kesilapan dan kekhilafan nafsu amarah


Sebagai manusia, pasti kita tidak lari dari berbuat silap. Kita silap membuat keputusan, kita tersilap jalan, kita tersilap cakap, kita tersilap itu dan ini. Bila orang lain silap, kita maafkan. Mereka juga bukan sempurna, samalah macam kita.

Samada kita mahu melupakan selepas memaafkan, terpulang pada diri sendiri. Dendam mendendami hanya menyesakkan jiwa. Hati jadi tidak tenteram, tidak tenang. Tidak ada ertinya harta berkoyan-koyan kalau jiwa tidak tenteram, kusut ja memanjang.

Sebagai manusia, akal kita kadang-kadang dikaburi nafsu amarah. Bila marah, macam nak terbalik dunia. Kata orang tua-tua, bila manusia marah, biasanya dia akan bercakap benar. Itulah dirinya yang sebenar. Dark side diri kita akan muncul bilamana kita tidak dapat mengawal kemarahan. Akal akan terhalang dari rasionaliti.

Perkara-perkara yang berada dalam sub-concious mind akan terbungkas. Kita tidak sedar apa yang kita pertuturkan. Secara rasionalnya, kita tak pernah maksudkan apa yang kita cakapkan. Tapi sebenarnya, itulah yang paling kita hendak cakapkan, cuma rasional akal sahaja yang meghalang ia dari terkeluar.

Maknanya, setiap butir perkataan yang keluar dari orang yang sangat marah (tanpa bentengan akal) adalah benar. Waktu tengah ‘meletup’ tu, kita tak terfikir dah apa akan jadi. Janji dapat melepaskan apa yang terbuku. Perkara-perkara yang tidak akan terucap dalam keadaan kita sedar dan rasional.

Sama juga ketika manusia itu mabuk arak (nauzubillah). Waktu ni juga manusia menjadi tidak siuman. Gila sekejap. Orang mabuk tidak berbohong.

Sekiranya orang yang dikuasai nafsu amarah berkata-kata. kalau ada yang menyaktkan hati kita. Maafkanlah dia. Dia hanya menyuarakan kebenaran pada waktu itu. Terimalah kenyataan walaupun diri kita terkilan.

Maafkan juga orang lain sekiranya mereka mengubah sebarang keputusan. Kerana bila marah, hikmahnya adalah terhijab kebenaran. Your true colour. Jangan kita hendak menunding jari kepada orang lain. Salah kita kerana tidak mengawal kemarahan.

Kita adalah siapa yang membentuk kita. Kemarahan adalah kelemahan. Kita tidak sempurna. Maafkanlah dia kalaupun kita tidak mahu melupakannya.

2 thoughts on “kesilapan dan kekhilafan nafsu amarah

  1. tadi kayesyu bagi speech masa perhimpunan, penutupnya,(lebih kurang)

    “saya minta maaf kalau ada kesalahan saya terhadap semua,
    dan semua yang salah ngan saya, saya dah maafkan”

    gelak pulak orang ramai.

    1. He’s a nice guy. I adore him. Hope his successor will be as humble as him. Turus III pun masih tetap responsive dgn masalah org bawahan dia..

      Patah tumbuh, hilang berganti, tapi yang tumbuh takan sama dengan yang patah dan yang berganti takan sama dgn yang hilang….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s