BRAPA KALI SUDAH KU BILANG


Berapa kali sudah ku bilang. Bulan ini bulan Ramadhan. Carila pahala yang dijanjikan berlipat ganda. Buat apa mau cari celaka, buat apa mencari dosa? Bukankah bulan ini bulan terbaik mendidik jiwa. Bulan tarbiah hati dan minda. Bulan membuang secara total sikap tercela. Busuk hati, riak, takabur, bangga diri dan sebagainya..

Berapa kali juga sudah kubilang. Diri kita tidak sempurna. Diri kau begitu jua. Buat apa kita nak mendabik dada, kononnya hebat seantero dunia.

Dalam friendlist facebook aku, pelbagai bangsa, pelbagai budaya, pelbagai skim perkhidmatan. Ada daripada Kerajaan, ada dari swasta. Kalau kita nak berhujah dan berkata, nak beri komen dan sebagainya, berilah dengan berhemah dan bertata-budaya. Komen keilmuan siap berfakta. Jangan sedap nak kondem sahaja. Mungkin ada yang terasa, ada juga yang tercalar jiwa. Kalau sedap nak mengata, nak2 lagi dibulan mulia, maknanya Ramadahan kita ni, alahai! sia-sia saja.

Betul, kadang-kadang kebenaran itu menyakitkan. Itu kalau kebenaran pada orang lain, dan sakitnya juga orang lain. Kalau terjadi kepada kita? Tau pulak nak sakit jiwa, marah menggila.

Jangan dilayan sangat rasa kecewa kita. Naik pangkat turun pangkat semua tu perkara dunia. Ada sebab musababnya. Bukankah sesuatu kejadianya itu ada penjelasannya. Rezeki kita Allah yang punya. Dia memberi dan Dia boleh tarik balik bila-bila. Yang penting, kalau orang lain dapat rezeki lebih, kita tumpang gembira. Moga-moga lepas ini Allah permudahkan lorongan rezeki kepada kita pula.

So bro,

Sempena bulan syawal yang bakal menjelma, sepuluh jari disusun, maaf dipinta. Andai kata ada tersalah tutur bahasa. Aku doakan, Syawal ini adalah hari kemenangan bagi kita semua. Hati naluri bersih belaka. Jangan biarkan dengki-mendengki dan buruk sangka menjelma semula.

Jangan kita putuskan silaturrahim hanya kerana hal dunia.

Baik PTD, Juru Ukur, Cikgu, Lecturer, Polis, Pustakawan, Kastam, Jurutera, dan semua skim perkhidmatan di Malaysia tanpa mengira gred jawatan apatah lagi kasta,

“Aku ucapkan selamat Hari Raya Idulfitri, maaf zahir dan batin”

Apalah Perkhidmatan awam tanpa anda semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s