TAHNIAH DAN SELAMAT BERJAYA


Tahniah dan selamat berjaya kepada sahabat-sahabat aku yang telah dikurniakanNya setakah lagi peningkatan dalam kerjaya. Ramai yang akan gembira dengan pencapaian anda. Ramai jugak yang akan irihati, dengki dan mempersoalkan kelayakan anda. Persetankan dengan mereka. Mereka adalah orang-orang yang kecewa.

Teruskan tugasan dan jalankan tanggungjawab anda seperti biasa. Bukan semua orang suka kita. Bukan semua orang berhati mulia. Anak Adam keturunan pertama pun mempunyai fiil sebegini, apatah lagi mereka2 yang selepasnya.

Kita teruskan dengan hidup kita. Apa yang kita dapat ini bukan hadiah dan anugerah. Ia hanyalah sekadar tanggungjawab dan amanah yang dibayar dengan sedikit upah.

Kerjalah bersungguh-sungguh. Cabaran masa depan lebih hebat. Seiring dengan peningkatan kerjaya. Allah angkat kamu pada kedudukan yang kamu ada sekarang. Manusia hanyalah jambatan penghubung sahaja. Dia yang menentukan segalanya.

Badai dugaan akan lebih hebat. Pandai-pandailah kamu mengemudi jong perkhidmatan awam. Tidak semua orang berpuas hati dengan apa yang kita beri. Tidak semua orang pandai berterima kasih. Tidak ramai yang tahu mengenang budi.

Teruskan usaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Perkhidmatan kita ini kecil sahaja. Bantu membantulah sesama kita. Kerjalah seikhlas hati sejujur jiwa. Di luar sana banyak jerung yang menanti kita membuat silap, tunggu masa untuk dibaham. Berhati-hati dengan setiap langkah. Hari tidak selalu cerah. Kegembiraan juga tidak selamanya. . Yang bermula pasti akan berakhir, biarlah pengakhiran kita adalah pengakhiran yang terbaik.

Selamat menjalani fasa hidup yang baru. Selamat maju jaya. Aku doakan kalian sentiasa berjaya dalam apa juga tanggungjawab baru yang diamanahkan kepada kamu. Kita yakin bahawa kita yang terbaik dan kita akan memberikan yang terbaik.

Aku bangga aku dipilihNya berada dalam perkhidmatan ini. Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Aku percaya begitu juga kamu dan kamu. Doaku sentiasa buat kalian.

Syukur atas kurniaanNya. Moga-moga usaha kita dipermudahkanNya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s