PERUBAHAN


Mahu atau tidak mahu setiap hari kita berhadapan dengan perubahan. Hari berubah. Masa berubah. Keadaan berubah. Tempat bekerja berubah. Malah zaman juga berubah. Dari bujang ke berumahtangga juga satu perubahan.

Perubahan itu adalah sesuatu yang pasti. Samada kita suka atau tidak kita kena berhadapan dengan perubahan demi perubahan

Ada antara kita yang tidak suka berubah. Ada yang tidak boleh menerima perubahan. Ada juga yang takut untuk berubah.

Namun biarlah perubahan yang kita hadapi itu menghala ke arah kebaikan. Continuous improvement.

Pilihan ada di tangan kita sendiri. Kita bebas memilih untuk melihat sahaja perubahan berlaku atau menyertai perubahan itu. Segala-galanya terpulang kepada diri kita sendiri.

Ada yang diberi peluang untuk mengubah dan ada yang membiarkan dirinya di ubah. Apa yang penting samada kita berubah ataupun tidak, sekiranya perubahan itu perlu berlaku dan kita tidak bersedia untuk berubah maka kita perlu menyesuaikan diri dengan perubahan sekaligus menerima hakikat yang perubahan itu sedang berlaku.

Perubahan yang hendak kita lakukan juga perlulah selari dengan keperluan semasa. Kita tidak perlu mengubah dunia untuk menjadi hebat. Ubahlah sesuatu yang berada dalam lingkungan keupayaan kita supaya perubahan itu kelak memberi kebaikan kepada semua makhluk disekeliling kita.

Kita tidak boleh lagi terlalu leka dan taksub dengan zaman kita sendiri. Melarang waktu dari berdetik.Akhirnya bila kita tersedar, perubahan telah jauh meninggalkan kita.

Ada juga kalangan mereka yang terlupa mereka bukan lagi berada pada zaman time-scale, Skim Gaji Jawatan kuasa Kabinet atau SSB. Ada juga diantara mereka sengaja mengimbau zaman dahulu kala dengan harapan peawai muda menyertai zaman mereka yang 30 dahulu (lampau). Ada juga yang mereka yang terlupa hakikat zaman gaji bermula RM 800 dan ford ascort berharga RM11k telah berlalu. Ada juga yang mengharapkan ikan kembung sekilo 30 sen. Sebab itu bila pegawai muda starting at RM3k dan naik pangkat cepat cemburunya bukan main. Zaman mengubah gaji RM800 kepadaRM3k dengan kos proton saga berhara RM40k++, kenari RM45k++, waja RM60k++ dan perdana RM100k++

Kepada mereka yang sedar akan perubahan telah dan sedang berlaku, tahniaah aku ucapkan. Kepada yang sedang terlena, bangunlah. Zaman engkau dan aku adalah berbeza. Belajarlah menerima perbezaan dan perubahan. Mudah-mudahan perbezaan zaman akan membawa hikmah, kebaikan .dan kebijaksanaan

Aku disini akan sentiasa mendoakan kalian berubah kepada yang lebih baik dan aku juga mengharapkan doa kalian begitu juga kepada aku di sini.

4 thoughts on “PERUBAHAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s