Malas nak pikir, buat semak otak


Aku malas nak pikir pasal menda tu. Banyak lagi menda aku nak pikir. Buat apa nak besar-besarkan benda yang kecik. Dah tentu bendanya kecik. Dah jadi besar, merebak dan melarat, sapa yang susah? Elok-elok kawan, jadi musuh. elok-elok sedara, dah putus dua.

Sapa suruh takdak pasal pi cari pasal.?? kan?? Benda yang kecik, kalau boleh selesai, selesaikan la cara elok. Api jangan di lawan api. Maraknya kelak bukan sahaja menbakar diri, habis sekeliling terbakar sama.

Ya la, sekarang memanglah takdak masalah. Tapi dunia ni kecik. Buatnya kau jumpa balik orang itu, orang ini. Tak ke kau dan keluarga-keluarga kau juga yang susah. Hati perut manusia ni tak boleh nak duga. Depan mulut manis, senyum sampai telinga. Belakang belum tentu sama. Rambut lagikan tak sama hitam. Hati dah tentu lain-lain.

Hari ni kau senang. Kau eksyen. Banyak tukang ampu. Kau seronok sebab kau rasa kau hebat.Tapi, kau hebat dengan orang sekeliling kau saja. Sebab kau ada wang dan dengan wang datangnya kuasa. Dengan kuasa kau dapat pangkat dan anugerah. Gelaklah sekuat hati kau. Sebab sampai bila sampai masa aku nanti…,

kita tengok…siapa yang kena.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s