendapat perhatian Kerajaan sewajarnya. Puan boleh hubungi Biro Pengaduan Awam sekiranya puan merasakan tidak mendapat layanan yang  adil oleh penjawat awam.

Sekian terima kasih.

Satu Malaysia,

Rakyat didahulukan pencapaian di utamakan.

Huh!

Punya la seksa aku nak menurunkan berat badan haritu. Kalau naik,,, mencanak-canak. demmmmmmmm!!! lepas raya hingga kali terakhir aku timbang petang tadi,, tup-tup naik 6 kilo… Ha! amek kau.. Hari tu elok2 ja dah capai berat ideal..

Konpius!konpius!. Nak kata makan banyak,, tak juga.. Dua tiga hari ni ja kot aku melantak bagai. Saat paling kronik yang berlaku kepada nafsu makan aku pun lepas raya hari tu. Skang macam stabil sikit gaya pemakanan aku.Agaknya la,, hehehe.

Tak pun,, aku rasa kan,, mesti mesin timbang yang letak duit doplosen tu rosak. Tipu ja semua tu. Walhal aku sebenarnya menten ja. Mesin-mesin ni mesti dah pakat nak saiko aku..

Baju-baju ni pun sebenarnya semua mesti shrink ni. Seluar pun sama ja kekdahnya. Talipinggang pun makin pendek ja, Semua barang ni tak kualiti. Sebab tu makin lama makin kecik..

Cik D kata aku senang hati,, sebab tu gemuk?? Ada ke kajian santifik bagi membuktikan statement awak?? elehhhhh sesedap rasa dia ja.. hoh!

Pokoknya mana ada aku gemuk,,, Aku tidak gemuk…. tidakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!

Seperti yang telah dijanjikan oleh Dia maka dengan keizinanNya jua maka aku pun sampaila ke Pan Mutiara, Batu Maung, Pulau Pinang untuk mencari kari kapla ikan yang depa dok sembang sedap sangat ni. Mula-mula aku sampai time lunch hour. Orang punya la ramai. Nak parking pun satu hal punya susah. Read More »

Bunyi tajuk macam gempak ja. Padahal tarak apa2 pun. Gaya je lebih. Apa kaitannya tajuk entry dengan peristiwa yang berlaku?? Begini ceritanya,,,

Sebenarnya Gf aku telah di langgar lari oleh satu makhluk puaka dibahagian bontot beliau yang mantop itu. Aku pun tak perasan. Tak ada scratch langsung ditambah dengan keadaan beliau yang telah sebulan tidak dimandikan. Bila kena dan kat mana kena pun aku tak sure.

Cemana aku leh perasan?? Ni sebab aku pegi kedai tempat aku beli keta ni semalam. Aku singgah sebab nak amik segala dokumen ngan free gift yang en salesman janji nak bagi tu. Jadi, alang-alang aku kat sana,, aku komplen la pasal aerokit keta ni yang tertanggal sikit getahnya. Patutla jadi gitu,, rupa-rupanya, bumper keta tu dah renggang sikit.

So, apa nak buat,, pasrah je la. Sakit hati?? adatla, mesti la sikit sakit kan?? Tapi bila aku pikir-pikir balik, takpela,,, sikit je pun. Keta ni pun bukan aku yang punya. Allah pinjamkan kat aku kemudahan ni. Setakat Dia izinkan kejadian calar, kemik sikit-sikit tu biasa la. Lebih baik daripada kalau Dia kasi yang lebih teruk.

Btw, sapa-sapa nak beli keta,, bleh aku rekemenkan kat salesman ni. Memang bagus keja dia. Keta aku ni pun dia hantar dari Penang ke Alor Setar. Deliver keta kat aku siap dengan bank approval within 1 week je. Kalau korang nak pasang aerokit ke, tinted ke, selamba je dia setelkan. Kemudian-kemudian baru korang bayar.

Servis dia memang bagus. Aku puji. Aku plak yang rasa bersalah sebab lambat bayar hutang kat dia sebab bz ngan exam/assigment. (Cemana orang2 yang berhutang dengan aku tak rasa bersalah nak bayar balik duit aku ek??)
Semalam pun, sementara nak tunggu dorang baiki keta aku, mamat ni siap tolong hantarkan aku ke Queensbay Mall. Then, lepas keta aku siap, dia tolong hantar pulak keta ni kat aku.

