Dah kau jugak yang pilih


Kau jugak yang pilih jalan itu. Ada sapa paksa kau? Kau juga yang memilih dia. Ada sapa paksa kau. Kau juga yang ikutkan hati panas menbara. Ada sapa suruh kau?

Sekarang kau nak aku tanggung sama. Silapnya kau. Salahnya kau. Bengapnya kau. Aku dah tunjukkan jalan betul. Kau taknak ikut. Bila sesat, aku ke yang salah?

Dah berbuih mulut aku bagitau. Kau buat pekak badak. Aku dah kata JANGAN. Kau kata dia ikhlas, dia ok punya. Anak orang kaya, keturunan di Raja.

Yang kau menangis buat apa. Ko boleh undurkan masa? Tak boleh kan? Lain kali, pikir dulu sebelum buang. Kau ingat aku barang recycle.

Ni lagi satu. Dah tau sengkek tak payah berlagak kaya. Hidup sederhana dah la. Mudah. Nak jadi orang kaya yang tak kaya buat apa. Duit habis, hidup pura-pura. Bukan setakat barang tiruan ko gasak, barang 2nd hand pun kau rembat. Janji ada brand.

Tu tak keji lagi… barang ex-gf/bf ko bagi laki/bini ko pakai. Apa mesej ko nak sampaikan… ” barang 2nd hand untuk orang tersayang”.. Lagi keji laki/bini ko bayar harga barang baru… dapat barang 2nd hand. Tak rasa bersalah pulak tu mark-up harga. Apa jenis manusia la kau ni.

Aku ingat kau dah berubah. Dah pandai pakai otak. Rupanya otak tertinggal kat kepala lutut lagi.

Menangisla air mata darah sekalipun. Tak da kuasa nak putar semula masa. Yang lepas biarlah berlalu. Mula ja hidup kau yang baru. Janji jangan kacau hidup aku. Aku susah ada kau peduli??? La ni pulak sebok nak membz body..

Sekarang ni kau redah je la. Ranjau tu kau alihkan. Semak samun kau tebas. Duri galangan kau langkah. Kau yang menggatal sangat dulu kan. Kau jugak yang menggedik, menggeletiskan. Sekarang kau Tanggungla!

Jaga diri sendiri dulu. Jangan sampai kau terjilat ludah sendiri. Aku di sini hanya mampu melihat. Tuhan itu Maha Adil. Life is about Karma. Buat je kebaikan walaupun belum tentu dibalas kebaikan juga, buat jahat kau tanggung la akibat.

Adios!

One thought on “Dah kau jugak yang pilih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s