POLITIK PERMUAFAKATAN ORANG MELAYU


Orang Melayu telah banyak berkorban. Dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman Dato’ Seri Najib Tun Razak. Permuafakatan yang sehinggakan menghiris perasaan orang Melayu itu sendiri. Permuafakatan politik yang menghiris hati golongan marhain seperti aku. Permuafakatan pada mereka tetapi pengorbanan kepada kita.

Semalam, heboh alam buana bercerita tentang sekolah satu aliran. MCA (melalui suara Ketua Pemudanya aka Timbalan Menteri Pendidikan)menentang keras. Kata sang Menteri ini, Sekolah vernakular dilindungi Perlembagaan. Pandai pulak kau bercakap soal perlembagaan. Kau ambil perenggan mana kau suka dan kau tinggalkan maklumat yang selebihnya. Begitu juga dengan saudara Samy vellu (semi value), cakap melayu pun tidak pandai, lagi mau cerita banyak.

Nah! generasi hari ini dipawah pemikiran mereka demi kelangsungan politik celaka mereka ini. Kanak2 yang belum mumayyiz di perkudakan atas nama survival kaum masing-masing.

Cananglah seluruh buana raya perkataan “perpaduan”, “satu malaysia”, “kesamarataan kaum”. Tak kemana pun, sekiranya benih perpaduan ini tidak kita semai dari zaman mereka kanak-kanak.

Puaka-puaka dan penjenayah perpaduan ini sebenarnya saki baki keturunan kiasu yang tidak mahu melihat Malaysia bersatu. Mereka menyekat pemahaman tentang hak-hak dan batas-batas kaum masing-masing. Akibatnya mereka tidak faham dan meminta2 perkara2 yang bukan hak mereka. Bukan salah mereka. Bukan salah anak-anak mereka. Ini salah political actor. Si bangsat puaka yang mencorakkan aliran pemikiran mereka. Pemikiran perkauman.

Ini fakta. Kaum lain jangan berkecil hati bila Melayu melaungkan fakta. Kenapa kiasu-kiasu politik ini masih menidakkan kemampuan sekolah satu aliran menyatu-padukan rakyat. Beratus-ratus kajian telah dilakukan oleh bijak pandai Malaysia. Konklusinya tetap sama. Findingnya serupa. Apa yang hendak di sangkal lagi.

Selagi politik aktor politik kiasu ini masih hidup, pemahaman prinsip masyarakat majmuk tidak akan dapat difahami apatah lagi diterima oleh semua kaum di Malaysia. Kesetiaan kepada raja bukan lagi menjadi dokongan mereka. Bila pulak kecintaan kepada negara akan terbina?

Sebenarnya, bagi aku, kiasu-kiasu politik ini takut. Andaikata cina dan india faham tentang hak2-hak mereka, kewujudan puaka-puaka politik ini menjadi tidak lagi relevan. Meraka tidak lagi diperlukan. Ini yang paling mereka takuti.

Kerajaan boleh melaksanakan affirmative policy membubarkan sekolah vernakular ini. Tapi Kerajaan yang bertunjangkan orang Melayu tidak kuat. Kalau orang Melayu bersatu, mereka ini akan senyap membisu. Tak berani angkat muka pun. Kita bukan lagi pada zaman pra kemerdekaan di mana tanpa mereka British tidak akan memberi kemerdekaan kepada Malaya.

Sekarang kita sudah merdeka. Kitalah yang berhak mencorakkan apa yang terbaik untuk negara kita. Kita tidak ada negara lain selain Malaysia. Tamatkanlah toleransi yang menyakitkan ini, demi anak-anak semua bangsa di Malaysia. Aku ingin lihat Malaysia sebagai SATU MALAYSIA yang sebenar-benarnya.

Allah Peliharalah Tanah Air Ku.

4 thoughts on “POLITIK PERMUAFAKATAN ORANG MELAYU

  1. Couldn’t agree more.

    Mereka mahu sangat mempertahankan kepentingan kaum tapi tak nak langsung kaji balik sejarah awal mereka di tanah Melayu ni.

    Takde langsung nak memperaku bahawa Melayu dah banyak sangat tolerate dengan kaum2 ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s