BUDAYA KERJA RESPONSIVE TERHADAP EMAIL DAN SMS – MEMAHAMKAN YANG TIDAK FAHAM


Kadang-kadang ada orang tak faham apa yang cuba kita sampaikan. Ada yang tak nak faham. Ada yang buat-buat tak faham. Kadang-kadang ada yang cuba memahamkan kita yang dia tak faham dan buat-buat tak faham. Ada juga yang ambil mudah tahap kefahaman diorang.

BIAR AKU ULANG SEKALI LAGI SUPAYA FAHAM

Sebagai kakitangan awam, budaya responsive terhadap email dan sms adalah amat penting dan telah lama disemai oleh Kepimpinan Tertinggi Kerajaan. Semua pegawai Kerajaan sentiasa di ingatkan supaya sentiasa responsive dengan sms dan email yang diterima daripada pelanggan. Biasanya, secara psikologinya tanggapan awal pelanggan terhadap tahap perkhidmatan sesebuah Jabatan bermula daripada maklumbalas awal yang diterima daripada Jabatan tersebut.

MAKNANYA;
Pelanggan macam aku, akan merasakan masalah mereka telah diberi perhatian oleh pihak yang berkaitan sekiranya sms atau email aku direspon dengan cepat oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan. Aku bukan expect masalah aku diselesaikan time-time tu jugak. Tapi sekurang-kurangnya aku berpuas hati bahawa masalah aku sedang ditangani dengan sewajarnya. Memberi ‘kelegaan sementara ‘. Itu sahaja. SIMPLE!

Itu yang aku pelik bila sesetengah orang payah sangat nak paham pasal budaya kerja responsive ni. Aku faham. Ada perkara yang lebih penting untuk seseorang pegawai Kerajaan uruskan berbanding urusan aku. Aku faham. Sangat faham. Terlebih faham. Nak-nak lagi aku pernah buat kerja yang sama dengan pegawai di Agensi Kerajaan tu buat.

Aku bengang atas tindakan dan tingkah laku individu yang tidak menghayati budaya kerja responsive dan bertindak secara tidak profesioanal. Kalau KSU yang menjaga satu Kementerian boleh responsive dengan sms/email aku, bagaimana pula pegawai atau kakitangan biasa tidak dapat bertindak dengan cara yang sama? Adakah mereka lebih sibuk dari KSU dan KSN? Atau adakah menaip sms perlu mengambil masa berjam-jam dan berhari hari sehingga mengganggu kelancaran kerja seharian??? Nampak macam kecil pada kita pegawai Kerajaan.. Tapi besar kesannya ke atas orang seperti aku sebagai pelanggan. (Tapi mungkin pegawai tersebut tidak responsive hanya kepada aku sahaja kerana tidak penting?)

Aku menulis lagi berkenaan isu ini kerana ada orang yang tidak faham. Buat-buat tak faham. Atau sengaja tak mahu faham. Ada orang tak faham bahawa masalah aku dengan agensi Kerajaan tersebut adalah SATU URUSAN RASMI. SMS AKU ADALAH PERTANYAAN RASMI. Tidak timbul soalan mintak tolong menyelesaikan masalah peribadi aku. Aku bukan mintak untuk di favor atas sebab aku pernah berkhidmat disitu. Siapa aku untuk mengarah mana-mana pegawai di Agensi Kerajaan itu (MENDAHULUKAN KERJA AKU) atau menghayati budaya kerja responsive pada waktu ini. Kalau dulu, memang betul aku mengarahkan setiap orang di bawah seliaan aku untuk responsive. Tapi ia adalah untuk kepentingan organisasi. Aku pun tak mintak mana-mana individu untuk tunduk hormat kepada aku. Hormat itu adalah hak individu. We don’t ask for respect. We gain the respect.

Bagi yang faham mungkin dia akan faham. Bagi yang tidak faham atau sengaja tak nak faham, belajar-belajar memahami supaya bila dah naik pangkat ke Gred yang lebih tinggi dan memimpin sebuah Unit nanti, pimpinlah dengan penuh dedikasi dan kematangan yang tinggi. Belajar untuk membezakan garisan profesional dan peribadi. Anda akan sampai ke situ. Just the matter of time. Anda akan dapat apa yang saya dan orang lain dapat sekiranya pangkat yang anda kejar. Pangkat tidak hanya datang dengan gaji yang tinggi tetapi lengkap dengan tanggungjawab yang besar. Belajar juga untuk memahami mana satu urusan rasmi mana satu pertolongan peribadi. Semakin tinggi kita berada semakin jelas pandangan orang kepada kita.

Aku tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak dalam tulisan aku ini. Apatah lagi nak kondem sapa-sapa. Kepada yang merasakan diri mereka terlibat dalam isu kebengangan aku, dia akan faham marah aku tidak lama. Kepada yang tidak berkaitan, aku nasihatkan supaya tidak mencampuri urusan orang bagi mengelakkan konflik daripada tercetus dan menjadi panjang. Apatah lagi sekiranya dia tidak pernah bekerja dibawah seliaan aku. Biasanya semakin banyak kita komen perkara yang kita tidak tahu, akan semakin terserlahlah ketidakbijaksanaan kita.

Daripada banyak mulut sebok hal orang lain , (or i might concern), bercakap sesuatu yang rubbish, lebih baik diam! Kan senang. Tak payah nak cari pasal tak tentu hala dengan masalah yang tidak ada kena mengena dengan anda. Lainlah sekiranya anda dibayar untuk menjadi jurucakap bagi mana-mana pihak. Campur tangan anda dalam isu ini tidak menjadikan ia semakin baik sebab you are not a good mediator (if you claim you’re the one ) or (just an attention seeker).

Aku juga berharap agar mana-mana individu tidak memberi publisiti murahan kepada aku dengan dengan memaparkan seakan kisah hidup aku dalam blog mereka. (Aku tak kata kisah hidup aku ya..). Aku tidak memerlukan apa-apa publisiti. Jangan cuba menduga lautan dalam kalau hanya ilmu/pengalaman sejengkal kail cuma. Tak elok mendabik dada berkokok kehebatan kita sedangkan ekor bergelumang tahi. Tepuk air di dulang kadang-kadang terpercik ke muka orang lain juga.

Bagi aku, sesiapa pun dia, samada kawan atau tidak , aku bekerja atas dasar professional . Marah, benci, meluat dan sebagainya adalah sifat semualajadi yang ada dalam diri manusia. Aku juga manusia, aku punya perasaan yang sama. Aku percaya kau pun begitu jua. Namun itu tidak membunuh profesionaliti yang ada dalam diri aku selama ini.

Oh lupa nak cakap, bahasa Kelantan dalam tulisan aku sebelum ni takdak kaitan dengan yang hidup atau yang mati.Sekadar memeriahkan bahasa. Kang ada yang terasa , payah plak. Dah la aku ramai sohabat-sohabat set kawe… hhehehe. Titik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s