Skip navigation

Category Archives: berfikir sejenak

Pejam celik.. pejam celik dah hampir 3 tahun aku berblogging. Dunia yang diperkenalkan oleh seseorang yang  sekadar singgah dalam hidup aku. For that, I thank her.

Kata orang, blogging ni macam life journal. Ada cerita macam-macam dalam ni. Ada suka, ada duka, ada riang, ada juga yang menyakitkan. Ye la.. hidup pun bukannya selalunya indah, kan…

Tapi seboleh-bolehnya, biarlah apa yang aku tulis lepas-lepas ni, tidak menyakitkan hati orang lain. Kalau ada yang terasa hati, aku minta maaf. Walaupun, memaafkan itu sebenarnya lebih mudah daripada melupakan..

Seboleh-bolehnya juga aku tidak mahu menyakitkan mana-mana hati yang di dalam hati mereka itu ada aku.. – (sebagai siapa dan apa jua aku dalam hati mereka)

Hidup ni terlalu singkat untuk kita memohon maaf kepada terlalu banyak manusia yang kita buat salah… samada secara sedar atau tidak.

Hidup ini juga terlalu singkat untuk kita memohon ampun kepada Allah di atas dosa-dosa kita yang tidak terhitung..

Apa juga tulisan aku sebelum ini yang menyakitkan hati mana-mana pihak.. aku mohon maaf.

titik.

Aku selalu cakap pada diri aku. Aku bukan manusia yang sempurna. Banyak kekurangan, banyak juga kelemahan. Itulah aku sebagai manusia biasa.

Bila aku dinamakan manusia, aku punya hati. Bila aku punya hati, harus aku punya perasaan. Kadang-kadang aku marah, kadang-kadang aku bengang, kadang-kadang aku happy.

Tapi selalunya menjaga hati orang lain itu lebih susah daripada menjaga hati sendiri.

Kalau aku sayang, cukup orang yang aku sayang tahu aku sayang dia. Begitulah juga kalau aku marah. Cukup orang itu tahu kemarahan aku.

cukup antara aku dan dia… aku tak perlukan orang ketiga untuk tahu perasaan aku terhadap dia.

titik.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kata arwah mama.. kalau kawin esok2, cerita rumah tangga jangan jaja merata-rata. Cukup kita dan wife kita saja yang tahu semuanya.

Tapi lately aku tengok, sejak2 ada facebook ni, ramai yang suka telanjangkan apa yang terjadi dalam hidup mereka. Aku pelik. Bukankah kisah peribadi kita hanya untuk kita dan hidup kita. Kenapa perlu dipertontonkan kepada khalayak?

Contohnya komen-komen dalam facebook. Sedikit sebanyak boleh mempengaruhi tindakan dan pemikiran kita. Kalau yang positif tu, ok la. Kalau yang negatif?

Entahlah. Mungkin sesetengah kita puas meluahkan rasa hati di dunia maya yang akhirnya mengundang komen2 yang kita suka tetapi tidak mustahil juga mencipta sakit hati kepada orang lain pula.

Entahlah. tepok dada tanya selera. Masing-masing dah dewasa.

Adakah aku mencari?? tidakkkkk!!!  tidak sekali-kali. Aku telah lama biarkan ia datang sendiri. Datang dalam bentuk fitrahnya yang tersendiri. Datang dari lubuk hati yang paling suci. Kerana janji tuhan, telah diciptakan makhluk itu berpasang-pasangan.

Hatta siang berpasangan malam dan mentari regunya rembulan, Pasang air bersama surutnya dan langit dengan buminya.  Begitu juga Allah ciptakan Adam bertemankan Hawa.

Yang pastinya, jika ia tertulis sebegitu pengakhiran hidup, maka begitulah tulisanNya pasti.

Hitam, putih, buruk baik..yang  perlu.. aku pasrah dan redha…

Kerana….semua dariNya jua.  Dia lebih mengetahui segala-galanya…

segala-galanya…. yang ghaib mahupun nyata.

 

Sedar tak sedar dah dua tahun lebih aku menulis kat blog ni. Bila aku baca balik entry dulu2, menjadikan aku tersedar yang begitu cepat sungguh masa berlalu. Banyakkkk sangat menda yang terjadi sepanjang dua tahun yang aku rakamkan kat dalam blog aku.

Ada yang suka, duka, ketawa dan air mata. Tulisan aku adalah ekspresi diri aku. Inilah aku.  Emosi dan rasa yang bukan dibuat2. Pernah aku di kata sebagai seorang hipokrit. Terpulanglah kepada empunya diri yang membaca. I’m not trying to walk around and pretending to be others.

Lagipun, selama mana seorang manusia tu boleh berpura-pura. Belagak baik, sopan santun, suci bersih, sedangkan dirinya yang sebenar bukanlah begitu. Lambat laun akan tersingkap juga their true colors. Bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru. kan???

Bila aku baca entry2 aku semenjak dua tahun dulu, sedikit sebanyak menyedarkan aku bahawa aku telah melalui beberapa fasa kehidupan.  Apa yang telah aku  lalui selama ini menjadikan aku lebih bersedia menghadapi perancangan Allah terhadap aku.

Apa pun anggapan orang diluar sana, itu adalah hak mereka. Pilihan mereka untuk menilai. Yang pastinya aku bukanlah manusia yang sempurna. Penuh dengan kelemahan dan kekhilafan.  Tidak mampu untuk menjadi seperti apa yang mereka mahukan.

