mencari titik perbezaan


Manusia ini dilahirkan berbeza. Sejak azali manusia itu berbeza. Ada lahir menjadi lelaki, ada pula menjadi wanita.

Cuba kita lihat disekeliling kita pula. Terlalu banyak perbezaan fizikal kalau nak kita bicarakan. Ada yang tinggi, ada yang tidak tinggi, ada yang cerah kulitnya, ada yang sebaliknya. Ini belum cerita perbezaan pendapat, politik dan buah fikiran, dan tahap keintellektualan.

kadang-kadang kita gagal untuk mencari perbezaan kerana kita diajar untuk mencari persamaan. Ini silapnya ajaran tak cukup bulan. Ajaran separuh jalan.

Cuba kita perhatikan peel manusia, kadang-kadang mereka bersatu, kadang kala berpecah belah. Kadang-kadang mereka gembira, kadang-kadang berduka lara.

Kadang-kadang saling membantu, tolong-menolong, kadang-kadang pula dengki mendengki, jatuh menjatuhkan, bunuh berbunuhan.

Itu fitrahnya manusia yang berbeza-beza.

Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban. Ejaan pun sudah berbeza, apatah lagi rupa bangsa dan bahasa.

Sebab itulah kita ini dijadikan berpuak, puak dan bersuku-suku. Kerana kita ini berbeza.

Berbeza warna kulit, bangsa, tinggi, rendah, darjat,pangkat.

Kita memang berbeza. Terimalah hakikat ini. Kenapa perlu susah payah mencari persamaan sedangkan lebih mudah untuk kita melihat perbezaan.

Kemudian kita belajar untuk memahami perbezaan. Kerana pemahaman tentang perbezaan akan mendatangkan penerimaan terhadap perbezaan itu sendiri.

Hormatilah perbezaan ini dan dari situ akan wujud persamaan. Persamaan memahami perbezaan.

Perbezaan dalam membentuk bangsa Melaysia.

One thought on “mencari titik perbezaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s