Moral:

1. Kalau ada customer pakai selekeh masuk showroom, jangan la di pandang rendah wahai encik2 Salesman H**da yang bertempat di Alor Setar. Silap-silap mamat/apek/uncle ni ialah seorang Pakcik yang Kayo…

2. Walaupun aku tak kayo, tapi salesman Honda penang memang pegang slogan dorang “customer is the King”. Indeed, I felt like a King then. ( ok aku promote la kedai korang yang bernama Viva Hill Auto- Nama kedai Viva, jual Honda,,, tak paham aku)

3. Apa yang kita ada hari ni semua Dia yang pinjamkan. Toksah la kita nak”membelagakkan” diri. Feeling-feeling diri macam hebat sangat dengan apa yang kita ada skang ni. Segala-gala yang kita ada adalah “HAK MUTLAK” Allah jua. Walaupun dalam geran tanah, geran keta, rumah, buku bank terang-terang tertulis nama kita. Termasuk juga la jawatan kita yang tinggi-tinggi tu.

4. Kalau kita rasa kita cukup hebat bawak keta besar, drive macam pelesit, cucuk2 keta orang, bagi high beam tak menyempat2, selit sana sini, korang ingat Allah nak kagum??? kirim salam… Silap-silap malaikat maut pulak yang berkirim salam.

Sekian dulu dari saya yang ikhlas. heheheh.

p/s: kari kepala ikan kat Pan Mutiara memang sedappppp… mavales.. sila tunggu next entry ya untuk maklumat lanjut..

Kalau dah suka, semua elok, semua cantik, semua sempurna. Tidak nampak cacat celanya langsung. Tu kalau suka la. Kalau dah menyampah, semua tak kena. Itu tak kena, ini tak kena. Ada saja yang tak kena di mata. Buat la baik macam mana sekalipun, mesti ada jugak yang tak kena.

Kalau baik ngan orang, biarlah ada keikhlasan dipihak kita. Pihak yang satu lagi, hanya dia dan Allah saja tahu bagaimana niat mereka. Yang penting we do our part. Dah. Orang, orang punya pasal. Macam mana dia nak bawa haluan hidup dia, itu adalah pilihan dia.

Bagi aku, semua orang pun aku boleh berkawan. Tak da klik, takdak group, takda kasta sosial. Muka cantik ke muka pecah ke, tidak menjadi masalah. Tinggal lagi,, samada orang2 tu nak berkawan dengan aku atau tidak je dan itu adalah satu persoalan yang lain.

Asas kaedah perkawanan aku mudah yakni Ikhlas!.

titik.

Petang tu aku teman dia mencari barang. Banyak pulak yang hendak dicari. Penyangkut senduk la, bekas sos la, tikar getah la.. Sliper jamban la. Pendek kata macam-macam… Hujan dari pagi, kejap henti kejap turun. Lepas kitaorang beli semua barang keperluan dia, aku terasa nak minum kopi o kaw. Jadi tempat yang paling dekat dengan tempat parking keta aku ialah sebuah kopitian.

Korang jangan main-main kat Changlun ni, siap ada kopitiam tau. Budak-budak kelas aku kata, makanan kat sini sedap. So aku rasa macam nak try. Maka kami pun masuk la ke dalam. Tipikal pelayan melayu, takdak la mesra sangat. Ala-ala masih merasa tuan di tanah melayu ni.

Yang aku nak ceritakan ni bukan pasal kopitiam. Tapi pengalaman pertama aku dipayung dalam hujan oleh seorang perempuan ke kereta. Huh! kalau mengikutkan hukum alam, sangatlah tidak gentlemannya aku. Adaka pompuan pi payung aku masuk keta, then baru dia pulak yang masuk. Sepatutnya lelaki la yang buat gitu.

Tapi itulah keistimewaan dia kepada aku. Insan yang menjentik rasa bila dia suka kepada yang bukan kebiasaan. Siap dia kata, apa masalahnya kalau wanita pula yang ‘memayungkan’ lelaki. Kan ini perkara kecil. Diluar sana banyak lagi perkara kecil yang diluar kebiasaan. Biasa ja.

