hesitate


Ada orang bertanya.. ” kenapa lelaki ragu-ragu bila bab kawin?”

Susah nak jawab.. tapi rasanya bukan lelaki sahaja terkepung dengan persoalan ragu ragu ni. Mungkin persoalan yang lebih besar ialah samada keputusan yang nak di buat itu betul-betul tepat. .. keputusan yang tepat untuk mengakhiri apa yang dia ada sekarang dan mula dengan sesuatu yang baru yang dia sendiri tak pasti bagaimana perjalanan itu seterusnya..

Entah.. bagi aku kalau dah bulat hati nak kawin, kawin je. Tapi kenapa nak kawin?? Adakah sebab semua orang kawin? Adakah kerana tekanan persekitaran? Adakah kerana umur sudah meningkat? Adakah sebab tuntutan seksual? atau Adakah untuk memenuhi tuntutan agama?

Bagi yang dah kawin mesti mereka ini ada jawapan yang lebih baik dari persoalan di atas..

Yang penting, (agaknya la).. kalau nak kawin, jangan ragu-ragu. kerana ragu-ragu itu adalah sesuatu yang tidak pasti. Perkahwinan tidak boleh terbina di atas asas yang tidak pasti. Lalu bagaimanalah pula destinasinya nanti.

Tapi aku percaya, jodoh, ajal dan maut itu telah tertulis sejak azali. Cuma cara dan pelaksanaan adalah dibawah perancangan dan usaha kita. Walau pada akhirnya Dia yang maha kuasa sebaik-baik penentunya. Sesungguhnya Dia juga adalah sebaik-baik Perancang. Kita hanya mampu berusaha sedaya upaya untuk menentukan hala tuju hidup kita dan pengakhirannya pada Dia kita berserah segalanya.

Kepada yang sedang berusaha.. baik lelaki mahupun perempuan, teruskan usaha. Rezeki tidak datang bergolek kalau kita tidak berusaha mendapatkannya. Jodoh juga adalah sebahagian daripada definisi rezeki yang berada dibawah kekuasaanNya. Jika kita yakin pada Dia.. pasti Dia juga akan merestui usaha dan perkenankan doa kita.. tak gitu?

Bukankah keyakinan itu membunuh ragu-ragu??? Ahhhh crap!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s