TERTERINGAT PULAK


Bulan-bulan posa ni, tengah-tengah dok lepak2, tetiba aku tersurf gambar time aku pi kursus tatatetib kat Terengganu baru-baru ini. Kursus yang menyaksikan orang tua yang dekat-dekat nak pencen merajuk bagai. Dia nak merajuk dia punya pasal. Dia nak berjalan-jalan disekitar Bandar Raya Persisiran Pantai Terengganu dengan ditemani dua orang pegawai JPJ pun dia punya pasal.

Tapi aku yang tak merajuk ni telah diraikan dengan besar hati oleh Pengarah Laut JLWT. Beliau siap spare his time dan mejemput kami untuk makan tengahari di satu lokasi yang agak femous yang aku sendiri pun tak berapa nak ingat. Besama-sama anak buah (mak buah tak join pasal merajuk) dan kawan-kawan buah merangkap hosmet aku yang datang jauh dari Putrajaya, kami telah bekerjasama menjayakan acara makan tengahari tersebut.

Pengarah Laut Wilayah Timur nih, memang terkenal dengan sifat rendah diri dan mudah mesra. Sepanjang kami di Terengganu, selain JPJ, Jabatan Laut Wilayah Timur juga memberi bantuan penuh terutamanya dari segi logistik dan sebagainya.

Bukan la aku nak puji lebih-lebih (Dia pun bukan baca blog aku pun), kadang-kadang sesetengah orang, aku ulangi sesetengah orang (kang cakap aku mengata orang pulak bulan-bulan puasa nih) bila dah jadi orang besar@ rasa besar, nak menjengok kawan outstation kat tempat diaorang pun payah, apatah lagi nak hulur bantuan. Kira Tuan Pengarah ni, drive pakai keta sendiri jemput aku anak beranak MOT ni kira cukup bagus la. Dah la hujung minggu, penat beliau yang baru sampai dari K.L pun tak hilang lagi.

Bukan apa, bila aku tengok orang-orang humble ni, macam Dato’ KSU, sesetengah JUSA, Gred 54, Pengarah-Pengarah Jabatan di Negeri, aku jadi insaf. Setakat orang macam aku nak menyombong tak tentu arah, malu weh.. Yang paling aku tak boleh terima, baru naik pangkat sikit, style cakap pun dah lain macam dah. Tu kalau naik, yang baru NAK NAIK pangkat pun boleh sombong tak tentu arah, apa kes???

Meleret-leret pulak Mr. MZI ni. Oklah, dibawah diperturunkan sebahagian nikmat tuhan dimuka bumi Terengganu:

Pengarah Laut Wilayah Timur
Pengarah Laut Wilayah Timur

dan makanan -makanan yang menggugat iman di bulan puasa

cuba tengok teh O ais kat ujung tuh... pergh!!!
cuba tengok teh O ais kat ujung tuh... pergh!!!

dan lagi.. siap ada tangan Si pojie lagi

P5302038compress

sila tahan napsu makan ye..

7659843-smcompress

Ok la.. Sekian dulu sesi teringat menteringati saya pada kali ini. adios..

3 thoughts on “TERTERINGAT PULAK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s