bersyukur dengan apa yang ada.


Kita ni manusia. Kita selalu terlepas pandang dengan apa yang kita ada. Kita dok nampak apa yang orang lain ada. Kita rasa apa yang depa ada lebih baik dari kita punya. Kadang-kadang kita terlupa yang orang lain pun dok perati kita dan berperasaan seperti kita juga. Depa pun dok tengok apa yang kita ada lebih baik dari apa yang dia terima.

Nampak? Kita rasa gaji kita sikit, tapi ada orang yang gaji jauh lebih rendah dari kita. Depa pun dok pikir, alangkah syoknya kalau gaji depa sebanyak gaji kita. Kita rasa kereta kita buruk, slow, tak canggih dsbnya. Tapi orang lain, berhujan berpanas hari-hari pergi kerja. Kalau ada berkereta pun cukup syarat sebagai satu keperluan sahaja. Orang naik moto (dengan andaian dia takdak kereta) mengharap pakai kereta macam kita, yang kita dok mengharap pakai kereta lagi mewah dari apa yang kita ada.

Kita memang dituntut untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ada pada hari ini. Itu aku tak nafikan. Tapi dalam kita dok mengejar sesuatu yang lebih baik, sekurang-kurangnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan kufur nikmat. Biar makanan tak sedap, sekurang-kurangnya kita ada makanan nak dimakan. Biar rumah kita kecik dari kita kena tidor bawah jambatan. Biar tidak berpangkat dari kita takdak kerja langsung.

Nak tak nak kita kena bersyukur dengan pekerjaan, kenderaan, sahabat, suami, isteri, keluarga, kehidupan dll yang kita ada sekarang ini. Kemudian kalau tak puas hati kita improve kepada keadaan/perkara yang lebih baik. kita perelokkan apa yang kurang. Bukan semua yang kita nak kita boleh dapat time-time tu jugak. Ada improvement yang kena ambil masa yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi.Kejayaan orang lain, kita jadikan pedoman untuk kita tingkatkan prestasi kehidupan. Pada waktu yang sama kita sedar yang kita sebenarnya jauh lebih bernasib baik dari orang yang dibawah kita.

Tuhan tu adil. Dia tak bagi semua apa yang kita mintak. Kadang-kadang yang kita tak mintak Dia bagi. He knows best for us. Kita ni kalau marah, sumpah orang macam-macam. Cuba kalau apa yang kita mintak tu time2 tu jugak jadi??? ha, tak ke haru-biru dunia. Semua orang mintak kaya jadi kaya, sapa pulak nak kerja tukang pungut sampah or kerja2 lain yang bergaji rendah. Dia dah susun cantik dah seluruh kehidupan manusia.

Terlalu memandang apa yang kita tidak ada adalah lumrah manusia biasa yang selalu terlupa dengan apa yang dia ada. Selalu memandang pada satu pintu yang tertutup sedangkan banyak lagi pintu hikmah yang terbuka. Selalu rasa tuhan tidak adil kepada kita sedangkan kitalah yang selalu menzalimi diri sendiri.

Kalau kita ni reti bersyukur, secara automatiknya kita akan appreciate dengan apa yang kita ada. InsyaAllah kita tidak akan rasa bongkak, tinggi diri, dengki, irihati dan sakit menyakiti sesama manusia. Apa yang orang lain dapat adalah selayaknya dengan usaha dia. Tuhan bagi apa yang terdaya dia terima pada masa dan waktu itu. Bagi kita, jaga apa yang sedia ada, bantu mereka yang tiada, usaha capai sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang ni. Jangan dok dengki dengan pencapaian orang lain kalau kita sendiri malas nak usaha. Kalau kawan-kawan berjaya, mai kita pakat-pakat support.

Bak kata plato ” elok individu, eloklah masyarakat, elok masyarakat eloklah negara”. Apa-apa pun bermula dengan diri kita sendiri. Tinggal mau dengan tak mau saja. Tinggal nak jadi orang baik atau tetap nak jadi manusia durjana. Mai kita sama-sama berdoa moga-moga hati kita dipelihara dari sifat tidak tahu/mahu bersyukur.

One thought on “bersyukur dengan apa yang ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s