TERIMA KASIH


Terima kasih. Satu ayat yang amat besar maknanya bagi aku. Mungkin juga pada kau dan dia. Sepanjang aku berada di Kementerian, aku banyak telah menerima ucapan terima kasih. Apabila aku keluar dari Kementerian, rupa-rupanya masih ada yang sudi mengucapkan terima kasih.Aku bersyukur masih ada yang lagi yang ikhlas menghargai dan mengingati aku. Terima kasih.

Aku puas jika dapat membantu. Aku lebih puas jika bantuan aku itu berjaya. Aku juga sangat puas bila kejayaan itu dibalas dengan ucapan terima kasih.

Cukup. Dua patah perkataan yang membuatkan hati aku puas. Tak perlu kepada aku ditaburkan wang ringgit atau puji-pujian melangit.

Kerana tujuan aku berada di dalam perkhidmatan awam ini adalah untuk membantu. Walaupun ucapan itu bukan satu kemestian, namun cukup sebagai penyejuk hati, pemberi perangsang dan peningkat motivasi.

Biarlah orang lain berat mulut mengucapkan terima kasih. Yang pasti, orang itu bukanlah aku, kita, engkau dan kamu.

Sekian, terima kasih.

One thought on “TERIMA KASIH

  1. kadang-kadang saya terlupa ucap terima kasih bila cinta saya menyenangkan hati dan jiwa saya… bila cinta saya membuatkan hati saya bahagia… bila cinta saya memberi apa yang saya sering mimpikan…

    semoga cinta saya juga senang hati dan jiwa, dan rasa bahagia seperti saya…

    TERIMA KASIH CINTA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s