Salam Takziah, Teh Afifah


Pertama-tama sekali aku ingin merakamkan ucapan takziah kepada Teh Afifah sekeluarga. Salam takziah juga aku panjangkan kepada keluarga arwah suami beliau, Mohd Ariff, ibu dan bapa mertua serta kawan baik arwah suami beliau yang turut sama kembali menemui Penciptanya. Semoga roh mereka berada di dalam sempadan rahmat Allah jua.

Tidak dapat aku gambarkan perasaan diri ketika mendengar khabar ini pada mulanya. Dimata aku hanya terbayang wajah pipah. Wajah yang menemani kotak fikiran sepanjang perjalananku ke Hospital Kangar. Wajah comel yang baru sahaja bertukar gelaran. Aku kelu.

Aku tidak dapat bayangkan, betapa aku berada di tempat pipah. Kehilangan seseorang yang baru sahaja selamat dinikahi. Betapa ciuman dahi dan kucupan tangan setelah nikah selesai di akad, senyum tawa, riang gembira berganti dengan linangan air mata duka.

Ya Allah, Engkau tabahkan hati Pipah, kerana aku tahu Engkau tidak akan tumpahkan ujianMu terhadap dia sekiranya dia tak mampu untuk menanggungnya. Aku yakin bahawa setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

Dik,

Sesungguhnya, hatimu itu seteguh imanmu. Engkau adalah insan istimewa yang terpilih untuk diuji sehebat ini. Tabahkan hatimu dalam menempuh hari-hari berlalu. Doaku sentiasa buatmu Dik.

Salam takziah.

3 thoughts on “Salam Takziah, Teh Afifah

  1. berat dugaan yang ditanggungnya…dalam suasana bahagia dan gembira, sekelip mata ianya bertukar duka. sungguh, hanya insan yang terpilih sahaja yang mampu menanggungnya dan menghadapinya, semoga pipah akan terus tabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s