Apa-apa pun, inilah pengalaman pertama aku, dipayungkan seorang wanita.. Dia, yang tak banyak meminta, tak banyak komplen apa lagi mengungkit. Dia yang meyejukkan hati aku.

Tidak timbul soal pengganti, tidak timbul soal serasi. Tak kisah la dia siapa pada aku tapi yang penting dia mampu meredupkan hati aku. . mahu menerima aku seadanya.

Magika! title of the latest movie which is now showing in cinema. I had my evening with my nieces and nephew leasuring ourselve by watching this movie. As I promised them, ( if they behave and do some revision) i brought them to Alor Setar Mall. The only place i know to watch a movie, in Alor Staq.

Well, Magika was not like what i expected… for Malaysian movie, at least. I was a bit frustrated. The shooting location was awful. I can see the golf green on the screen. Come on!. Please do something technologically with the buggy driveway. The set did no impress me. The costumes is like a cheap B grade movie. The storyline is like “ok lah”. but, with the line up of so called ‘A’ actress and actors, the movie is still not works well on me.

I’m not a movie expert. Anyhow, it was a good try from KRU brothers. It’s not easy, indeed to make such a movie, but i honestly would like to see an improvement in their coming Hikayat Merong Mahawangsa. Please give an extra attention on location and set as well, bro. Agree or not locations make Hindi movie beautiful.

A: “Tak suka! tak suka!”

B: “Apa yang tak suka?”

A: “Tak suka la sebab gf aku mengalami kecederaan,,”

B: “Alah kemik besar kelingking pun takda”

A: “Still kemik ok.. kalaupun nak kemik,,, kurang-kurang, biarla lama sikit aku guna,,, setahun ke,, tak arr ralat sangat,,
Ini baru sebulan dah cedera,, Tu pulak, menda apa yang kena pun tak tahu.

B: “kat mana kemiknya?”

A: “ni ha, dekat atas sikit dari tempat letak minyak ni”..

B: “oooooo,, cam kena batu je,, tapi tinggi jugak kan tempat kemiknya?? tak apa la, sikit je pun,, kalau Dia bagi lagi teruk cemana??

A: ye la,, ye la,, betol la tu ( ayat nak pujuk hati sendiri,,,huhuhuhu)…

moral of the story:

1. Sama je pun keta Malaysia ke, Keta luar ke. Takyah la nak agung-agungkan sangat keta luar tu and downgred bagai keta Malaysia. Body lembut/lembik sama ja. Kat zone kerangka (A zone) yang padat pun leh dented camni. Kalau kat pintu tu boleh tahan le jugak kan.

2. Bab enjin performance,, kalau compare sama cc, ( Apple to apple) aku rasa lebih kurang ja performance dia. Keta lama aku pun penah ja capai 180km (skali tu je la aku berani buat!! heheeh). Handling?? I prefer waja and neo. Much-much better.

3. Jimat minyak??? Jujur aku katakan,, lebih kurang ja…Untuk long distance aku belum experince sendiri lagi,, tapi orang kata jimat,,, entahla,, nanti aku try. (Aku siap buat log minyak untuk bulan ni). According to my friend,, Proton CPS pun jimat minyak pasal teknologinya ala-ala2 i-vitec.

4. Interior: Tak padan dengan harga. Plastik finishing yang kasar. Pada yang komplen interior proton lekeh, aku rasa padan la dengan harga proton tu.. apa lagi mau komplen. (Aku rasa persone SE high end lagi kemas interior dia)

5. Keta import ni gah pada nama ja,,, cayala cakap aku. Paling hebat pun customer service dia la bagus sikit dari proton kot. Kita ni mentality block, (ghuzwatul fikr). Di kalahkan oleh perang saraf. Cepat sangat nak kondem keta Malaysia esp, Proton. Padahal power window je pun selalu masalah.

6. Kalau nak sangat keta lagi jimat minyak,,, tak dented langsung kalau kena batu ke apa,,, ha,,jangan wat keluar garaj langsung!!!

7. Apa-apa hal, sebagai pengguna, kuasa membeli ditangan anda dan hanya anda yang boleh menilai dari kaca mata anda sendiri. Pendapat aku dan orang lain tak semestinya betul dan boleh diterima.

titik!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.