Apa masalah kau ni


Aku tak paham ngan kau. Kenapa la kau suka sangat nampak kesalahan dan kekurangan orang. Kenapa kau suka kondem orang tak tentu arah. Kau tak pernah bersyukur dengan apa yang kau ada? Cuba kau lihat dalam diri kau. Cuba kau lihat sekeliling kau. Kau patut bersyukur apa yang kau ada. Lepas tu kau usaha la untuk perbaiki mana yang kurang. Tambah la mana kat mana yang patut. Dan kau jangan lupa untuk sentiasa bersyukur.

Ini tidak. Kau dengki dengan apa yang orang ada. Orang dapat hadiah kau dengki. Orang dapat naik pangkat kau kutuk. Orang dapat anugerah kau keji. Orang berjaya kau peleceh. Orang jatuh kau bertepuk tangan. Orang mencapai sesuatu kejayaan, kau pertikai. Macamana la rezeki kau tak berat. Kau tak suka tengok orang senang. Kau rasa satu macam. Kau lebih suka tengok orang jatuh ke bawah. Kau ni memang tak boleh tengok orang lebih daripada kau ek??

Apa pelik sangat la perangai kau ni. Dah rezeki orang tu, biarkan la. Berapa sen duit kau kurangkat bank tu kalau kawan tu dapat naik pangkat ke? Dapat pujian ke dapat sambung belajar ke atau dapat la apa2 yang baik? Kau ni belajar pun tak kurang hebat. Sedikit masa lagi kau pulak nak berkongsi ilmu kau dengan orang lain. Tapi kenapa sahsiah tak sehebat ijazah-ijazah yang kau ada. Kau nampak kau sorang ja paling hebat. Kau sorang ja menyumbang kepada pembangunan negara. Kau sorang je keja teruk tak tido malam. Idea kau paling sempurna, idea oarng kau tolak belaka.

Boleh tak kau jangan cakap benda yang kau tak tahu. Orang yang tahu kau temberang akan gelakkan kau… kaw-kaw. Tapi orang malas nak argue pasal orang tak nak gaduh ngan kau. Orang biar je kau nak cakap apa. Sebab orang tau, kalau nak argue pun tak guna. Buat kering liur je. Orang biar je kau nak kondem ke, nak ngutuk, ke nak apa ke. Pasal kau ni tau semua benda. Semua pasal keja orang kau tahu. Pasal skop keja, bidang tugas, beban keja, pasal ini pasal itu, orang ini, orang itu, Dato’ ini, Tan Sri itu,… pendek kata ,Semua kau tau la.

Bro, dalam dunia ni mana ada orang buat keja yang sama. Ada tukang sapu, tukang buang sampai, tukang ukur tanah, tukang tangkap pencuri, tukang jaga kemasukan pelajar, tukang mengajar, tukang kira, tukang rumah… Macam2 tukang bro. Jangan sebab keja kau susah kau claime keja orang senang. Jangan pikir kau keja pakai kederat berpeluh bagai lebih susah dari orang keja dalam air-cond, pakai tie, kasut kilat, meja besar. Begitu jugakla sebaliknya.

Aku malas nak argue lebih-lebih. Kalau kau ni yang jenisnya macam gitu, persepsinya dah sehala, mindanya dah buta, hatinya pun tak tau ke mana, cakap berbuih mulut pun tak guna. Cakap la macamana sekalipun, dia akan claim dia jugak yang pria terhebat.

Bro, hati kena bersih bro. Perut kena cuci. Perangai kena la setaraf dengan tahap keilmuan yang kau ada. Kalau ijazah, master, PhD berkajang-kajang pun, hati perut bersih tak guna jugak. ko kena ingat, sehebat mana pun kau ada orang akan di depan kau yang lebih hebat. Di atas kau ada lagi yang lebih hebat… iaitu… Allah S.W.T.

layannnnnnnnnnnnnnnnn!!!!

2 thoughts on “Apa masalah kau ni

  1. update laa sayang…
    cite pasat pasar malam changlon…
    the return of pasar malam changlon
    p dengan sapa.. mkn apa…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s