Skip navigation

Monthly Archives: February 2011

Boleh tak jangan poyo ngan aku??? Aku ni tak berapa berkenan sikit dengan makhluk poyo ni.

Nak2 kalau makhluk2 yang poyo tu baru nak hirup udara dunia sebenar. I’ve seen a lot of high achiever out there yang flop dalam hidup.  Kelulusan yang tinggi tidak menjamin kejayaan yang hakiki…ada pehemmmmmmmmmmmm????

@@@@@@@@@@

Cerita dibawah tiada kaitan dengan cerita diatas- harap maklum!

Lately aku berurusan dengan seorang pegawai di Jaypeayaa atau lebih spesifikdi  BeeAmAi.  Mengikut maklumat yang boleh dipercayai, dia ni pegawai baru. Sangat helpful… tapi sangatlah buku (tipikal pegawai JaypeaYea). Tak salahkan dia. Memang culture di jabatan tu dah macam tu. Nak wat cemana..kan?? Sapa2 masuk pun akan jadi gitew.. tak gitew??

Kat jabatan tu semua orang takut nak buat decision even menda remeh temeh. Kalau kat Ministry aku dulu, dah tentu2  kena bambu dengan bos besar kalau menda2 kecik pun nak refer dia. Bos aku dulu tak suka redtape2 bagai ni. Yang dia tau… keja jalan, ouput ada, impak nampak, Dah. fullstop.

Bercerita pasal pegawai ni..cara dia yang bersungguh2 terang prosedur dan peraturan memang buat aku tersenyum. Comel betul. Teringat lak zaman aku mula2 keja dulu.

Aku cuma respon..

“ooooo camtu ke??’

“ya..ya”

“ye ke??”

“lepas tu nak wat cemana?”

Padahal aku tau dah jawapan2 yang dia dok terang tu. Ada la sikit2 ilmu pasal menda2 ni sebab aku dulu pernah buat hal2 servis ni. Tak la sampai tahap claim diri terer…kan??

Saja ja aku nak tengok tahap kesungguhan pegawai ni nak bantu aku. Ternyata memang dia bersungguh2 nak bantu.

Nanti boleh la kasi coklat cadbury turkish delight satu kat dia. Cadang nak pi Langkawi ini weekend. Tertakluk kepada kelulusan penangguhan lapor diri…

Sapa2 nak kirim apa2???  hanya kirim salam diterima… Kirim lain…sila bank in duit.

Sekian

This post is password protected. To view it please enter your password below:

“Hang dah kena mandrem dengan mamak subed ni ki, tiap2 petang roti milo” kata sahabat aku yang tengah tunggang tebalik siapkan tesis ni.

Agaknya la kot. Tiap2 petang, roti milo ngan ayaq pisang. Cuma semalam ja aku pekena roti banjir ngan nescafe ais. mana la baju2 aku tak semakin mengecik dan sentot.

kehkehkeh… lama aku tak dengaq perkataan sentot. Ni yang syok lepak sama2 kedah yang berbangga dengan bahasa kedahnya. Sorang mamat johor ni pun dah jadi kedah pekat kaw2 punya… kedah celup.

Sesetengah orang tu dok kedah dari kecik..tapi feeling2 orang Kayell. Kiranya, kalau cakap kedah ni kira kampung la. Padahal Tun Mahathir, negarawan terulung pun bantai cakap kedah ja… ” dah lama dah…dah lama dah”..

 

moral of the story; Bahasa tempatan, tak kira kedah, kelate, ganu, peghok, pahang, dll sememangnya ada keunikanya yang tersendiri. Hargailah kepelbagaian gaya bahasa yang kita ada. Tak payah la nak merak sangat ngan key ell kome tu..Kak Limah tak layan de slang key ell kome tu kat kuale ni…

 

Anyway, aku memang terhibur melepak ngan korang petang2 gini. Thanks sebab menghilangkan stress sekejap sebelum aku kembali berjuang sampaila lebri katup. Lepas ni mesti aku rindu subed dan roti milonya… dan yang paling pasti, aku akan merindui ahli2 minum petangnya yang kebanyakkannya mengidap sawan gelak…

Sekian.

Saat2 sebegini rasa macam nak buat rumah tepi library. Kalau tak dapat buat rumah tepi lebri pun dapat bawak kain baju, tikar bantal tidoq library pun kira ok.

Agak2 kalau aku sembunyi celah2 rak buku pak guard perasan dak??? Esok pagi2 leh terus wat keja. hemmmm!!!!

Oh saya sangat tertekan…sangattttttttttttttt.

