Uniknya Perkhidmatan Awam Malaysia


Bagi aku, Perkhidmatan Awam Malaysia ni sangat unik. Sangat majmuk. Macam masyarakat majmuk. Bagi aku, boleh juga lah menggunapakai perkataan “Satu Perkhidmatan Awam, Satu Malaysia”. Macam sedap je bunyinya. Tak gitu? Gitu!Gitu!

Pada hemat aku, skim-skim yang diwujudkan dalam perkhidmatan awam ini ada fungsinya tersendiri. Tidak boleh berdiri dengan sendirinya. No scheme is an island. Semua perlu memerlukan antara satu sama lain. Tidak ada skim yang boleh claim dia yang terbaik dalam seluruh perkhidmatan awam. Sebab kita semua umpama akar, batang, daun yang menyokong pohon perkhidmatan awam. Mana boleh hidup sendiri-sendiri kan? Dah tentu fungsi pun lain-lain. Keterbezaan inilah yang menjadikan kita unik dan menarik.

Kalau satu skim kata dia yang paling bagus, skim lain pun akan claim perkara yang sama. Semua pun tak mahu mengalah. Begitulah sahut menyahut terus menerus. Sampai bila pun tak habis. Bila pulak kita nak pikir pasal nak baiki perkhidmatan awam negara.

PTD kata dia hebat, cikgu kata dia bijak, lecturer kata dia genius, Jurutera kata dia yang paling terer dan begitulah sahut menyahut terus-terusan. Kemudian akan mula agenda tindas menindas antara skim, jatuh menjatuh, memperlekeh skim lain dan akhirnya timbul dendam dan iri hati. Daripada iri hati skim, jadi isu peribadi bila emosi menguasai diri. Yang elok-elok berkawan boleh bermusuhan. Siapa yang mendapat hasil buruknya? Aku dan kau, dan hang dan kamu dan kitak dan kome..

Kalau dah sistem politik negara pun dah huru-hara. Kakitangan awam yang perbagai skim ni pun nak turut sama menghuru-harakan jugak? Tentunya tidak bukan?.

Cumanya kita ni macam adik beradik la. Adik dapat lebih sikit, abang terasa hati, vice versa. Dengki sikit-sikit tu adatla. Cuma jangan sampai jadi macam sedara-sedara Nabi Yusoff A.S. Sampai sanggup bunuh saudara sendiri.

Kita boleh berbangga dengan skim perkhidmatan yang kita anuti. Ada yang bangga jadi polis, cikgu,lecturer, askar dll. Aku pun bangga menjadi PTD. Ada masalah ke? Takda pun kan?

Tapi itu bukan menjadi lesen untuk aku menjadi riak dan merendah-rendahkan skim lain. Apa yang nak dimegahkan sangat dengan skim perkhidmatan kita. Apa juga yang nak di iri hatikan sesama kita. Padang mahsyar esok bukan berbaris ikut skim perkhidmatan ataupun Jabatan dimana kita pernah berkhidmat. Kalau nak bangga-bangga pun setakat dunia yang fana ni je la. Akhirat esok, amal jugak yang ditimbang-kira.

Salam Ramadahan.

One thought on “Uniknya Perkhidmatan Awam Malaysia

  1. Mula-mula baca perenggan-perenggan atas, semangat terus jadi berkobar-kobar. Tapi bila sampai ayat last, “salam ramadhan”, terus jadi mode insaf dan end up tak jadi nak komen on the main topic. Haha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s