Terkejut beruk aku Tan Sri KSN reply email aku pukul 12.47 tengah malam, 2 minit selepas aku hantar email kat Tan Sri. Hah! ambik! Ni bukan yg automatik reply tau.
Kalau setakat kau gred 48 nak cerita tak cukup masa nak jd responsif, ini Tan Sri sendiri respon email aku tengah2 malam buta. Tu pulak bukan ada isu besar pun. Just email biasa ja.
Aku malas nak cerita panjang2. Nanti cakap aku nak bodek Tan Sri plak. Tapi, kalau kita nak jadi bos yang baik, kita kena tunjuk contoh yang terbaik. Kalau kita nak anak buah kita keja betul, kita pun kena la keja betul2.
Amanah dan tanggunjawab yang diberikan kepada kita sebagai penjawat awam bukan perkara main2. Bukan sekadar nak kutip duit gaji tiap2 bulan. Kalau kita tidak amanah, apa kita nak jawab bila dipersoalkan diakhirat kelak??
Memetik email KSN menjawab email aku: pendek dan padat.
“Itu tanggungjawab yang kita (sendiri setuju) terima!!”
(SIDEK HASSAN)
29 Januari 2011
Semoga ada lebih ramai penjawat awam di semua peringkat jawatan (yang begitu responsif) seperti beliau.
One Comment
tu la maknanya Tan Sri begitu komited dalam tugasnya…
‘RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’ bukanlah satu omong kosong.
buktinya sudah jelas, make it inspirational, a model towards high performance culture