Tuan kah Melayu di Tanah Air ini?


Saban hari kita dimomokkan dengan istilah ketuanan Melayu. Perkara yang didogmatikkan sejak zaman berzaman. Sebab tu susah payah YAB PM kita hendak menjelaskan gagasan satu Malaysia yang cuba di bawa oleh beliau. Sangat sensitif melayu ini bila dipertikaikan ketuanan mereka.

Bila kita bercakap tentang ketuanan melayu, ramai sangat melayu yang kembang hidung terasa dirinya tuan. Bila ada suara yang mempertikaikan ketuanan itu, ramai jugak yang melenting, menyinga, marah dan sebagainya. Ada yang sanggup menyingsing lengan. Marah bukan main.

Tapi realitinya dimana sebenarnya kedudukan tuannya melayu itu di tanah air tercinta ini? Tuan kah kita dari segi ekonominya? Tuan kah dari segi politiknya? Tuan kah dari segi agamanya?

Melayu,

kalau kita tuan, pasti kita dihormati. Kalau kita tuan, pasti kita di segani. Kalau kita tuan, tak kan yang berdagang pula mengarah, yang merantau memerintah.

Kalau rumah tuan di buat rumah sendiri, agama tuan dipertikai setiap hari, ekonomi tuan dalam pengaruh ‘mereka’. tuan hilang kuasa dan hak bersuara malah hak tuan dipertikai sesedap rasa. Masih layak kah tuan digelar tuan?

Dalam Perlembagaan negara sendiri pun tidak menyebut melayu itu tuan.. Melayu itu rakyat DYMM Baginda Tuanku Sultan. Satu-satunya tuan yang disebut dalam Perlembagaan. Tapi sayang, Tuan-ku pun dipertikaikan dan disamakan sebagai stamp pad sahaja…

Bila Raja Melayu (SPB YDA) diistilahkan sebagai stamp pad oleh seorang SU*K Menteri Kanan Kerajaan. (pastinya SU*K itu bukan Melayu), sebagai orang melayu, aku sedih dan terhiris.

Mungkin aku melankolik.. mungkin ya mungkin tidak.

Sejarah membuktikan, kebaikan orang melayu biasanya memakan diri… Dagang lalu ditanakkan nasi, suami pulang lapar tak makan. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

relevan atau tidak pepatah ini aku tinggalkan untuk kamu yang bergelar melayu. Mahu atau tidak melayu perlu kekal relevan. Hentikan retorik. Hentikan perbalahan. Hentikan politiking yang tak sudah-sudah.

Tidak ada perkaumannya jika orang melayu bersatu. Melayu bersatu bukannya hendak membunuh cina atau india. Melayu bersatu bukan kerana hendah membuat rusuhan dan kacau bilau. Bila cina diseru bersatu, India pun disuruh berpadu tidak ada pula suara yang mempertikaikan. Bila melayu diseru bersatu bergegar alam dek suara-suara sumbang ‘mereka’. Apa yang nak ditakut pada bayang-bayang? Maa aci macam ni ma.

Walau apapun, Melayu bersatu kerana Malaysia yang tercinta. Melayu bersatu kerana Agama, bangsa dan negara. Melayu perlu bersatu kerana inilah satu-satunya tanah air kita. Titik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s