LNPT?


Asal awal tahun ja mesti nak kena isi LNPT. Tau menantang apa? Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. Ni la power yang bos ada untuk anak buah dia. Nak gertak ke, nak kontrol ke, nak tenyeh ke, atau nak kasi cemerlang.

Hujung-hujung tahun mesti semua orang nak berlagak alim dengan bos. Semua perintah dituruti ja. Nak amik hati bos la katakan. Untung-untung bos rekemen dapat Anugerah Khidmat Cemerlang.

Aku pulak tahun ni katanya kena dinilai oleh my ex-bos, Datin Hajah Tutttttt!!!. Nama takleh sebut, nanti kena saman. Aku serahkan segalanya kepada perancangan Allah. Kalau dia nilai aku baik, aku terima. Kalau buruk pun aku terima. Aku berlapang dada.

Yang penting aku dah menjalankan amanah dan tanggungjawab aku, terhadap tugas aku. Sementelah yang menilai aku ni manusia, mestilah ada sisi buruk aku pada mata sapa-sapa pun.

Terpulang pada rasional dia untuk menilai. Rezeki aku Allah Taala punya rencana. Bukan kat tangan manusia.

Untuk sorang lagi kawan yang senasib dgn aku, mailah kita sama-sama berserah pada Allah. Aku tak pandai nak kipas ex bos kita ni. Aku pikiaq, dia tau macamana nak nilai kita. Pengalaman dia kan 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

Nanti bila selesai tesis aku pasal “office politics in performance appraisal” , aku bagi hang baca. Biaq kita bukak minda, proses LNPT ini tak boleh terlalu structured dan statik sehinggakan menjadi tidak dinamik. Akhirnya, minda penjawat awam akan sentiasa terjajah dengan “boss always right” or ” yes boss” sampai bila-bila. Throw away this credo: I’m the boss, I’m Right, therefor I’m better than you.

Bosses, please take note: “what worked yesteryear, not necessarily works today. Learn to accept the changes and please adapt to it. Hey! Wake up lady!, our iceberg is melting.

4 thoughts on “LNPT?

  1. agree on your comments..nothing more or less…

    takpa..rezeki ditangan Allah..terserah la pada seorang itu untuk menilai dan timbang tara…

    we’d given the best we could, and the best that we grasp the experience and knowledge

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s