Kita kembali lagi dalam siri JJCM setelah lama aku menyepi diri dari arena. Kejadian menyepi diri ini merupakan menifestasi cita-cita tinggi mahu meng-kurus-kan diri sendiri akibat lemparan kata-kata ‘tembun’ kepada diriku ini.. .

Namun begitu, cita-cita yang tinggi itu akhirnya berderai jatuh ke dalam perut ku ini yang semakin meninggi kedudukannya apabila aku baring telentang. . Kendati itu, aku kembali mendapatkan  hobi lama yang telah aku pinggirkan kerana aku tidak rela mengejar sebuah harapan palsu… Haaaaaaaaaarapan…. harapan menjadi layuuuuu (sila nyanyi sendiri lagu soundtrack seindah sakura)..

Walaupun aku pernah menjejak kaki ke tanah orang jawa iaitu tanah ex ofismate aku di Banting Selangor Darul Ehsan… Menjejak kaki ke rumah makan (restoren) masakan sunda ini lebih menjanjikan kelainan. Walau pun juga tiada waitress awek indon ala-ala Dian Sastrowidoyo yang hot tapi makanan di sini memang super hot.. pedaih bak hangggg… worthpaying for both ..Ambiance + food.

Jangan tertipu dengan dengan alamat kedai ini yang katanya di Taman Putra Kajang (kalau google map)… Kajangggggg okey… sebaik aku tak terjah pi Kajang… Rupa-rupanya area Seksyen 7 je. Sebelah kedai arab yang besar gadang. Boleh nampak dari tepi highway SILK (right-hand side) sebelum bayar tol singgit dari arah Bangi/Putrajaya. Kalau korang-korang yang familiar area Bandar Baru Bangi,  jalan ke restoren ni sama macam nak menghala ke red wok sehingga sebelum susur masuk ke SILK highway.

Meh kita tengok menu dia dulu…

letih aku nak memilih.. ada menu yang namanya nasi paket ayam bakar cobek. Tapi kalau tengok dia punya penerangan dihidangkan bersama  ayam goreng.. H null sungguh.

kat bawah ni menu yang aku pilih

Kangkong belacan (ala carte) + nasi pulen ayam bakar.. rasa kangkong agak manis tetapi super pedas+nasi berbumbu yang wangi dan lembut sebab dibalut dengan daun pisang. Ayam bakar biasa-biasa ja tapi sedap.

lagi satu menu ni pun agak menarik

Nasi bakar namanya. Bukan pakcik Abu Bakar yang masak tapi nasi ni di bakar. Beras ala-ala nasi dagang tapi dalamnya dicampur dengan sayur dan rempah ratus. Rasanya pun not bad.. Sekali tengok macam pulut dakap.. Apakah pulut dakap??? Sila tanya pakcik google.

Sebenarnya, nama sambal cibiuk ni adalah sempena nama tempat di mana terciptanya sambal yang femes bagi orang Sunda/cibiuk. Sambal ni dimakan bersama nasi dan lauk pauk. Bagi aku, rasa sambal ni ala-ala air asam cicah ikan bakar bagi orang melayu sebab ada tomato, cili dan bawang cuma tak cayaq macam air asam kita. Yang sebelah sambal tu ialah kerabu ala sunda…iaitu kubis yang dipotong halus, kerisik dan of kos bersama tempe…

Kat sini pun ada banyak pilihan sambal bagi meningkatkan lagi metabolisma badan disamping membuatkan kita berlari-lari anak ke dalam toilet 3  kali lebih kerap dari biasa.. So rajin-rajinla bangun dan self service kat booth sambal  atau dorang panggil rumah sambal nih..

Overall, aku boleh katakan makanan kat sini sedap. Boleh rekemen. Nak makan restoren Sundanese kat KLC C tak mampu, dapat makan di rumah makan dekat umah pun dah kira ok la kan. Lagipun kedai makan ni ada portion untuk donate kepada pondok-pondok pengajian agama kat Malaysia dan Indonesia.  Waktu perasmian pembukaannya dulu pun, geng tahfiz yang datang mengaji. Kira ada la jugak, ada pahala hasil sendawa kita.

Next repeat nak try nasi liwet Kastrol… namanya pun sedikit kengerian…

eh.. kastrol bukan minyak pelicir ke??? Nasi liwet berpelincir… erkk.. pengsan!l….

titik…

About these ads