MEMBUDAYAKAN BUDAYA UTILITARIAN


Aku cemas. Aku bingung. Bukankah peraturan dan undang-undang itu digubal untuk kemaslahatan rakyat. bukankah undang-undang dibentuk bagi memberi keadilan kepada semua?? Benarkah undang-undang diwujudkan untuk menjadi penghalang kepada sebuah kebebasan?? Freedom! Liberal! bukankah itu yang kita inginkan?

Alangkah indah dunia jika tidak ada satu undang-undang pun yang mengongkong kita. Pastinya semua orang suka kerana boleh buat apa saja. Seperti undang-undang jalan raya. Kenapa tidak biarkan sahaja mereka memandu tanpa lesen, memandu secara berbahaya, tidak memakai topi keledar. Yang susahnya bukan kita. Tapi mereka. Yang patah riuk, luka berdarah, juga mereka. Bukan kita. Kalau kita halang mereka atas nama undang-undang, bukankah itu menyusahkan namanya??

Hidup saja kita dalam lingkungan utilitarian. Apa yang disukai majoriti, itulah peraturannya. Kita bakar sahaja semua peraturan dan undang-undang yang ada. Bukankah aman nanti Malaysia.??? Untung-untung Y.B dapat undi lagi pada PRU akan datang kerana Y.B berjaya memuaskan hati pengundi Y.B.

Macam di Langkawi, kita halalkan sahaja teksi-teksi haram yang bercambah. Kerana mengambil permit merupakan satu undang-undang yang menyusahkan. Kan elok juga kita halalkan semua pemandu yang tidak ada lesen memandu. TV3 pula membela nasib mereka yang dikatakan teraniaya. Sejak bila pelanggar undang-undang adalah mangsa yang teraniaya?? Kesian perompak,perogol dan pembunuh. Mereka teraniaya dipenjara dek undang-undang negara. Jangan kita saman, jangan kita tangkap. Kita biarkan sahaja.

Macam di Sabah atau dimana-mana saja di Malaysia, kita permudahkan mendapat taraf kerakyatan ataupun taraf PR. Malah kita beri sahaja pendatang haram (aku tidak suka guna perkataan PATI) kad pengenalan Malaysia. Mudah kerja penguatkuasa. Kerajaan jimat wang tak payah nak tanggung mereka dipenjara.

Aku kasihan dengan agensi penguatkuasa. Tekanan demi tekanan diberikan untuk menghalalkan yang haram. Itu bukan rasuah. Itu tandanya Kerajaan kita perihatin. Kalau pentadbir undang-undang membantah, apa susah, kita tukar saja mereka 24 jam. Lepas tu, kita pinda undang-undang supaya lori diberi kelulusan lebih muatan, teksi haram dibenarkan, permohonan taraf PR/warganegara dipercepatkan. Tak payah nak siasat latarbelakang lagi. Bagi saja. Ini semua birokrasi. Tidak mengapa, kalau PR ini bertukar menjadi perompak, ada la polis kerja esok-esoknya.

Keselamatan negara yang tercinta satu birokrasi, memelihara keselamatan pengguna jalanraya juga birokrasi, memelihara hak rakyat yang mematuhi undang-undang juga birokrasi. Menyusahkan! Itu baru sedikit yang dihalalkan. Ada banyak lagi kalau nak aku nyatakan disini. Atas nama Liberalisasi! Atas nama Satu Malaysia! Hidup budaya utilitarian!

Semoga Allah pelihara Malaysia untuk anak cucu kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s