pengumuman: ini adalah entry yang terlupa nak publish.. memandangkan aku telah terlanjur gigih menulis bulan lepas maka aku memutuskan untuk publishkan juga… layannnn
sabtu dan ahad yang lalu aku iftar kat rumah ja. Tak terasa nak kuar mana-mana. Tapi seperti biasa makanan kat Param ni memang mengechiwakan. Memang tak berkat betoi rezeki korang menipu bulan2 posa ni. Berikut merupakan diari iftar sepanjang 2 minggu yang lalu
Selasa: 16 Ogos 2011
Lokasi: Abang Cafe, Saujana Prima .
Review: Malas nak komen. Aku nak buat kesimpulan je. Kesimpulannya ialah ayam penyet dan bakso di situ adalah hampeh. Bazir minyak keta ja travel all the way from Putrajaya. Patut la takde orang iftar kat situ melainkan aku. Wahai JD, ku kuchiwa taw. Indah khabar je Abang cafe hang nih.
Bukti:
Tengok la sendiri. Sesok dado den nengok eh ayat penyet yang dicolup topung… raso eh takyah den cito de.. Hadoi la… Sapo ajar ekau masak ayat penyet ghupo ni jang oiiii!!!
Rabu; 17 Ogos 2011
Lokasi: MAEPS Serdang
Review: Makanan dia not bad. Buffet style. Banyak juge le pilihan. Rega less than RM50. Cuma yang kurengnya ialah manusia yang nak berbuka tu ramai sangat. Tu tak masuk perangai2 manusia yang macam kebulor tak makan setahun. Ambik makanan berebut2 macam pelarian. tempat duduk pun sesak dan banyak lalat + panas sebab takde kipas kat dewan tengah. Overall kalau anda jenis makan slow and steady (bukan stok melantak nasi sebumbun time berbuka, then bersandar kenyang macam ular sawa), buffet kat sini tak sesuai untuk anda.
![268327_167972983270777_166588236742585_379762_5905855_n[1]](http://mremzack.files.wordpress.com/2011/08/268327_167972983270777_166588236742585_379762_5905855_n1.jpg?w=150&h=300)
Khamis; 18 Ogos 2011
Lokasi: Wong Solo; Bangi
review: Aku rasa ramai dah review pasal Wong Solo ni. Tapi this time aku try pece lele je. Dah patah hati dengan ayam penyet wong solo ni. Tidak mencapai standard ayam penyet tekak melayu macam aku. (memang la, ni kan makanan jawa). Member sepeleseran sorang lagi amik ayam. Tapi ayam dia pun dah makin comel termasuk la tempe dan tauhu tu yang turut terlibat sama semakin mengecil . Dalam kes aku hari tu, tempe tak sampai2 sehingga dipertengahan makan. Tengah menggoreng katanya. Walau bagaimanapun, sotong celup tepung kat Linda Kuala Perlis masih yang terbaekkkk setakat ni.

pece lele

sotong goreng tepung
Jumaat; 19 Ogos 2011
Lokasi; Umai Cafe, Putrajaya
Review; Nak cita apa kemendanya. Makan free pasal ada majlis iftar Jabatan. Orang toksah cakap la punya ramai. Aku dapat makan pun lepas maghrib je.. Pasal waktu nak berbuka sesak gila dengan manusia dok bergasak nak amik makanan. Seperti biasa aku telah membelasah kambing bakar kaw-kaw punya sampai tido malam tak pakai baju.
Sabtu; 20 Ogos 2011
Lokasi; Auntie Anne’s Pretzel Sunway Pyramid dan Mamak Haji Tapah Equine
Review: busy shopping sampai tak hengat doniaaaa. Last-last bukak posa dengan aunty anne’s pretzel chocolate stix ja sebab semua tempat da penuh. Malam sambung shopping laaaagiii. Sakan hang emzack. Tu yang last2 layan chis nan kat haji tapah kat umah aku tu je jawabnya… Dah tu semua kedai kat dalam tu dah tutup…. huhuhu
Ahad; 21 Ogos 2011
Lokasi; PARAM Serdang
Tujuan; Mencari ayam bakar yang aku hanya sempat beli time cuti je. Time hari keja 5.30 dah clear. Tu pun setelah patah hati The Mines black out. puas tunggu tak nyala-nyala jugak trus aku blah ke bangi sebelum menyimpang mencari rezeki di PARAm serdang ni. Sebaek kat Mines Black out, kalau tidak soheh terbang seratus dua kat situ…
Isnin: 22 Ogos 2011
Lokasi; Seoul Garden
Review: Makanan dia not bad sebab ayam2 dan daging untuk di grill semuanya telah diperap. Even pilihan makanan tak banyak sangat tapi rasa makanan kat sini lebih sedap dari redwok, Bangi. Aku, seperti biasa telah menggunakan segala skill yang ada untuk memanggang kambing dan ayam yang telah terkorban itu..Maklumlah peminat tegar kambing la katakan… tapi bukan juga kambing yang sedang makan rumput ditepian jalan itu. kekekeke


Selasa: 23 Ogos 2011
Lokasi; Marriot, Putrajaya
Menu: macam-macam ada…..
Review: Seperti tahun-tahun sebelumnya, memang happening. Makanan dari hujung ke hujung. Apa-apa hal memang aku terkam kambing golek dulu. Lepas-lepas tu baru la aku menjenguk ke stall-stall yang lain cam gerai sushi, pasta, lauk pauk, indian food segala bagai dan lain termasuk gulai kawah dia yang femes tu. Ini baru buffet gua cakap luuuuuu.
Rabu: 24 Ogos 2011
Lokasi : Uptown DU
Menu: Udang butter, Chicken chop, crispy cream donut, aunty anne’s pretzel..
Review: ni la first time bukak puasa sekali dengan bersahur. Sebab tersilap jalan punya pasal. Malam ni aku ingat nak makan chicken chop je pasal malas nak amek makanan heavy sebab dah lewat sangat. Tetiba ternampak pulak menu udang butter kat satu gerai tuh. Secara tak sengaja aku telah teroder dan akibatnya ialah aku terpaksa menapau untuk digunakan bagi makanan sahur. Nasib baik habis taww. kalau tidak rugi duit teman…
khamis: 25 Ogos
Lokasi: Sunway Pyramid
Lokasi: Mr Tempayaki
Menu: Chicken tempayaki (sebab meat dah habis + air cincau.)
Review: Malas nak review sebab makanan tak sedap dan servis yang hampeh…pangkah!!!!
Jumaat: 26 Ogos
Lokasi: Subway Carrefour Subang Jaya
Menu: Tak ingat nama pasal panjang sangat
Review: Layan je sebab lapar dan nak cepat pasal takot kedai kasot tutup kat Subang Parade. Huh Jauh tu aku sopping sampai ke sini…


turkey ham
Sekian dan Selamat Hari Raya … Maaf Zahir dan Batin…
Jumpa lagi lepas raya…till then… babaiiiiii