Seminar di PWTC.. ISSE 2009


Aku di KL 5-7. Ada seminar. Lama jugak la tak pegi seminar ni. Nak-nak seminar yang menghimpunkan para ilmuan seperti ini. Hari pertama ada beberapa slot berbentuk forum yang di sampaikan oleh beberapa tokoh-tokoh hebat antaranya Y.Bhg. Prof. Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid, Y.Bhg. Tan Sri Sulaiman Mahboob Dato’ Sawai@Boon Chock, Tan Sri Hasmy Agam dan lain2.

Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang seminar ini. Pasal leadeship, pasal baby boomers, pasal kefahaman antara generasi… banyak la, pendek kata. Cuma aku nak kongsi beberapa perkara sekiranya ia dapat dijadikan panduan keilmuan kita.

1. Tidak boleh memakai hanya satu topi kepimpinan (leadeship style) pada semua keadaan.

2. Kegagalan kefahaman antara generasi sering terjadi dalam sesebuah organisasi.-cth Geng 50th (baby boomers) tak paham geng 70th,80th( generation Y). Jadi wujud kecelaruan dan penentangan akibat perbezaan pemahaman dan penerimaan nilai. (value understanding). Sebab tu geng senior selalu dok
guna ayat ” zaman saya dulu…”

3. Tidak boleh ada ‘Intellectual Barbarian’ dalam sesebuah organisasi. cth: Orang yang bijak pandai dalam sesebuah organisasi menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada untuk merendah-rendahkan serta menjatuhkan orang lain yang boleh membawa kepada lemahnya sesuatu organisasi.

4. Life long learning leader is a leader indeed.

5. People usually seek the knowledge from others first before form their own set of new knowledge.

6. perkataan soft science and hard science terbentuk bila manusia mengasingkan keilmuan mengikut apa yang dipanggil ‘arrogant self defense rightous’. Depa claim depa punya bidang paling hebat.. depa punya pemikiran terbaik, depa punya teknologi tercanggih etc.

7. Dunia selalu menidakkan kepentingan human science atau sekarang dinamakan social science aka soft science sedangkan apa juga sains/teknologi samada nuklear, mekanikal, mahupun robotik, kimia,perubatan, namakan apa saja,bermula dari tingkah laku manusia

8. Bilamana pengajian perubatan menekankan soal pelajaran sains/klinikal semata-mata, ditambah dengan omongan pendapatan lumayan, maka akan lahirlah seorang doktor yang tidak sensitif kepada soal kemanusiaan dan keinsanan dalam memberi perkhidmatan. Hanya fokus kepada pembuatan keputusan empirikal perubatan shj.

Kesimpulannya: soft science dan hard science perlu disatukan. Perlu saling lengkap melengkapi.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s