Aku masih cuba untuk memahami dan mengenali diri sendiri. Andai masih lagi tersalah, maka bantulah aku, pimpinlah aku. Jangan cepat mengeji bilamana kamu tidak tahu kenapa sesuatu itu tertakdir menjadi begitu.

Apapun ketetapan tuhan, aku redha. Kalaupun aku bukan yang terbaik..sekurang2nya aku telah berusaha… berusaha untuk menjadi yang terbaik.

titik

 

Siapa kata aku single and available.?? Sebenarnya.. aku telah lama dipunyai. Hidup aku, nafas yang aku hirup dan segala-galanya yang aku ada  hanya untuk dia.

.

.

Aku adalah milik Dia. …  Tuhan pemilik alam semesta..

titik…

Entry ni saya memang niat nak tulis untuk awak. Saya rasa, kalau awak baca entry ni awak mesti tau, awak yang saya maksudkan dalam entry ni adalah awak.

Tujuan utama saya tulis ni sebab saya nak ucap terima kasih.

Untuk apa??

Kerana awak sentiasa ada untuk saya. Sabar mendengar cerita dan ceritera hidup saya yang serba tidak kena. Pencetus gelak dan tawa ketika saya mahu mengalirkan air mata.

Biar apa orang lain anggap tentang kita, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu betapa persahabatan ini jujur dari hati yang rela.

Terima kasih juga kerana sentiasa menyokong dan mendoakan saya. Doa saya  teriring untuk awak juga.

Sebagai sahabat, saya mahu melihat awak sentiasa bahagia. Tak kira dengan siapa juga pilihan hati awak. Saya sentiasa menyokong sebagaimana awak sentiasa menyokong saya.

Kita telah berkongsi banyak perkara. Suka duka, tawa dan air mata . Apa yang saya harapkan agar  persahabatan ini akan kekal selama-lamanya selagi mana kita tahu batasan antara kita.

Saya tahu perjalanan kita masih jauh. Banyak lagi rintangan dan halangan yang pastinya harus kita tempuh sebelum boleh tersenyum bangga.

Awak,

Saya mahu awak tabah dan sabar. Setiap dugaan yang diberikan Allah pastinya ada ganjaran nikmatnya. Dia mahu lihat sejauh mana kesabaran kita mengharungi ujian itu dengan redha.

Awak tahu saya sentiasa ada untuk awak sebagaimana awak sentiasa ada untuk saya. Saya syukuri persahabatan ini, terjalin ia tanpa syarat dan terma. Kerana ikhlas menerima keberadaan kita seadanya.

Moga-moga berkekalan jua persahabatan ini selamanya.

Amin.

 

 

Minggu ni sahaja aku diberitakan dengan dua kematian… Dua orang yang aku kenal tetapi tidaklah serapat mana.  Mereka pergi dengan cara tersendiri menurut ketentuan Illahi. Kita yang hidup, cukup mengambil kematian sebagai sebuah pengajaran.

 Yang kekal hanyalah Dia. Kekal bersemanyam di atas sana.

Aku juga diberitakan dengan dua kelahiran. Tahniah untuk kedua2 sahabat aku atas kedatangan orang baru. Seorang diutara, seorang ditengah ibukota. Pastinya doa aku untuk mereka menjadi anak2 yang soleh. Bekalan untuk kamu wahai sahabat di alam sana kelak.

Takziah untuk mereka yang kehilangan orang2 yang tersayang. Fahami dan redhalah bahawa mereka milik Allah. Maka kepada penciptaNya mereka dikembalikan.

Tahniah kepada mereka yang menerima orang baru sebagai tambahan bilangan umat Muhammad S.A.W..

Datang dan pergi adalah sesuatu yang pasti. Dari dia kita datang, kepada dia juga kita akan kembali.

titik.

Andai ada custom made wiper untuk mata.. akan aku tempah/belikan untuk orang itu agar selesa ketika dia ‘termenangis’ semasa sedang memandu keretanya…

Kerana aku tidak boleh sentiasa berada di sisi dia untuk membantu menyapu air mata itu…

Adakah di jual di mana2?

titik!

Kata orang tua2, pengalaman itu guru yang sempurna tetapi sangat kejam. Pengalaman mengajar kita sebuah kenyataan yang  adakalanya sangat pahit untuk kita telan.

Tapi kata orang tua2 lagi, kalau kita cetek pengalaman, carilah orang yang lebih dulu berguru dengan pengalaman. Moga-moga yang buruk kita jadikan sempadan dan yang baik kita jadikan tauladan.

Kata orang2 tua, jika membuat keputusan, baik kecil mahupun yang besar, elok lah berfikir semasak-masaknya. Jangan diikutkan hati, diturutkan emosi.  Kelak merana diri, menyesal dikemudian hari.

Jika buntu pemikiran, carilah teman yang boleh bertukar pendapat.  Kalau2 nanti ada tercetus buah fikiran yang dapat menyuluh  jalan.

Walau orang tua2 tidak ada segulung ijazah, tetapi pengalaman itu menjadikan mereka bijaksana.

Wahai orang muda2

Walau ilmu kamu setinggi langit, akal kamu belum tentu sempurna…tidak salahnya kita, barang sekali sekala.. mendengar nasihat orang tua-tua.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.