BUDI BAHASA BUDAYA KITA


Orang Malaysia memang terkenal dengan budi bahasanya. Baik Melayu, Cina, India mahupun semua kaum yang ada kat Malaysia ni. Kalau duduk di kampung lagilah terserlah budi bahasa. Kalau berselisih kereta/motor, paling tidak pun senyum or angkat tangan. Kalau dulu-dulu, kenduri kendara mesti bergotong royong. Kalau sakit demam, ramai je jiran datang melawat. kalau bulan puasa tu, mesti ada adegan hantar-menghantar kuih petang-petang sebelum berbuka. Kat masjid/ surau, penuh ja dgn anak kariah. Kita kenal si polan-si polan ni anak siapa. Mak Bapak dia sapa. Kita nak buat jahat pun risau takut sampai berita kat mak bapak kita.

Bila zaman berubah, perlu jugak ke budi bahasa pun berubah. Semangat persaudaraan dan kejiranan pun dah macam tak takda. Yang bercambah dan berkembang biak dengan jayanya adalah sifat individualistik. Gua-gua, Lu-Lu. Jangan jaga tepi kain orang. Rumah jiran kena rompak pun kita tak tau.

Kalau membeli barang, jarang aku dengar orang yang menjual tu berterima kasih. Aku pulak lebih-lebih terima kasih kat dia. Padahal aku customer. Kalau memandu… laaaaaaaaagilah kurang budi bahasa dia. Semua nak dia je jalan dulu. Masa ni memang sangat terserlah sifat individualistik rakyat Malaysia. Padahal jalan raya di dikongsi ramai-ramai.

Kita semua pun terlibat juga dengan perubahan sikap rakyat Malaysia. Perhati balik sikap kita. Ada ke perangai-perangai tidak berbudi bahasa ni dalam diri? Semua bermula dengan diri kita. Bak kata kawan aku yang tengah buat PHD kat Nw Zealand, kalau kita nak buat perubahan kena bermula dengan diri kita sendiri,, “biar pun seorng tapi jika niatnya ikhlas insyallah allah beri petunjuk pd yg lain”..
Kalau kita tak mula, budaya ni takan berkembang biak. Tak payah nak tengok kiri kanan, tunggu orang lain mulakan. Kita perlu mendahului.

Susah payah Kerajaan buat kempen. Berjuta-juta duit rakyat dibazirkan semata-mata nak mengajak rakyat Malaysia berbudi bahasa. Kenapa perlu sangat kepada budi bahasa ni. Penting sangatkah sampai berjuta-juta ringgit duit dihabiskan untuk kempen? Kenapa perlu bersopan santun di jalan raya? Apa manfaat kalau aku berbudi bahasa. Apa pulak ruginya aku kalau tidak berbudi bahasa? Budi bahasa boleh buat untung ke? Berapa ribu ringgit aku dapat kalau berbudi bahasa?

Soalan-soalan di atas aku tinggalkan kepada mereka yang tak suka kepada budi bahasa. Banyak lagi persoalan yang boleh timbul kalau kita tak mau berbudi bahasa.

Kepada yang nak berbudi bahasa, perkara paling simple kalau nak memupuk budaya berbudi bahasa, adalah dengan berterima kasih.

Sekian, terima kasih.

One thought on “BUDI BAHASA BUDAYA KITA

  1. ada jugak jiran yg rasa dia tak payah duk berjiran(rumah teres) p duk la ataih bukit taih pokok..kita tegur sebab nak beramah..kalau hang rasa tak perlu.. baik aku takyah menyibuk..lantak dia la aku malas ambil pedulik..satu ja..view aku: p duduk la kat mana2 country heights nun..takyah berjiran dan berukun tetangga..aku tak perlu menyibuk tapi..kita hidup perlu berjirannn..apa salah bertegur..bukan niat aku nak menyibukkk..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s