Skip navigation

Daily Archives: November 17th, 2011

Perjalanan hidup ni unik. Kadang-kadang ianya terjadi seperti yang dirancang. Kadang-kadang menyimpang. Kita rancang lain, jadinya lain. Uniknya, tak semua yang tak jadi seperti yang dirancang, kita tak suka..kan?

Sebagai manusia, kita hanya boleh merancang. Tuhan juga yang berkuasa penuh menentu semuanya. Kerana itu jugalah, kita ditutupkan hijab daripada melihat masa depan.

Aku macam orang lain. Melalui hari-hari tanpa aku tahu apa yang PASTI akan terjadi esoknya. Tiada siapa tahu melain Dia.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

Setiap hari aku melihat gelagat manusia disekeliling aku. (mungkin manusia-manusia itu juga sedang memerhati gelagat aku, siapa tahu)

Ada yang sedang meniti kehebatan. Berada di puncak kemahsyuran. Ada yang hebat berpengetahuan, seperti ilmuan terbilang. Ada juga yang angkuh sungguh tindak tanduk dan butir bicaranya. Maklumlah, disekeliling mereka berjujukan orang bergantung harap merayu nyawa.

Aku tak kisah pun. Walau kadang-kadang tercalar juga deria rasa. Terguris hati kadang kalanya. Biarlah. Dunia ni pun bukanlah sebesar mana. lambat laun, kalau tak di awal, dihujung berjumpa juga.

Aku nak tengok sehebat mana manusia-manusia ni. Mungkin mereka lupa, apa yang mereka ada bukanlah hakmilik selama-lamanya.

Selagi boleh bersabar, aku bersabar. Selagi boleh senyum, aku maniskan aja muka.

tak sangka, manusia dan persekitarannya di mana aku berada—> indah khabar dari rupa…

p/s: tapi sekurang-kurangnya dipersekitaran ini… ada juga yang jadi penyejuk hati pengubat jiwa… ..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.