PLURAL SOCIETY DAN BUDI BAHASA


Semalam aku belajar pasal plural society. Dulu time first degree pun dah belajar. Tapi biasa la, study untuk exam. Dah banyak yang lupa. Tapi apa yang aku nak cakap bukan pasal plural society atau masyarakat majmuk yang ada kat nagara kita ni. Tapi pasal satu peristiwa yang berlaku kat aku pagi semalam.

Peristiwa ni sedikit sebanyak menyedarkan aku. Sedarkan aku yang bukan sahaja orang melayu ada budi bahasa. Ye la, being a malay, kita ni dok bangga sangat bangsa kita ni berbudi bahasa. Tapi ramai ja aku tengok melayu yang tak berapa nak berbudi apa lagi nak berbahasa.

Sehingga kini aku masih terpikir, nilai-nilai murni yang ada pada seorang nyonya tua, yang cuba membantu ibu ku sewaktu dia hendak keluar dari kereta dan duduk di wheel chair. Peristiwa di berlaku dihadapan pintu masuk utama Hospital Sultanah Bahiyah.

Ya la, apa yang buat aku terpikir, nyonya di just pass by, then nampak mak aku susah payah nak keluar dari kereta aku, dia stop by and tolong. Jarang kita nak jumpa dalam masyarakat kita seorang stranger yang berlainan bangsa datang tolong tanpa ada apa-apa niat tersembunyi. Aku nampak keikhlasan disitu.

Kalau semua orang boleh buang sikap perkauman terutamanya bila bercakap soal insan dan keinsanan, aku yakin, Malaysia akan menjadi negara yang paling aman di dunia. Bila kita semua, maksud aku, semua kaum berhenti dari hanya memikirkan perkara materialistik, aku rasa semua kaum boleh hidup dengan sangatttt !!!harmoni.

Ini tidak, antara sebab utama yang mencetuskan ketegangan kaum adalah soal materialistik. Pembahagian kek ekonomi la, peluang perniagaan la, permit la, projek la. Sampai bila pun polemik tentang perkara ini tak akan selesai kalau harta dunia yang kita kejar sangat. Balik-balik, kita bercakap soal kaum ni kaya, kaum ni miskin. Lagi ianya soal wang dan ringgit.

Betul, wang dan ringgit adalah sebahagian pelengkap. Tapi kalau wang adalah segala-galanya. Mungkin kita dapat menggunakanya untuk membeli tiket untuk ke syurga, atau sekurang-kurangnya, membayar sewa kubur kita kelak.

Dalam kita sedang menempuh ramadhan. Dalam kita masih dalam mood kemerdekaan. Marilah kita semua, tanpa mengira siapa kita, bersama-sama menjaga kesejahteraan negara. Kerana, bagi aku, ini negara aku. Dimana bumi aku pijak, disitu langit yang junjung.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s