SEDARKAN DIRI WAHAI PENJAWAT AWAM


Persepsi masyarakat terhadap kakitangan awam biasanya pelbagai-bagai. Ada yang suka ada yang tidak suka. Biasa juga kita dengar, kerja Kerajaan goyang kaki sahaja. Tidak boleh kita nafikan, ada yang benar dalam tanggapan mereka ditambah pula dengan pengalaman mereka berurusan dengan Agensi Kerajaan. Tetapi itu yang buruknya. Yang baik biasanya tidak menjadi bahan cerita. Yang di dedahkan saban hari di kaca TV adalah kelemahan kakitangan awam. Kecekapan tidak pula menjadi berita sensasi. Itu adalah lumrah. Semua kakitangan awam kena terima hakikat itu.

Bila “rakyat” (sila baca “kita”, walaupun kita penjawat awam) membayar cukai, mereka mengharapkan perkhidmatan yang terbaik dari perkhidmatan awam. Kerana cukai yang mereka bayar dibuat membayar gaji penjawat awam. Rakyat tidak dapat menerima sekiranya gaji daripada kutipan cukai ini digunakan untuk bersantai di café berjam jam ataupun bersidai dimeja-meja berborak kosong. Apa yang mereka harapkan adalah satu bentuk pulangan perkhidmatan yang terbaik yang mampu diberikan oleh penjawat awam kepada mereka. Penjawat awam bukan bos besar. Rakyat menggajikan mereka untuk memberi perkhimatan yang termampu kalaupun bukan yang terbaik.

Perkhidmatan awam seolah-olah sebuah syarikat yang besar yang mempunyai berjuta pelanggan. Saya percaya setiap daripada kita, walau sekaya manapun dia, terpaksa berurusan dengan agensi Kerajaan semasa dia hidup (ataupun telah mati). Begitulah signifikannya perkhidmatan awam kepada hidup kita seharian. Sekiranya kita sendiri merupakan penjawat awam, maka tanggungjawab kita menjadi lebih besar. Kita menjadi pembekal dan juga penerima perkhidmatan Kerajaan.

Ada sesetangan pihak menganggap perkhidmatan awam ini menyusahkan. Adam Smith dalam dalam bukunya “the wealth of nation” tiga ratus tahun dahulu menggalakkan invisible hand dan laissez-faire dalam sistem ekonomi dan sosio politik sesebuah masyarakat. Terlalu banyak government intervention tidak baik untuk ekonomi. Tapi itu kata kapitalis. Tuhan mereka adalah duit. Kalau sistem merchantalist-kapitalist ini menjadi pegangan Kerajaan Malaysia, pastinya lebih banyak kotak dihuni manusia dibawah jambatan dan ditepi longkang.

Pokoknya, sebagai kakitangan awam, kita perlu insaf. Jangan terlalu meminta mengeluh. Ukur dulu sumbangan yang kita beri kepada Negara dan rakyatnya sebelum meminta itu dan ini. Perlu juga kita renung diri adakah hambatan materialistic ini akan pernah berakhir. Kita perlu sedarkan diri bahawa perkhidmatan awam merupakan non-profit organization. Kalau nak bonus berbulan-bulan, gaji tinggi mencecah awan, disini bukan tempat kita. Tidak siapa memaksa anda untuk berada dalam perkhidmatan awam ini. Siapapun kita, tidak kira apa skim dan gred jawatan sekalipun. Samada kita mempunyai 1st degree, Master degree hatta PhD, Kita adalah penjawat awam dan tugas kita adalah berkhidmat kepada rakyat (sementelahlah kita juga adalah rakyat).

Titik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s