AKU SEORANG BOSS????



SATU

korang teringin nak jadi boss?? Aku teringat Mat Skem punya buku.. “AKU MAHU JADI BOSS”. Macam best je kan??

Sapa tak nak jadi boss?? boleh keluarkan arahan, boleh minit sesuka hati, surat tak yah buat, lepas tu pegi bilik officer boleh tanya” dah siap dah keja yang saya bagi tadi”..

boss mana ada keja nak buat… goyang kaki dan bagi arahan je.. pastu kuar awal main golf! best gile!!

Sapa tak nak jadi boss?? kuar opis tak yah bagitau sapa? anak buah keluar, tanya bagai..
boss e.l takpe, anak buah e.l, banyak pulak tanya..

BEST KAN JADI BOSS???

DUA

Kalau boleh aku pilih bos, aku nak bos yang lagi muda dari aku.. boleh melawan, boleh buat muka masam, boleh merungut banyak, boleh tunjuk pandai bila boss tak pandai sangat subjek matter yang aku pandai.. lagi best boleh outshine boss.. Laaaaaaaagi best boleh kutuk kat FB(kutuk ker??) dengan andaian boss takde FB.
Lagi ignorance bos aku lagi aku suka. lagi boss tak kisah nak brief dia ke tak lagi aku suka. Lagi boss tak tegur perangai ‘tak apa’ aku lagi aku suka. Lagi boss tak kisah aku siap keja ke tak lagi aku suka.. pendek kata yang paling aku suka bila aku boleh buat apa aku suka tapi boss kena tanggung semua..

TIGA

Dulu dan skarang aku ada boss .. sampai bila-bila aku ada boss.

Tugas aku memberi nasihat, pandangan, buah fikiran. Selebihnya adalah tanggungjawab bos aku nak buat keputusan. Even sometimes i was wrongly advise my boss.

Kalau ikut hati.. semua menda aku nak decide… tapi aku ada boss. Boss la decide, gaji boss banyak kan?

Aku belajar hormat boss walaupun aku rasa macam hormat aku dah hilang somewhere kadang-kadang..

Suka tak suka dia boss aku.. aku sedar aku ada boss. Dan perkara yang paling besar pada seorang boss adalah tanggungjawab

Boss suruh aku buat kerja, tapi tanggungjawab dia yang pikul.
Boss suh aku stayback, aku merungut, tapi bila aku buat salah dia jugak yang tukang menjawab kat boss kepada boss.

Sebab bila aku jadi boss aku esok-esok pun tak suka anak buah kurang ajar kat aku…

Tapi…

zaman berubah, aku rasa sangat tidak sama zaman aku ada boss dan menjadi boss?? Boss kah aku??

Aku bukan boss, aku cuma ketua Unit. Sapa-sapa nak jadi boss dipersilakan.

titik!!

3 thoughts on “AKU SEORANG BOSS????

  1. aku sebagai middle manager rase ada ok dan tak ok jadik bos.

    sebabnya?

    aku kena bantai dgn staff, takkan aku nk bantai bos pulak..

    tapi…

    bila bos marah aku,aku bulih marah budak2…yahooo!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s