PERUBAHAN zaman


Kita kena terima hakikat. Zaman telah berubah. Sama ada kita hendah melihat sahaja perubahan itu berlaku atau bersama-sama menyertai saf perubahan, ianya terpulang kepada kita sendiri. Pilihan ditangan kita. Kita yang menentukan. Macam theory of rational. Otak ada, jangan simpan. Guna.

Semua perubahan pasti ada kesan sampingan. Jangan dek kerana kesan yang sedikit kita hentikan satu perubahan yang membawa sejuta kebaikan. Jangan mudah patah semangat. Perlu ada keyakinan terhadap diri sendiri.

Orang tidak yakin dengan kita? Tidak mengapa. Itu urusan dan tindakan psikomotor dia. Kita? Apa pula peranannya? Menyakinkan dia? Tak payah! Buktikan yang kita boleh lakukan, dan keyakinan dia kepada kita akan terbina dengan sendirinya.

Kepada sahabat-sahabat yang telah diuji baru-baru ini. Aku ucapkan selamat maju jaya. Jangan enak dibuai angan-angan. Semakin tinggi kita berada, semakin banyak mata yang memandang. Sekarang masanya untuk berubah. Pedulikan kata orang yang kita terkena sindrom kasta atau naik pangkat terlalu muda. Mereka tidak faham. Maafkan mereka. Pun begitu, Bukan tugas anda memahamkan mereka. Tugas anda ialah membuktikan bahawa umur dan pengalaman yang sedikit bukan menjadi penghalang kita melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.

Mari kita terjemahkan harapan mereka untuk melihat kita menjadi modal insan yang berprestasi tinggi. Aku doakan kalian bersama-sama aku membentuk saf yang paling sempurna demi sebuah kelangsungan bangsa. Kita sebagai agen perubahan. Korbankan sedikit individualisma yang bersarang dijiwa, insyaAllah, collectivism kita sebagai sebuah pasukan akan terbentuk dengan jayanya.

Mari kita lihat disebalik falsafah modal insan gagasan mantan PM kita Tun Abdullah, daripada kita melihat hambatan materialistik sebagai faktor penghalang menidakkan pegawai muda untuk maju dalam kerjaya.

Negara perlukan anda. Mereka yang bijak mengkritik akan pencen sedikit masa lagi. Jangan jika dikritik kita patah semangat tunduk mengalah. Kita perlu berjiwa besar. Berusaha untuk memperbaiki kekurangan yang ada. Sentisa bersyukur dan merendah diri. Buangkan sifat bongkak, dengki mendengki, iri hati, dan suka melihat kejatuhan orang lain.. InsyaAllah, perkhidmatan awam amnya dan skim PTD khususnya akan lebih dihormati.

Salam satu Malaysia

5 thoughts on “PERUBAHAN zaman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s