Rumah terbukak


Bercakap bab rumah terbukak ni ramai yang bijak pandai nak bagi komen. Bukan budaya melayu la, bukan budaya Islam la macam2 lagi. Bagi aku, rumah terbuka ka tertutup la bukan masalah nasional pun. Sapa nak buat biaq la dia buat. Kalau depa nak riak ka takbur ka depa punya pasal la. Yang nak dapat dosa depa. Yang hang dok kalut pasai apa? pengkritik sosial kah hangni???

Konsep rumah terbuka ni senang ja. Orang Malaysia buat rumah terbuka pasal senang nak layan tetamu. Pasal hari2 lain mungkin depa pun nak keluaq beraya jugak. takan nak tunggu rumah sampai sebulan. So hari tu depa boleh la masak yang sedap-sedap bagi tetamu makan. Macam konsep kenduri la jugak. Hari2 lain pun boleh mai… bukan tak boleh, cuma takdak la lauk spesel.

Betul tetamu mai nak ziarah, eratkan silaturrahim, bukan nak mai makan. Tapi bukankah kalau ada makan itu lebih meriah. Lebih mesra. Lebih harmoni. Macam kita masak, tambah garam dan perisa la. Nak bagi sedap.

So takpayah la sapa2 nak pecah kepala nak tulis artikel kat suratkhabar then kondem orang yang buat rumah terbuka. Hangpa taktau niat orang yang buat rumah terbuka ni lagu mana. Pandai-pandai pulak cakap membazir la, nak menunjuk la dan macam-macam lagi. Depa mampu biaq pi la depa nak buat kat hotel 7 bintang sekalipun. Bukan depa mintak duit kat hang pun.. kan? Awat berdarah mata ka tengok orang lain gembira?? Berapa sen duit hangpa kat bank susut pasal orang lain buat rumah terbukak?

Bagi aku, puak-puak yang dok tulis artikel siap petik ayat Quran dan hadis untuk nak justify depa kondem orang ni memang manusia yang hina. Amik part sana sikit, amik ayat sini sikit pastu ulas.. Tujuan nak kondem, tapi ada ayat quran. Kira nampak islamik la. Nampak dia betul.

Lagi satu, orang melayu ni, asal bunyi Arab ja kira Islam habis la. Bunyi Arab sikit ja orang ilmuan, bunyi ana anta sikit ja dah panggil ustaz. Ini la mental block dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Asal arab tak boleh kritik pasal depa ni keturunan Nabi. Habih yang hangpa dok kutuk Israel tu, bukan ka depa pun ada dari keturunan nabi dan anbiya’. Sesuatu bangsa itu bukan jaminan ahli syurga. Bilal yang hitam legam, tak hensem, bukan keturunan Arab pun boleh jadi ahli syurga. Tiket ke syurga adalah iman dan takqwa. Sekadar tiket. Jaminan masuk atau tak hanyalah pada Allah S.W.T

Salam syawal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s