Aku seorang Boss Part 3


Wahai sahabat2ku. Seperti yang aku janjikan. terimalah boss part 3.

Macam mana agaknya kalau korang jadi bos yang sangat terer. Ketereran korang mengalahkan Tan Sri KSN. Depan korang anak buah korang puji melambong. Belakang kutuk tak hingat.

Kalau korang bos yang hebat sangat la kan, mesti korang ada team yang hebat. korang dapat membimbing anak buah menjadi hebat macam korang.

Kalau korang banyak pengalaman la kan, mesti korang dapat kongsi pengalaman dengan anak-anak buah korang yang sangatlah cetek pengalamannya.

Aku nak bagitau korang yang berangan nak jadi bos yang hebat,

Kalau jadi bos, jangan la dok peleceh anak buah merata. Dok mengumpat mengata anak buah tak tau buat kerja. Maki hamun anak buah dalam kereta depan driver.

Kalau anak buah salah, tunjukkan yang mana betul. Kalau nak marah, pofesional la. Jangan take thing personally.

Aku tau la korang experience 30 tahun. Tapi perlu ke korang jadi bongkak dan sombong. 30 tahun pengalaman tidak menjanjikan korang menjadi bos yang bijak-sana, sini tak tentu bijak lagi.

Korang pun kena la berenti dengki-mendengki bila anak buah korang naik pangkat. Udah rezeki dorang. Dah tau anak buah korang kurang pengalaman, sila la ajar. Tapi ajar dengan adap dan tertib. Jangan ajar anak buah korang secara kurang ajar. Ajar orang cara beradap yang tidak biadap. Bukan ajar dengan biadap cara nak beradap.

Berenti rasa diri korang sangatlahhhhh penting. Sapa kata diri korang tak penting?? tapi korang kena ingat juga, tanpa anak-anak buah korang, korang ingat korang boleh perform sorang-sorang.? maknanya, anak-anak buah, kerani, cc, par, driver hatta tukang kebun sekalipun amatlah penting.. tau??

Korang kena tukar hobi. Buatlah hobi lain yang lebih berpekdah dari dok pelekeh anak buah sendiri.

Team korang bagus sebab ketuanya memimpin dengan baik. Kalau team korang teruk, boleh ke korang claim korang ketua yang baik (tapi anak-anak buah yang teruk)? Koranglah teruk… Ketua yang teruk. Apa yang korang mengata mengutuk pasal team sendiri sebenarnya reflek kat diri korang sendiri as a team leader

Lepas tu, bila anak buah korang done something good, deliver job excellently, korang puji la sikit. ucap terima kasih ke, tahniah ke??. payah sangat ke? bukan kena bayar pun. Sejuk gak hati anak buah korang.

Kalau korang ada masalah keja dengan anak buah korang, panggil la diorang ke bilik, tegur la baik-baik. bukan maki hamun sesedap rasa. Ko ingat ni company mak bapak korang??

Ada lagi ni, jadi la korang bos yang professional. Ada intergriti. Don’t take thing personally. Kerja-kerja la. pehal korang nak emo sampai tujuh keturunan. Siap dengan dendam kesumat tu.

Dengan menjadi bos yang baik, budi bahasa, tidak memalukan anak buah depan khalayak, korang ingat akan dipijak ke? Tidak? Korang akan dihormati. Korang akan disanjungi.

Korang bila jadi bos pun jangan la makan bodek sangat. Nak dengar yang sedap2 ja. Idea anak buah korang cantas. Lagi best korang claim idea anak buah tu idea korang. Eh, 30 tahun kerja pun korang nak curi idea budak hingusan?? Sangat memalukan.

Korang kalau nak out station jangan la lama sangat. Banyak menda yang tertangguh. Kalau tak urgent takpela. Kalau urgent?

Bila anak buah korang by pass korang, korang marah. Bila anak buah cari, korang takda opis.

Bila anak buah setelkan kerja tu korang marah, korang kata by pass korang. Bila anak buah nak brief pun korang marah. Anak buah mintak opinion korang kata anak buah independent. kalau anak buah pandai-pandai korang kata anak buah tak consult dengan korang dulu. Apa ni? Sms malas reply, henfon dah tentu korang tak angkat..

Aku nak bagi tau korang. Kalau korang rasa korang best sangat.. korang kerja sorang-sorang la. Tak payah la kerja dengan kami yang setahun jagung ni, cetek ilmu, kurang pengalaman. Woi! Dah tentu la kami masih baru nak bandingkan dengan korang. Sebab tu kami nak tunjuk ajar. Bukan maki hamun. pandai!

Kalau korang nak marah anak buah korang ikut talipon sekalipun pastikan bukan berada disebelah driver opis. Korang ni memang jenis tak reti nak jaga maruah dan air muka anak buah korang ek?

Bila anak buah benci korang, korang marah. Bila anak buah hilang hormat korang melatah.

Sekarang sapa yang kurang ajar? siapa yang terpelajar?siapa pula yang terpelajar yang kurang ajar? korang ingat korang layak bergelar bos?

Kalau Korang bos, korang pikir la sendiri.

Btw bos, jadikanlah opis tempat yang seronok bekerja, bukan seperti bekerja dalam neraka.

2 thoughts on “Aku seorang Boss Part 3

  1. power hang bro..aku sokong coretan hang. ingat duk study.alih2 memblog pulok…apa pun kealpaan seseorang dengan kdudukan merosakkan reputasi sendiri.ingat, suk2 pencen jadi kain buruk jaa..dah la income kena slash 50 percent..tak ready retire rich plak…tak paham aku golongan tertentu..perkara mudah dan simple dijadikan complicated..pelik la seorang manusia itu..pelik?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s