barang yang lepas…


Sapa boleh claim dia sangat clean? Tidak ada sejarah silam? Tidak ada darkside? Baikkkkkkkkkk ja semua. Sila angkat tangan. Sebab aku nak sangat jumpa orang macam tu. Nak tanya macamana dia mantain hidup dia. Jaga segala-galanya. Satu ayat pun tak pernah bohong, hatta ‘bohong sunat’. (mana ada sunat berbohong.. nabi mana pernah bohong).

Mungkin ada, dikalangan ahli-ahli sufi atau orang greek panggil sopher, yang bersih segala-galanya. Tapi maksud aku orang biasa macam aku, kita dan kamu. Orang-orang yang tidak terlepas dari berbuat dosa temasuklah kesalahan dunia seperti tidak memakai talipinggang keledar semasa memandu.

Semua orang pernah buat salah. Sama la macam kamu… ha kamu la, yang dok baca blog ni, dok tengok kiri kanan pasai apa??? Jangan ingat orang yang pernah ada sejarah lampau tidak boleh ada masa depan. Jangan prejudis. Bagi dia peluang untuk perbaiki apa yang kurang. Dia bukan maksum. Dia manusia biasa.

Bagi dia semangat, kekuatan, kepercayaan, sokongan dan inspirasi untuk berubah. Bagi dia peluang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri dia. Kalau mampu, bimbing dia ke arah yang lebih baik.

Barang yang lepas tu biarkan ia berlalu. Let it go. Kalau tak boleh nak lupa nak buat macamana. Itu diluar kawalan. Tapi jangan paksa untuk melupakan, pasal benda yang paling kita nak lupa tu la benda yang paling kita ingat. Time will heal. Bagi peluang kepada masa untuk menjalankan tugasnya.

Tahun baru ni, kita buka lembaran baru. Kita kukuhkan ikatan yang longgar. Kita rapatkan ukhuwah yang renggang. Kita tambah mana yang kurang. Kita tingkatkan amalan. Kita bina hidup baru. Kita pakat-pakat doa sesama kita ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

Kalau ada yang terambik apa-apa hak orang lain, apa-apa saja samada barang atau orang, sila pulangkan. Tak baik, tuhan marah. Hidup pun tak berkat nanti.

Sekian, salam satu malaysia.

3 thoughts on “barang yang lepas…

  1. penggunaan “di” kalau untuk perbuatan, contohnya dimakan kena dekat2…
    kalau menunjukkan arah contohnya di situ, yang tu kena jauh.. hehehehehhehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s