Skip navigation

Monthly Archives: October 2011

Lama juga tak hapdet blog. Masa 24 jam tuhan bagi cukup, tapi aku tak pandai guna. Jadi aku malas nak guna frasa ‘tak ada masa’.

lately aku dan seluruh kaum di opis aku, tak kira Bahagian mahupun cawangan membanting tulang 365 kerat mengerjakan menda2 yang berkaitan dengan skim saraan baru untuk orang gomen. Ye la.. PM dah announce dan due date untuk diwar-warkan kaedahnya pun tinggal tak berapa  hari je lagi. ..tapi sebenarnya masih banyak angle yang nak kena tengok, dan banyak perkara yang nak kena tackle.

kita tengoklah nanti cemana pelaksanaan SBPA ni. Tapi yang pastinya ada skim yang tersenyum lebar, ada juga yang tak pueh hati. adatla..

Namun, apa yang pastinya jugak..pegawai-pegawai skim aku jugakkkkkkk yang tunggang tebalik buat keja, sampai pukul 1-2 pagi hari-hari.. tapi satu habuk keistimewaan pun nan adoooo. Sesetengah skim yang banyak komplen, balik keja awal… dapat macam2… takpela… dah rezeki dorang.

Aku??? saya yang menurut perintah jeeee??  layannnn..

 

 

Alhamdulillah.. setelah macam-macam jadi kat aku sepanjang buat master ni, akhirnya aku konvo jua.

Terima kasih aku ucapkan kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan sepanjang perjalanan aku menghabiskan pelajaran ni. Ye la.. kejayaan aku ni bukan hasil usaha aku sorang-sorang ja. Ramai yang menyumbang samada secara langsung atau tidak langsung.

Cuma yang paling aku terkilan ialah mama tak sempat nak meraikan konvo aku untuk kali ini. Memang bukan rezeki aku nak bersama mama. Ketentuan Tuhan itu lebih hebat rupanya. Nevertheless, i still have my family who’s always be by my side, for better or for worst.

Konvo kali ni juga memberikan aku banyak pengalaman manis. Terima kasih kepada seseorang yang berjaya mensuprisekan aku pada hari tersebut. It was very much appreciated and I was really happy. Thanks for be there.. errr.. with a bunch of flower. i loikeeee!!!

Terima kasih juga kepada seseorang  yang bergegas dari rumah ke dewan MAS semata-mata nak bawakan aku pin dan tolong pasangkan skali untuk selepang bahu jubah konvo aku pada pagi tu.

Terima kasih sahabat kerana  sudi datang  meraikan konvo aku. Terima kasih jugak untuk bunga-bunga itu. Seriously, aku tak terfikir sapa-sapa akan bagi bunga kat aku konvo ni. Ternyata aku dapat 3 bunga yang besar-besar. Memang betul, kita akan dapat apa yang kita least expected. Memang banyak kezutan sungguh.

Kata orang, kadang-kadang tuhan datangkan kesedihan, untuk Dia berikan kita kegembiraan pada saat yang tidak kita sangkakan.

Alhamdulillah.. kesabaran aku terbayar sudah. Terima kasih Allah.

mr flowers???
me and the funny cap
my alma mater

 
my fellow graduances .. ex-classmate
the twin and I
my only family i have


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.