BENGANG SEMALAM


Korang pernah bengang tak?? Apa punya soalan kan?? Ada ke orang yang tak penah bengang.

Hari ni aku bengang..
Bengang dua sebab

Pertama:
Keta aku buat hal lagi. Habis beribu pun buat hal jugak. Memang nak kena jual minah ni. Minah??? Keta aku ialah sebuah perempuan ok.

Kedua:
Bila aku email/sms sesorang, memang payah sangat nak balas. Dah la aku tanya soalan-soalan rasmi. Agaknya bila aku dah tak jadi orang EMOTEE, dah tak payah nak respond/return kol/sms aku dah kot. Tapi aku bersangka baik. Agaknya orang-orang disana tu sebok.. kot. Tapi aku pun penah sebok gak. Sempat je aku reply sms.

Penah jugak la aku tak reply/respon/return kol/sms. Tapi kalau aku tak reply tu maknanya orang yang sms aku tu tak penting atau soalan dalam sms tu tak penting. Tak urgent! Tak important!

Alahai!! Baru aku rasa payahnya nak berurusan dengan Kerajaan bila dah tak berada dalam Kerajaan tu sendiri. Bila dah kat luar ni, dah tak jaga desk aku dah, baru la aku nampak, sapa je yang nak kawan ngan aku pun.

Dulu agaknya time aku dalam Government aku tak layan orang/pegawai/kerani aku seadanya kot. That’s why bila aku kat luar orang pun malas nak layan aku dah. Nasib la bila kita dah not in power. Agaknya macam ni kot Tun Mahathir rasa ek??? Keh!keh!keh! . Nasib ko la, orang hormat ko kerana pangkat/kedudukan je pun. ADAT LA. Itu jugak hakikat yang aku kena terima.

Agaknya dunia hari ni, perkataan/perasaan IKHLAS dah pupus agaknya.
Dan agaknya juga, akan ada orang tertunggu-tunggu nak cakap kat aku “ pade muko hang”… HAR!HAR!HAR! (gelak jahat)

12 thoughts on “BENGANG SEMALAM

  1. ehem! ehem!

    pasal kereta u yang perempuan tu, tunggu august ek? buat masa ini, belai-belai la dia sket, pujuk-pujuk..
    biasalah, gf ni kekadang suka nak mintak dimanja-manja… hehehe..

    lagi satu issue bengang tu,
    to be a good officer, responsive is one of the keyword.

    another thing,
    baru i tau kenapa orang melayu buat peribahasa KACANG LUPAKAN KULIT

    1. responsive dan responsibility adalah dua benda yang saling berkait. Public tak nak tau masalah kita tapi public akan judge kita directly kalau kita tak boleh deliver dan tak boleh perform. Simple!

  2. ehem ehem…

    tak boleh nak simpulkan macam tu awak eh. macam awak tak kenal orang yang awak suka sms pasal kerja tu. kadang2 kita kena letakkan diri di tempat dia jugak. mungkin dia ada masalah sendiri yang menyebabkan dia jadi tak responsive seperti yang awak nak.

    kita nak minta tolong orang kena la aware dan faham tempat dia juga. cuba tanya2 khabar sikit sikit. macam mana kerja dia, hari dia… berbasa basi sebelum tanya… biar beralas..

    mana tahu dia ada masalah lagi besar pasal diri dia sendiri…

    biasalah manusia… mana ada pernah nak puas hati selalu…

    renung-renungkan…

    1. i’m the customer.. i expect the good service from the service provider. No excuse. Pelanggan tak nak tau apa masalah kita.

      Dan faktor kesebokkan dan masalah peribadi seorang pegawai Kerajaan itu bukanlah alasan untuk tidak resposive dan tidak memberi perhatian kepada masalah pelanggan. Kuat memberi alasan bukanlah ciri2 seorang ketua dan pemimpin yang baik.

      1. Saya berurusan dengan sebuah Agensi Kerajaan adalah atas urusan rasmi. Bukan urusan peribadi. Apa juga kritikan (Kebengangan?) saya terhadap seseorang pegawai di Agensi Kerajaan adalah atas dasar urusan rasmi. BUKAN URUSAN PERIBADI. Adalah amat malang seorang pegawai yang gagal memahami urusan peribadi dan URUSAN RASMI.

  3. salam geng..
    banyak2 bawak sabaq..aku pon dok rasa mcm hang jugak…la nih org dok layan mcm ‘student’…huhuhu..Pak guard u pon main sound2 direk j x peksa2 dulu….sabaq j la….nasib badan…

    1. terima kasih pojie di atas nasihat anda itu… hehehe… tunggulah perubahan keretanya tu.. dia nak beli kereta transformer! bengang2, bole tukar jadi robot…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s