Ibu


Aku ada seorang ibu. Ibu aku sudah tua. Sangat tua. Tangan sudah terketar-ketar. Tak mampu lagi berdiri di atas kakinya sendiri. Kerusi roda adalah peneman beliau kemana-mana. Tangan lembutnya sudah kedut seribu tapi lembut wajahnya masih seperti dulu. Makan kadang-kadang kena di suap. Pegang sudu pun kadang-kadang tertumpah nasi ke lantai.

Ibu selalu menangis. Bukan kerana sedih. Tetapi menangis mengenang nasib diri. Merasakan diri tua tidak berguna, Menyusahkan anak-anak menjaganya ketika tua. Kalau di ikutkan hati, mahu semua perkara diuruskan sendiri. Tapi apakan daya hukum masa, yang muda pasti kelak tua.

Ibu aku seorang pesara. Dengan duit pencen dia besarkan aku menjadi seorang manusia. Cekal besarkan kami empat beradik tanpa suami tercinta yang lebih awal di jemput Yang Maha Esa. Dengan duit pencen tak berapa sen itulah aku dibentuk menjadi manusia. InsyaAllah, aku tak lupa asal usul selagi aku bernyawa.

Ibu,

Kita bukan dari keluarga kaya. Tapi belum pernah kami adik beradik merasa kelaparan tak makan. Apa lagi nak meminta-minta derma ikhsan orang lain. Kita biasa di tindas. Pernah air melimpah masuk kerumah bila jiran tinggikan tanah. Ibu tengok ja bila kita tolakkan air keluar dari rumah. Jiran kita buat bodoh, rasa tak bersalah. Bila hujan, bumbung zink kita tiris, air kita tadah. Sapa pun tak kisah. Tapi kita tetap bersabar. Kita miskin. Ibu kata, sapa nak hormat orang miskin macam kita. Kata Ibu, dia tak ada harta nak wariskan kepada aku. Tapi Ibu wariskan kasih sayang dan bekalkan aku dengan pelajaran. Sekurang-kurangnya aku sekarang tidak merempat ditepi jalan buat muka kesian tadah tangan mengharap ehsan.

Kata Ibu, dia tak berkesempatan belajar tinggi sebab itu sampai ke tua jadi kuli. Tolak wheelchair, mob lantai, tolak longkang. Tapi kata Ibu, takkan anak-anak dia pun nak mengekalkan tradisi sebegini. Kata Ibu, hanya pelajaran yang mampu mengubah taraf hidup seseorang. Ilmu mengangkat martabat insan. Jangan menjadi manusia yang bongkak, angkuh dan membuat onar. Biar kita miskin harta tetapi berjiwa besar.

Ibu,

Aku masih ingat betapa Ibu gembira aku dapat masuk Universiti, tapi susah hati nak cari duit nak bayar yuran dan pendahuluan diri. Betapa tebalnya muka Ibu bila buat muka sardin dan pinjam kat sedara sedarah sedaging. Buat muka sinis bukan main sebelum nak hulur pinjaman tak berbunga. Aku tak tau brapa kali Ibu bayar nak selesaikan hutang semua. Bukan mahal pun yuran nak masuk U. Tapi cecah la jugak ribu. Besar nilai duit waktu tu.

Walau semiskin mana pun dia, tidak bergelar Dato’, Datin, Tan Sri atau Puan Sri, dia tetap ibu aku.Tanpa Ibu aku tidak berada disini. Derita Ibu melahirkan aku, pengorbanan Ibu membesarkan aku, tak mampu aku balas walau dengan segunung emas permata. Apalah nak di bandingkan pengorbanan Ibu dengan kehendak dan kemahuan aku. Budi Ibu anakanda sanjung tinggi.

Ibu,

Tabahkan hati menghadapi dugaan tuhan. Dia tidak menduga, sekiranya Ibu tidak tahan ujianNya. Anakanda sentiasa ada di sini selagi Ibu masih ada. Semoga Ibu kembali sihat dan terus sihat. Bagi anakanda, setiap hari adalah hari Ibu untuk Ibu.

Regards,

Anakanda yang merindui Ibu

4 thoughts on “Ibu

  1. ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku… very touching entry dear… i miss ur mom too, i miss to see her wide smile, i miss to hear her soft voice, her laugh… a very loving and humble lady…

  2. saya suka dengar awak bercerita tentang mama awak… love to listen to you talking about her in the most amazing and appreciative way… seorang lelaki yang memuliakan ibunya lazimnya turut memuliai isterinya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s