Skip navigation

Monthly Archives: January 2012

Hidup ni unik. . Diri sendiri kita pun unik. Persekitaran yang kita hidup didalamnya juga unik.  Kadang-kadang, ada orang tafsir unik sebagai pelik. Tak kisah la. Pelik atau unik, hanyalah pada tafsiran logik akal manusia.

Kehidupan aku ada satu keunikan yang sukar aku tafsirkan. Selalu berjumpa dengan orang yang betul, di tempat yang salah dan pada waktu yang salah. Begitulah sebaliknya. Berjumpa orang yang pada mulanya aku fikirkan betul tetapi rupa-rupanya orang yang salah ditempat yang betul dan pada masa yang betul.

Pelik ke unik? Entah… tapi aku percaya perjalanan ini sejak azali lagi ditulis olehNya. Kekhilafan aku sebagai hamba. Sebagai hambanya jugalah aku wajib redha dengan ketentuanNya.

Hari ini bilik opis aku berbau jasmin sebab aku letak pewangi cap glades perasa bunga melor. Walaupun bau dia tidaklah sesedap bau bunga melor asli, tapi baunya tetap bau bunga melor.

Bau bunga melor membuatkan aku teringat arwah mama. Sebabnya mama suka sangat bunga melor. Kat rumah kami dulu ada sepohon  melor. Pokok melor ni  arwah abah yang tanam. Elok lagi hidup sampai harini. Bunganya dah tak banyak. Maklumlah, pokok  dah tua. Arwah abah meninggal pun dah 27 tahun. So sendiri mau ingat la berapa tua pokok melor tu.

Pagi-pagi lepas subuh mesti mama kutip bunga melor. Nantinya, bunga-bunga tu  diselitnya di tepi atau di celah  lipatan baju ataupun telekong dia.

Waktu kecik-kecik, lepas mama abis semayang, aku mesti  baring atas riba dia. Baring  sambil tunggu dia abih wirid dan doa. Sebab aku suka bau telekong mama. Bau bunga melor. Aku rasa itulah tempat yang paling selamat didunia. Berada dalam ribaan mama.

Kata orang bau melor ni macam bau ‘keling’. Takpelah kalau bilik aku bau macam ‘keling’ sekali sekala. Orang tak suka, tapi aku suka. Sebab bau ini akan ingatkan aku pada mama. Ingatan yang tak pernah putus. Selamanya.

Duhai mama,

Termampu anakanda hanyalah sekadar kiriman doa. 

 

titik.

Assalamualaikum

Alhamdulillah dipanjangkan umur aku untuk melihat angka 2012. Ada banyak cerita yang ingin aku kenang dan banyak juga yang aku tak mau  ingat.

Setahun beranjak bermakna setahun lagi aku meningkat usia. Bermain dengan masa bukanlah sesuatu yang indah. Kerana masa selalunya mendahului aku.

Begitu juga dengan hati. Bermain dan dipermainkan. Kedua-duanya akan berakhir dengan sakit dan menyakitkan.

Aku ini hamba.  Apa yang aku rancang, Dia juga yang menentukannya

Lalu aku memutuskan.. cukup Dia yang menentukan arah haluan. Aku serahkan segalanya kepada Dia.

Titik.

p/s: I’m not Perfect..but I’m Limited Edition.

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.