AKU SEORANG BOSS?? PART 2


Siapakah bos yang pandai??

Bos yang pandai mengarah?? Bos yang pandai manage?? Bos yang pandai sembunyi diri bila ada isu dengan KSN? Bos yang pandai salahkan anak buah?? Bos yang ada experience 30 tahun?? Bos yang ada knowledge power?? Bos yang pandai main golf?? Bos yang pandai bermain kata-kata?? Bos yang pandai dress up??

Siapa pula bos yang bijak??

Semua persoalan di atas aku tinggalkan untuk korang jawab. ..Sebab ada diantara korang dah jadi bos. Tak kira la bos besar ke bos kecik. Tapi yang penting bila korang jadi bos jangan la rasa bossssssssss la sangat atau omputeh kata sangat bossy.

Jangan la dok menjaja kehampehan anak2 buah korang di merata-rata tempat. Sebab refleknya kat atas kepala korang jugak. Korang la hampeh sebenarnya. Korang jugak yang tak reti nak manage officer/staff, sapa suruh?.

Lagi satu, jangan la jugak korang ada hobi dimasa lapang mengutuk pegawai2 muda yang naik pangkat cepat. Dah rezeki dorang nak wat cemana. Bukan korang yang Maha pemberi rezeki . Dah zaman korang dulu lambat.. nak buat macamana.. (ke korang tak perform time tu.. Itu yang naik lambat tu). Tak yah la nak mendengki- dengki ngan generasi baru ni. Kang tak pasal2 hati korang jadi busuk (or sememangnya dah busuk). Masuk neraka okkkk!! korang nak??

Daripada korang dok mendengki , down gred pegawai-pegawai ni, lebih baik bagi tunjuk ajar. Ada gak pekdah.. Kan experience korang 30 tahun?? Budak2 ni baru servis 5-6 tahun.. kan? What do u expect when it comes to your service period?? They all still in the learning curve. Teach them, they will listen. They won’t disrespect you if you don’t do something to make them to.

Yang paling best, bila korang tak nampak pegawai/staff kat opis, korang kata diorang takde kat opis or mengular (padahal dorang sikit punya bz dok dalam bilik ngadap keja yang berlambak- (kadang2 bukak la jugak email @ facebook…kantoi). Tapi bila pegawai/staff korang kehulu kehilir berjalan, korang kata diorang Look Like Busy (LLB).. Apa motifnya kitaorang nak ber look like busy. Korang biasanya yang buat2 busy bila semua menda korang dah delegate kat pegawai/staff korang.. kan? Lepas tu petang-petang baru korang nak keluarkan semua surat dalam bilik korang, esok pagi-pagi korang dah tanya status tindakan surat semalam. Korang ingat pegawai/staff korang takde life? Takde family? Ada korang nak jaga dorang bila dorang sakit? Korang nak jenguk pun tak tentu lagi.

Ni lagi satu, korang jangan la jadi bos yang asyik nak salahkan pegawai/staff je. Betulkan la. Macam KSU aku. Sangat cool dan stood tall bila ada apa2 isu. Berani betulkan keadaan dan defend anak buah atas menda2 yang tidak disengajakan kesilapan. Bukan KSU tak penah marah (aku), tapi the way dia betulkan keadaan sangat merespekkan aku. (tiada niat nak bodek KSU-ala, KSU bukan baca blog aku pun). Sangat professional. Terserlah ciri-ciri sorang leader dalam this small Ministry.

So, aku rasa pegawai/staff takde la bebulu sangat dengan korang bila korang tegur/marah staff korang dengan tidak menjatuhkan maruah dorang. Aku sure dorang mesti respek dengan korang punya. Ini korang baru nak lead satu Bahagian/Unit/Sub-Unit pun dah menggelabah biawak komodo. KSU paggil suruh jawab e-mail KSN pun korang dah peluh-peluh nak pengsan. Ada isu korang tunjuk pegawai salah. Habis yang korang dibayar gaji besar2 tu watpe bila bertanggungjawab taknak. Hallo, korang ketua, korang la responsible. Work as a team la. Baru ada shared value dan sense of belonging tu tinggi. Ni bila berjaya ja korang claime korang hebat. Dah la tak sebut langsung sumbangan anak buah, terima kasih pun korang tidak.. Kalau salah cepat aje korang tunding anak buah.

Ni ada lagi. Toksah la korang nak bangga sangat dengan darjat korang dalam servis ni. Tak kemana pun. Mati sok takde orang nak usher or tagging kubur korang “khas untuk JUSA A, B, C” .. ha, yang belah sini gred 41 – 54.. yang belah ni staff sokongan… Takde korang oi.. Ada ke malaikat nak tanya korang PEGAWAI gred apa?? Korang JUSA sekalipun, seksa tetap seksa.

Ni lagi satu, Kalau dah tau gaji korang besar, tak yah la create kursus jauh2 semata-mata nak berjalan. Pegi la pakai duit sendiri. Tak berapa sen pun. Penat tau pegawai/staff nak arrangekan untuk korang. Dah tu bila salah sikit, mengamuk bagai. Semua tak kena. Korang ingat korang anak raja semua Kerajaan nak tanggung. Banyak cantik muka korang.

Amboi! Panjang lebar lagi ni sebenarnya aku nak tulis untuk korang yang jadi bos. Tapi tunggu sambungan Part 3. Terima kasih bos.

5 thoughts on “AKU SEORANG BOSS?? PART 2

  1. Nicely said..

    well all i have to say is bosses are human too and .. bosses ain’t some Greek God.. So bosses.. chill out and admit that though with 30 years of experience, you are still a HUMAN a very normal human being with miscalculations and errors..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s