Sebuah Kedewasaan


Apa tindakan kita apabila sesuatu yang kita hajati tidak dipenuhi. Apa pula reaksi kita apabila tingkah dan laku kita ditegur.

Ini adalah dua perkara yang aku pelajari hari ini. Belajar untuk membezakan diantara kemantangan dan kedewasaan. Kadang-kadang manusia itu cukup matang tetapi tidak dewasa. Ada yang cukup dewasa tetapi tidak matang. Orang yang matang dan dewasa sepatutnya tahu erti sebuah tanggung jawab. Tahu bila perlu mara dan bila perlu mundur. Tahu menilai antara baik dengan yang tidak. Apatah lagi untuk memberontak apabila sesuatu kemahuan mereka tidak dipenuhi. Bukan semua yang kita nak kita dapat bro.

Aku orang realist…. Macam Kisah Habil dan Qabil. Aku percaya ada manusia yang dengki-mendengki. Ada manusia yang iri hati. Ada manusia yang menggunakan kita untuk kepentingan diri. Ada yang berkawan bila kita senang dan lari bila kita terlentang. Hakikat yang perlu kita terima. Sejauh mana pun kita berlari, dunia tidak pernah sunyi dari manusia sebegini. Tak payah nak berkecil hati. Tak membawa kita kemana-mana pun.

Kalau kerana benar kita lari dan kerana salah kita berdiri, tak payahla ada maruah diri. Kerana sesuatu yang hak itu tatap mengatasi yang batil. Cuma masa yang menentukan. Kalau seseorang itu dekat dengan kita kerana sesuatu, lambat laun kita akan tahu tujuan sebenarnya. Dunia ni kan kecik. Hari ni kita diatas, esok2 tak tahu dimana pulak.

Untuk yang telah dewasa, silalah matangkan diri. Yang telah matang belajarlah menjadi dewasa. Hidup adalah tanggungjawab. Tanggungjawab untuk hidup bagi melaksanakan tanggungjawab lain yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Bila kita lupa kita ada tanggungjawab, kita akan hanyut bersama-sama kehendak dan kemahuan.

Bertanggungjawab itu adalah satu amanah. Aku bertanggungjawab menjaga amanah yang telah diberikan kepada aku. Sekiranya engkau wahai sahabat tidak faham tentang ini, maka engkau belum cukup dewasa untuk merasa betapa beratnya menjaga amanah dan memikul sebuah tanggungjawab.

3 thoughts on “Sebuah Kedewasaan

  1. Kematangan boleh dilihat melalui perbuatan kita, percakapan kita dan apa keputusan kita dalam menghadapi apa jua yang mendatang. Jangan marah kalau orang kata kita tak matang sebab tafsiran orang kan berbeza2. Ada orang matang dalam satu hal tapi childish pula dalam satu hal yg lain.
    Setuju, dewasa tak semestinya matang.. dan matang tu tak semestinya dewasa.

  2. our words reflect ourself.🙂

    tak semestinya kita matang, kita boleh label orang sebagai childish.

    kalau kita matang, mungkin kita tak label orang sesuka hati.

    mungkin kita rasa kita dah matang. tapi kita tak sedar, kita juga akan sentiasa ada a bit of childishness.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s