just whateva…


Bila aku mengikuti satu kelas dalam salah satu subjek MPM baru-baru ini , baru la aku faham kenapa sesetengah, aku ulangi, sesetengah penjawat awam sangat tergila-gilakan kenaikan pangkat. Bukan sebab mereka sukakan tanggungjawab yang bertambah, bukan sebab mereka ingin menjadi ketua, bukan juga sebab mereka ingin memerintah, jadi ketua dan juga dapat title yang hebat.

Mereka mahu kenaikan pangkat adalah berdasarkan dorongan kewangan semata-mata. Dorongan materialistic. Tanggungjawab dan jawatan/pangkat itu tidak lagi diukur berdasarkan keupayaan pegawai melaksanakan amanah. Ianyai di ukur dengan berapa banyakkah gaji yang bakal diterima.

Factor extrinsic adalah lebih dominan bila kita bercakap tentang pangkat dan jawatan daripada bermuhasabah diri tentang keupayaan kita memikul amanah tersebut . Higher level of needs cannot be satisfied with the intrinsic reward.

Minda kita telah diprogramkan sejak azali, sejak zaman kanak-kanak, yang keperluan material itu mengatasi kepentingan lain yang lebih penting. Kebolehan memperolehi pendapatan tertinggi itu adalah puncak pencapaian dan penghormatan yang paling tinggi dalam masyarakat kita. Masyarakat selalunya akan berkata “ wah! Besarnya rumah, canggihnya kereta, banyaknya duit, tingginya jawatan”.

Padahal kita lupa, bila kita pergi mengadapNya, semua itu tidak kita bawa. Tiada duit, emas, intan berlian yang ditanam bersama. Paling canggih, bolehlah dipahatnya juga title Dato’/Datin/Tan Sri/Puan Sri dibatu nesan. Tanda akhir darjat dunia. Amanah itu juga yang dipersoalkanNya kelak.

Sekadar pandangan insan kecil tidak bergelaran seperti aku. Tidak semestinya menepati pendapat semua orang.

Anyway, whateva.. who cares!

Ops, ada yang ngantuk ka???

9 thoughts on “just whateva…

  1. Yes, agree.

    perkara paling penting adalah hati…tenang atau tidak. Saya dah merasa hidup dalam dua situasi berbeza, sederhana dan berduit. Series, dua rasa yang berbeza. Perlu lebih banyak mendidik hati supaya tidak terlalu tamak.

    Tuan rumah,tumpang lalu.
    (“Saya”…baiknya saya….ekekek)

  2. Saja nak share pengalaman sebagai guru yang baru setahun jagung ni. KPLI pulak tu.

    Senario satu:

    Cikgu xxx : Berapa basic gaji kau Teh?
    Teteh : RM x xxx.xx
    Cikgu xxx : Kalau masuk elaun semua berapa?
    Teteh : Biasa je kak. Boleh la…Dalam RM x xxx
    Cikgu xxx : Banyak lagi la gaji akak macam tu…

    Senario dua:

    Teteh pergi amek payslip kat office, kebetulan ada cikgu lain join. Tetiba

    “Haih… gaji akak ni kalau takde tolak-tolak, beli itu ini… Dah 4 ribu lebih dah ni…”

    Jeling-jeling kat payslip Teteh tp Teteh buat tak reti sambil senyum kambing.

    Kalau kita tengok dari dua situasi berbeza ini, jelas ketara wang ringgit adalah tujuan utama masyarakat sekarang ni bekerja selari dengan kenaikkan pangkat. Sebab pangkat inilah yang bawak kita ke gaji yang lebih tinggi. Jadi, semua dok pakat berebut-rebut nak jadi itu ini, tapi bila suruh belajar ke peringkat lebih tinggi, masing-masing nyorok bawah tudung saji. Saya tak kata semua, segelintir ye….

    Kalau nak kata ramai yang tak puas hati kat PTD tu, memang ramai, tapi derang yang tak puas hati tu kena fikir dan kaji skop pekerjaan mereka sendiri. Polis, guru, askar, kastam, bomba, kerani, dan lain-lain, masing-masing ada skop tugas masing-masing.

    Jadi tak payah jeles dgn PTD ni, dah namanya Pegawai Tadbir Diplomatik… sesuai la dengan apa tugas-tugas mereka di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan tertentu.

    Cuma nak nasihat sket je la. Mereka-mereka yang TERPILIH sebagai PTD tu… sendiri-sendiri kena sedar tanggungjawab mereka dan jaga kredibiliti sebagai seorang PTD. Cuba baiki kelemahan yang ada, supaya tidak ada lagi yang mempertikaikan.

    Nasihat untuk diri sendiri juga ni. Maklumla, cikgu ni kan banyak isunya.
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s