Skip navigation

Monthly Archives: August 2011

Diari iftar yang penuh minggu ni.

Isnin  8 Ogos 2011 – Redwok Seksyen 7 Bangi-  Buffet sizling steamboat bersama kawan-kawan dan ehem-ehem.. Uh!..memang meriah. Makan la korang sampai muntah.Pilihan makanan memang banyak kat sini. Dari al carte sampai la ke buffet. Harga dia affordable dan berbaloi-baloi.

Selasa 9 Ogos 2011- Down Town KLIA Chinese Food—> iftar bersama geng-geng penjahat dan bekas MOT..takdo gambar makanan sebab tak bawak kamera. Food dia boleh tahan sedap tapi harga pun boleh tahan mahal. Tinggal lagi portion ala carte  tak cukup banyak untuk 8 orang makan. Ala-ala berkira jugak le. Udang barter dia boleh kasi gred B+. Menu lain average je.. Buffet dia pun tak la berbaloi sangat dengan rega.


Rabu 10 Ogos 2011- My Rice Bangi – Nasi Arab Saudi + Nasi Damsyik —   Ayam + kambing kat dalam nasi…Portion nasi memang banyak sangat  —->>> +Tutty Frutty sebagai dessert —-> sebelah kedai ni je.. kehkehkeh.  Nasi memang sedap dan lembut. Tinggal lagi beras dia tak panjang sangat. Lagi satu, menu ni bak kata chef,  dah di alter. Ada sikit  fusion sebab nak suit dengan dengan local tekak. Mula2 aku tak tau nak pilih antara dua nasi ni, skali tokey dia offer aku rasa dua2 sekali. Alhamdulillah.. rezeki berbuka. Sekali datang,, nah.. hambik kau.. punyala membukit… Aku?? layannnnn

 Ni nama dia, Riz laban. Gitula seingat aku bunyiknya. Alaaa senang cakap puding je la.. Letak nama gempak gile. Gambar tutti fruity??? Nan ado sebab tiba2 je dah abis… magik!!!

Read More »

delayed post: dated 8/8/11

Ramadhan datang lagi. Bulan yang penuh barakah. Semua orang pun tahu yang tu. Tak payah bagitahu. Pejam celik, pejam celik dah 7 hari kita berpuasa. Terasa macam baru semalam aku lafaz niat untuk hari pertama.

Bila berpuasa sorang2 camni mulalah teringat zaman dolu2. Teringat kat mama. Teringat waktu puasa bersama mama. Nak-nak pulak hari ni hari lahir mama.  

Biasanya kalau tarikh ini aku sudah berada dikampung.  Kalau aku tak dapat pulang sekalipun, pagi-pagi lagi aku akan pastikan aku menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir.

Bila aku beli kek, yang paling seronok adalah cucu-cucu dia. Tapi bagi mama, ingatan dan ucapan untuk dia dari anak-anak sudah memandai. Setiap tahun jugak mesti mama menangis bila terima ucapan aku. Aku tahu mama menangis gembira.

Ini adalah puasa kedua aku tanpa mama. Biasanya, waktu mama kuat dulu, petang2 mesti dia buat kueh. Aku pulak selalu jadi tukang hantar kat jiran2. Mama pandai masak. Macam2 kueh dia masak. Mama suka share kueh2 dia dengan jiran even bukan dalam bulan puasa sekalipun.

Mama memang suka masak. Sebab anak2 dia suka makan masakan dia. Tapi aku tak berapa dengan nasi. Aku lebih suka ratah lauk. Sampai sekarang pun aku suka lauk-pauk yang banyak.

Kadang-kadang dia akan masak sup sayur campur macaroni, which is my favorite. Itu adalah teknik nak kasi aku makan sayur. Sebab aku tak suka sayur.

Tapi semua tu tinggal kekal dalam memori aku. Memori antara aku dan mama. Memori aku yang selalu  menjadi anak yang nakal dan degil. Aku yang selalu menumpahkan air mata mama.

Walaupun mama dah tak ada lagi bersama aku, kata-kata dia sentiasa menjadi azimat untuk aku terus kuat.

“Tiada apa yang mampu mama beri kecuali pelajaran. kalau mahu ambil…ambillah.. kalau tidak mahu, mama tak boleh nak paksa. Hanya pelajaran yang mampu mengubah nasib hidup kita”

Sumpah.. sampai mati pun aku tak akan lupa kata-kata ni. Terima kasih kerana memberikan aku asas kehidupan yakni pelajaran. Dengan pelajaran ini maka aku berjaya membina platform hidup seperti sekarang. Alhamdulillah, platform yang ada, cukup sekadar keperluan aku dan mungkin juga ‘dia

Mama mungkin telah tiada… tapi dia sentiasa hidup dalam diri aku.

Selamat hari lahir mama. Paksu sayang mama sampai syurga. Ampunkan Paksu dunia dan akhirat. Redhakan hidup paksu. Paksu tak mahu jadi anak  derhaka.

Demi Allah.. Paksu rindu mama…

8 Ogos 1937..

Al- Fatihah.

Laptop aku dah ok. Thanks to ‘dia’ yang sudi teman aku pi meredah kesesakan jalan raya. Ni kes nak pi Low Yatt la nih.  Huh, pengalaman yang memang takleh nak lupa.

Bila laptop dah ok, kepala pulak kering idea nak menulis. Sokmo gitu la encik2 sel otak ni.

 Time duk dalam tiolet… mencurah2 pulak  idea datang. Haih.. sangat tak sesuai sungguh masanya.

Owh btw ahli rumah sewa aku dah tinggal 2 setengah. Lagi setengah tu kadang2 ada, kadang2 takda. Sepupu sepapat biskut chipsmore la jugak.

Bercerita tentang geng2 rumah sewa, zaman dulu2 memang kitaorang satu kepala… Time2 bukak posa mesti kitaorang  makan ramai2. Masing2 beli lauk, beli kueh mueh. Memang meriah.

Minggu pertama dan kedua je la bukak sesama. Pastu masing- masing dah bz bukak posa kat luar. Jemputan banyak. Seronok kalau ingat-ingat balik.

Tapi rasanya tahun depan, harap2 ada la orang masakkan lauk berbuka untuk aku kan??? tettttttttttttt!!!!

ayam golek satuuuuuuuuuuuuu!!!!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.