AIR ASIA.. TRULY ASIA


Korang pernah ada pengalaman buruk dengan Air Asia??

Aku ada, banyak sangat. Dari staff kaunter yang sangat biadap sehinggalah terlepas flight.

Biasanya yang biadap dan kurang sopan ni adalah kakitangan kaunter. Pegawai-pegawai yang di dalam adalah sangat bersopan. Sama la juga dengan kaunter di sesetengah Jabatan Kerajaan. Yang buruk perangainya kebanyakkan adalah staff kaunter.

Tapi kalau perangai biadap ni datang dari Jabatan Kerajaan, bukan main lagi public kutuk gomen. Tapi kalau daripada private?? Nak komplen??.. boleh la. Tapi setakat mana tindakan yang nak diambil. Kalau gomen, siapla staff tu kena tukar. Silap-silap ketua Jabatan masuk pool.

Tu la silapnya masyarakat kita. Yang buruknya gomen. Yang malasnya gomen. Cuba pegi jenguk kat kaunter Air Asia. Punyala malas nak facilitate. Kalau terlewat satu minit pun tiket dah burn. Bila aku kol bos-bos dorang boleh pulak sistem terbukak balik nak check- in.

Salahke kalau tolong bantu mana yang patut. Mana yang terdaya. Kalau dah sampai pintu kapal terbang dah ttp dan compromise keselamatan ke, takpela tak boleh bantu. Ni nampak macam saje nak burnkan tiket supaya dapat makan duit orang buta-buta.

Chenta aku ni lagi la. Kejap tadi ni pun tak dapat masuk flight gara2 luggage di unload. Masuk kurang 10 minit dari masa berlepas. kalau nak di kira terlepas flight dah tak tau nak kira brapa kali dah.

Aku tak nak persoalkan peraturan yang dibuat oleh Kampeni Air Asia ni. Dah yang lambatnya kita. Peraturan kampeni dia kata 45 miniit. Tapi, tak boleh ke kaunter service Kampeni Dato’ Tony ni lebih bersopan santun. Senyum sikit. Ucap selamat ke. Minta maaf ke, cakap lemah lembut ke. Ni muka masam mencuka, cakap kasar. Nak membantu? jangan harap. Kitaorang naik Air Asia pun sebab terpaksa. dah ini je kampeni yang tiketnya paaaaaaaaaaaaaaaling murah diantara kampeni kapal terbang yang ada kat mesiani. Terpaksa ok. diulangi terpaksa. Takda pilihan. Take it or leave it. Bukan apa, saja aku tekankan ayat terpaksa. Satgi ada pulak yang cakap sapa suruh ko naik Air Asia??

Tiket MAS?? jangan harapla. Nak murah tahun depan nak naik tahun ni beli baru dapat murah.

Aku personally berharap kalau gomen dapat buat lagi satu kampeni flight tambang murah. Biar ada persaingan. Macam bisnes telekomunikasi. Yang untungnya adalah pengguna. Itu yang kita nak. Ni kampeni je buat untung juta-juta. Dah tu sebahagian dari keuntungan tu adalah hasil dari tiket kastemer yang telah terbakar (burn).

Banyak je kampeni yang nak buat. Memang kos tinggi. Tapi bukan nak guna duit aku pun. Kalau ada kampeni yang sanggup nak buat why not?? At least nampakla gunanya LCCT ni. Ni nampak macam LCCT Air Asia punya.Dek kerana gomen (sila baca politician) punya protection kat Air Asia ni kampeni lain putih mato je la.

Penutupnya, aku harap gomen dapat kontrol air Asia ni. Gubal satu peraturan yang si dato’ Tony ni kena abide. Elakkan pelanggan air Asia dari merasa dianiaya. Ambil pendekatan pro aktif. kutip semua maklumbalas pelanggan Air asia. Korang gomen. korang pikirla macamana nak buat daripada korang sebok dok bagi bermacam-macam laluan baru kat air Asia ni. Yang sakitnya rakyat malaysia juga.

People First Performanca Now?? Untuk kakitangan kerajaan je ke dato Seri?? Private tak payah???

One thought on “AIR ASIA.. TRULY ASIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s