3 hb submit… 4 hb JaypeaYea suh report duty…. Bolehhhh??? Tak kasi chance langsung nak berjimba ke Pulau itu…. (ye ke JaypeaYaa tak kasi chance???- exaggerate je la kau ni emzack)

-@-@-@-@

Sinar mata mu bagaiiiiiiiiiii api memancorrrrrrrrr!!!!

oh kak limah…

mereng dah aku ini…. mayday!mayday!… tebaboooo!!!!

Dengarlah wahai rakyat jelata,

Setinggi kesyukuran beta panjatkan ke hadrat illahi kerana telah mendapat perkhabaran gembira ini

Sukacita beta mengumumkan bahawa beta secara rasminya akan kembali semula mentadbir negeri Indera Putrajaya Pura berkuatkuasa 4 haribulan 3 tahun Gregory 2011 bersamaan … hijriah 1432.

Walau bagaimanapun  arakian tertulis bahawa beta akan bertolak pulang 7 hari kemudian jua adanya

Majlis farewell di negeri darul YouYou Aim bersempena keberangkatan pulang beta ke Negeri Indera Putrajaya Pura akan beta maklumkan kelak melalui memanda setiausaha kerja beta.

Dengarlah wahai sekalian rakyat jelata.

Setiap manusia akan mengalami fasa perubahan. Dari suatu kehidupan yang tersasar, akhirnya manusia akan tetap kembali mencari penciptaNya. Dari zaman sebelum Islam lagi, manusia memerlukan sesuatu sebagai tempat bergantung.

Manusia akan mencari matahari, api, batu, pokok, laut dsbnya sebagai suatu entiti bagi mereka bergantung harap. Kenapa?? Kerana manusia tahu akan keberadaan suatu sifat yang lebih tinggi dan lebih berkuasa daripada kemampuan mereka.

Golongan Atheis berpendapat bahawa pergantungan manusia kepada tuhan hanyalah sebagai suatu escapism kepada ketidakupayaan manusia menterjemahkan keadaan. Contohnya jika terjadi sesuatu akibat kesilapan diri sendiri maka manusia akan mengatakan bahawa itu adalah kehendak tuhan.

Kerana itu, Islam datang menyempurnakan fitrah manusia yang berkehendakkan tuhan. Islam membetulkan konsep ketuhanan tanpa perlu ada perantaraan antara tuhan dengan hambanya. Tidak perlu berhala, tidak perlu api. Tidak perlu colok, tidak perlu patung.

Satu-satu perantara kita  dengan tuhan adalah melalui Nabi s.a.w.  Hanya melalui baginda sahaja Kitab al Quran diturunkan dan Islam disampaikan. Benar, from top-down memang kita perlukan Nabi dan Jibrail a.s. tetapi bottom-up hanya kita dan Dia. Tiada lagi perantara.

Kenapa pulak entry aku begini. Padahal aku yakin semua reader aku tahu pun semua ni. Tak payah tulis, tak payah explain.

Aku menulis kerana aku merasakan, kalau seseorang mahu berubah ke arah kebaikan, biarlah perubahan itu antara dia dan tuhannya. Cukup tuhan sahaja yang tahu keazaman dan kebenaran hati kita menjadi seorang muslim yang diredhai.

Serban, tudung, jubah hanyalah syariat dan syarat kepada perubahan tersebut. Sebagai sokongan dan dukungan kepada erti sebuah perubahan. tak perlu ber ‘ana’ ber ‘anta’. Tak perlu menunjuk2 kealiman dan kewarakan sesama manusia. Cukup Allah tahu. Yang hendak memberi pahala, syurga dan neraka adalah Allah, bukan aku atau manusia lain seumpamanya.

Aku bersyukur jika perubahan itu memberi kebaikan kepada mereka dan doa aku agar perubahan itu berkekalan. Doakan aku juga.

 

“tuhan leraikanlah dunia, yang mendiam di dalam hatiku, kerana disitu tidak ku mampu, mengumpul dua cinta”


titik.

Nak pi langkawi…. Nak pi langkawi…

Agak2 sempat dak aku pi sana sebelum balik keja nih???

Keja??? oh tidakkkkkkkk!!!! rasa macam nak berenti keja opis yang bermula 8pg-5.30ptg. Tapi gaji takbleh kurang… Boleh???

Sabar2 tunggu habis kontrak dulu…Pastu kita akan bersama2 memikirkan tawaran itu.. Tawaran??? jeng! jeng! jeng! tetttttttt!!!!

Petang semalam dengan bangganya aku mengisytiharkan bahawa aku telah berjaya berlari satu round tasik Jitra yang luas itu. Ya’ak awww!! Tu pun nak kecoh??? eh, sukati aku la… blog aku..muhahahah!!! (sila gelak secara jahat!!!)

Dalam sempot2 aku ni pun, dek kerana motivasi mengejar seorang awek yang berlari non stop depan aku, boleh gak aku habis satu round non-stop jugak. 1st time beb2, first time!! banyak kali attempt tapi kali ni baru berhasilllllll!!! lumayan !!!

