JANDA BERHIAS??? LAGI UJIAN BUATMU TEH AFIFAH


Bagaimana perasaan anda jika perkataan seperti tajuk diatas dilabelkan kepada anda yang baru sahaja kehilangan suami tercinta??? Air mata masih belum kering. Tanah kubur arwah masih merah. Sungguh kurang ajar..

Inilah sebahagian dugaan yang di letakkan Allah kepada seorang mukminah sejati, Teh Afifah. Aku sangat tersinggung. Apatah lagi Teh Afifah. Tidakkah ada sekelumit rasa simpati terhadap apa yang berlaku ke atas beliau??? Masih ada lagi manusia sebegini rupanya. Mungkin mereka ingin bergurau, tetapi gurauan yang tidak kena pada tempatnya.

Begitu juga dengan laporan akhbar yang mempertikaikan hantaran perkahwinan beliau. Bukankah beliau sudh selesai diakad nikahkan?? Jadi, bukankah telah selesai urusan nikah??? Jadi hantaran itu bukankah sudah sah menjadi milik keluarga perempuan/pengantin perempuan.

Kenapa wartawan perlu timbulkan isu samada hantarn itu perlu dipulangkan? Lainlah kalau majlis dibatalkan pasal pengantin lari, or nikah tak jadi. Barulah hantaran boleh dipersoalkan.

Aku tak paham tentang tahap kefahaman/kebijaksanaan wartawan di Malaysia mencari berita.

Untuk makluman pelayar2 maya/bloggers sekalian, Teh Afifah adalah seorang mukminah yang sgt menjaga tata pergaulan beliau dengan bukan mahramnya. Seorang yang sangat patuh pada tuhan dan kedua ibu bapanya. Seorang mukminah yang beriman dan beramal soleh. Kali pertama beliau bersentuh kulit dengan arwah suaminya adalah setelah selesai majlis akad nikah.

Kerana itulah, mungkin Allah mahu tingkatkan lagi darjat keimanan beliau dengan ditimpakan ujian yang sebegini berat. DiambilNya benda yang paling disayangi.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah al-Ankabut [29]:2-3)

Sabarlah Dik, sesungguhnya Allah sedang menguji kamu. Semoga engkau sesabar Ayub A.S, Ibrahim A.S dan Muhammad S.A.W.

Mari kita panjatkan doa untuk mereka yang telah pergi. Kita akan menyusul nanti, hanya masa yang menentukan bila.

Al-Fatihah

9 thoughts on “JANDA BERHIAS??? LAGI UJIAN BUATMU TEH AFIFAH

  1. salam
    saya ni silent reader. (baca blog awak dan teh jugak)
    td masa br dpt tau yg ianya berkaitan dgn Teh, ada jugak suara2 kat opis ni yg cakap ayat yang sama..x paham apa difikiran depa. saat sedih ni leh jadi bahan gurau.
    apapun, harapnya pipah dan keluarga kedua-dua belah pihak sabr dgn ujian yg berat ni. takziah utk semua.

  2. ntahnya. gila. nak je trajang.

    teringat lagi time kat umah ariff..

    ada makcik2 dengan excitednya, tunjuk2 kat pipah.. pastu seperti jumpa artis.. suruh anak2 diorang pergi kat pipah salam2..

    fuhhh berasap gua. mesti anak2 makcik ni qualified jadik wartawan nanti

    1. i pun dengar…

      ” tu , tu yang tudung labuh tu…”

      adik i still belum ready nak turn up at public…even fb and frenster pon dia tak ready nak log in…

      doakan sama-sama agar dia akan jadi terus kuat dan tabah…

  3. cerita nie mmg dh lama..tp sya mmg ingat crt nie..time kejadian nie sya msh sklh lg,kurang taw sgt p skrg sya dh meningkat dewasa..sya dh mula fhm n sya amat bersimpati atas kejadian nie..semoga kak teh sentiasa d lindungi oleh Allah..sya sedih sgt..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s