PERJUANGAN


PERJUANGAN.

Satu perkataan yang boleh membangkitkan semangat aku sebagai ahli UMNO, sebagai orang melayu dan sebagai penjawat awam. Perjuangan untuk kelangsungan hidup hari ini dan esok yang penuh cabaran dan dugaan.

Minggu ni persidangan agung UMNO. Aku belum donwload teks ucapan Presiden. Dulu aku selalu gunting dan simpan teks ucapan Tun Mahathir. Bagi aku ucapan beliau sangat memberi aku inspirasi. Ucapan beliau tidak ada retorik. Tidak ada konsep itu, konsep ini, akronim itu akronim ini, 5S ka, 3G4C la, TARI la.. dan macam2 lagi retorik sampah macam perwakilan UMNO sekarang.

Aku puji usaha keras Presiden UMNO sekarang merangkap Perdana menteri untuk memperkasakan bangsa dan negara. Sekurang-kurangnya beliau ada misi yang jelas dan boleh laksana (implimentable). Dulu semasa beliau TPM dan Tim Presiden, beliau juga tidak ubah seperti tipikal ahli UMNO yang lain. Penuh retorik yang menyesakkan telinga.

Walaupun aku tak berpeluang untuk mengikuti secara langsung perbahasan perhimpunan, aku masih membaca laporan mengenainya setiap hari. Benar UMNO perlu berubah. Tapi perubahan dalam UMNO akan gagal sekiranya ahlinya masih di takuk lama. Siapa ahlinya? Orang melayu/bumiputra yang masih enak dibuai mimpi hak keistimewaan mereka yang tidak boleh diganggu gugat.

Kata Timbalan Presiden, perjuangan ahli-ahli UMNO perlu ikhlas. UMNO perlu betul melaksanakan konsep inklusif dan tidak dilihat sebagai parti yang ekskusif. Dato’-Dato’ di dalam UMNO perlu mudah didekati (bukan dengan tujuan mencari projek dan mengikis duit). Berhenti bergaya mewah. Sebatikanlah diri anda dengan peluh dan lumpur akar umbi yang tidak jemu-jemu melaungkan perjuangan UMNO.

Tapi bagaimana keikhlasan itu boleh diterjemahkan untuk dihayati rohnya sehingga keperingat akar umbi kalau wakil wanita Perak meminta jawatan tertinggi GLC dan projek-projek Kerajaan untuk mereka sebagai balasan kerja kuat mereka di dalam UMNO selama ini. Aku jelik, nak muntah.

Pemuda Kedah meminta jawatan senator di beri kepada mereka. Tidak cukup lagi lambakan Dato’-Dato’ dan hujanan projek untuk mereka selama ini? Ya, mungkin niat mereka suci. Jawatan-jawatan ini boleh digunakan sebagai platform dan saluran mengutarakan keperluan rakyat. Tapi siapa yang dapat pastikan ianya tidak digunakan untuk kepentingan peribadi? Sanggupkan senator pemuda ini menggunakan semua elaun Senator untuk diagihkan atas nama kebajikan rakyat.? sanggup YB?

Setiap kali perhimpunan agung, sayap-sayap parti menggunakan kesempatan ini untuk meminta itu dan ini yang kesannya rakyat melihat mereka seperti cuba mengisi tembolok sendiri. Tidak lengkapkah perjuangan tanpa kedudukan dan jawatan?

Wahai Pemuda,Wanita dan Putri. Rakyat bukan buta, dungu dan pekak. mereka boleh menghidu niat terselindung kamu di atas nama perjuangan. Berpidatolah sehingga ke pagi. Yang sebenarnya anda hanyalah syok sendiri. Kalau kami, ahli bawahan tidak menyatakan sokongan, jangan kamu fikir kami ini kacang lupakan kulit. Jangan kamu ungkit kami tidak kenang perjuangan UMNO mengurus negara selama merdeka.

Benar, aku menjadi aku seperti sekarang, sedikit sebanyak adalah hasil perjuangan UMNO yang diterjemahkan menjadi dasar Kerajaan. Tapi ini perjuangan negarawan terdahulu. Perjuangan Tun Razak, Hussin Onn, Tun Dr, Ismail, Tunku Abd. Rahman, Tun Mahathir dan lain-lain pejuang nasionalis melayu yang tidak aku senaraikan disini. Bukan perjuangan Khairy, bukan Khir Toyo, bukan juga Datuk Razali. Jangan biarkan kami jijik dengan UMNO dek kerana perjuangan tamak Pemuda, Putri dan Wanita UMNO baru, yang sebenarnya lebih lupa daratan. Jika ahli sendiri semakin menjauhkan diri dari UMNO apatah lagi bukan ahli.

Kalau beginilah sikap ahli UMNO. PRU ke 13 tidak menjanjikan apa-apa kepada UMNO. Aduhai UMNO yang aku sayangi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s