Penting tu kalau nak bersukan kena ada sumber inspirasi. Bak kata ajis.. ” kalau tak ada perempuan saya tak bleh berlakon” . pulakkkkkkkkk???

Cam nak terkeluar jantung hati ku ini. urghh!!!. Apa2 hal pun, terima kasih la kepada rakan sepejogingan aku yang turut menyumbang kepada aktiviti sihat ini. Ni yang bersemangat nak menten stamina nih. Errrr!!! btw mana ntah  “orang tu‘ yang macam ya,ya nak jogingggg, tapi joging dalam mimpi je la kot… kuat tido!!!!! huh!!!

Tak lupa juga aku ingin merakamkan rasa kasihan aku kepada sebuah paddle boat yang telah dikerjakan secara overloading oleh tiga wanita yang sangat sasa. Sian duwh encik paddle boat tu. Kalau lah dia boleh bercakap la kan, mesti dia tercarot punya akibat terpaksa memikul bebanan yang amat membebankan..uhhhh!!!!

Begitulah sebahagian cerita ceriti aku menghabiskan hari2 terakhir aku di bumi Kedah secara sepenuh masa. Tinggal beberapa belas hari je lagi aku nak blah. Mesti aku rindu hampa semua nanti kan??? Indahnya sebuah ikatan persahabatan.  Terima kasih semua.

 

Aku kagum betul dengan kegigihan sorang dua kawan2 aku yang sedang menyambung PhD. Nak dapat sesuatu yang hebat bukan semudah yang disangka. Luaran nampak macam mudah, apatah lagi kalau setakat bercakap.

Aku ada kenal seorang kawan. Kawan lama dari zaman sekolah lagi. Liku2 perjalanan dia belajar memang sangat mencabar. Dia bermula hanya dengan sijil kemudian mengambil diploma, terus sambung degree. Lepas tu dia amik master dan sekarang dia dah pun ada PhD.

Dia pernah gagal dalam asasi sains tapi kegagalan itu tidak langsung buat dia putus semangat. Dikritik, dikecam orang sekeliling sewaktu kegagalannya.Tetapi kritikan itulah yang membuatkan dia bertekad untuk sampai ketahap PhD ni.

Sayangnya ada diantara kita yang diberi peluang tetapi disia-siakan. Ada kemahuan tetapi tidak ada kesungguhan dan keazaman. Kita masih lagi terbuai dalam ‘comfort zone’ sedangkan orang lain telah jauh meninggalkan kita.

Kata kawan aku ni, mendapat PhD bukanlah untuk membanggakan diri dengan gelaran Dr. Kata dia lagi, kenapa dia mahu pergi setinggi mungkin adalah kerana  keinginan akan satu pencapaian tertinggi dalam hidupnya setelah bertahun berada dalam dunia akademik. Alang kepalang belajar, biar sampai dapat PhD. Itu tekad dia.

Aku?? Belum senekad itu. Ada objektif hidup yang perlu aku capai. Sapa taknak bergelar Dr. Tapi aku belum ada kekuatan itu. Tapi jika diizinkan Allah, akan aku teruskan tingkat pengajian ini. Menuntut ilmu itu kan sehingga ke liang lahad??  Bukahkah ilmu itu membezakan kita dengan yang jahil? Tidakkah semakin berilmunya kita maka semakin dekat kita dengan Dia??   Ayuh kita tanamkan niat, moga2 Allah lorongkan kemudahan itu.

 

 

Titik!

yezzaaa!!! Aku sedang dalam sesi membetulkan urat kaki aku yang bersimpul. Tiga hari berturut2 beb. Hari ni hari first. Sakit berurut ni boleh tahan jugak la. Penangan tangan orang lama la katakan.

Kalau ‘massage’ ok la jugak kan..kira sedap la , nak2 kalau tangan yang mengurut tu lembuttttttttt je. hehehehe (gatai noooo!!!). Ini tidak, tekan sana..adoi… tekan sini… adoi.. pendek kata berair mata aku sepanjang sesi pengurutan. Azab beb. Satu jam macam satu tahun. Tapi nak baik punya pasal, aku tahan je la.

Sebenarnya kaki aku ni da lama sakit. Cuma tak ada kesempatan nak berurut. Esok sehari lagi, tapi esok siap kena check up urat2 kat badan bagai. Dengan erti kata lain, badan pun kena urut sekali. Mampuih la den.

Semalam baru ja sakit dek penangan Dentist, siap kena telan painkiller lagi. Hari ni giliran  tukang urut pulak. huhuhu… nasib hang la.. demi sebuah persediaan…uhhhh!!!!

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.